MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 28 Jun 2013

Senyum sampai ke telinga...........


Cerita pada hari rabu lepas. Dok memikir nak masak apa.Lastnya nak buat masakan kesukaan suami.Pajeri terung.Tau dia suka makan pajeri ni  sebab dia kalau pergi makan nasi campur suka dok cari pajeri terung. Lepas tu dok bandingkan dengan pajeri terung yang mak mertua masak. Terpikir jugak, tak pernah masak pajeri terung untuk dia. Jadinya pada rabu tu google pasal resepi pajeri terung ni, Tanya kawan dekat opis.Bila balik kerja beli bahan-bahan untuk pajeri terung ni.

Bila dah masak, tunggu suami balik kerja sebab nak makan sama. Berdebar-debar jugak rasa hati, sedap ke tak sedap ni. Menu lain lea buat tomyam ayam dengan goreng ikan terubuk bakar.

Bila suami dah makan…Alhamdulillah dia cakap sedap. Sukanya hati lea.Senyum sampai ke telingalah lea. Hihihihi. Bertambah nasi dia makan malam tu. Bila suami cakap sedap tu hilang rasa penat, berpeluh bila memasak pajeri terung tu.




Khamis, 27 Jun 2013

Bila dah suka dengan pantai

Lea sangat sukakan pantai.
Mak n pak lea pun sangat sukakan pantai.
Suami lea lagilah..Tulah pasal dia nak sangat dok dekat ngan Pantai Cenang.
Sikecik Adli pun nampaknya suka dengan pantai.
Bila dia tengok ombak, dia senyap je.
Macam betul-betul menghayati keindahan pantai dengan ombaknya.
Rasanya tak perlulah bercerita banyak-banyak.
Gambar yang nak ditunjukkan ni rasanya banyak jugak.













Rabu, 26 Jun 2013

Macammanalah esok...

Esok nak ambik exam.
Tahun lepas dah ambik 3 paper.
2 lulus 1 sangkut.
Huhuhu.
Malas betul rasanya.
Buku pun tak baca ni.
Tengok buku yang tebal tu pun letih rasa.
Baru tengok dah letih belum nak baca.
Tak taulah esok.
Nasib baik boleh bawa buku rujukan.


E

Bila di Langkawi..

Perjalanan ke Langkawi diteruskan pada keesokkan harinya. 
Sampai ke Kuala Perlis kita makan dulu. 
Kami naik feri jam 1.30 petang. 
Sampai di Langkawi, ambil kereta sewa dan terus ke hotel yang terletak di Pantai Cenang. 
Kami rehat-rehat dulu dan petangnya suami ajak pergi makan dan shopping... 
Hari pertama dah shopping dah.
Pergi dekat bangunan HIG tu terus cari pemanggang ajaib HIG.Harga 79.90. 
Untuk lea, mak dan 3 lagi untuk kawan-kawan dekat opis yang kirim.
Mak lea siap-siap dah beli coklat. Ambik...dua troli penuh.
Lea pergi kali ni memang nak shopping.Tulah apa yang lea nak lea ambik.
Kali pertama pergi dulu memang takde niat nak shopping.
Sekadar nak berjalan.
Beli pun...lea cuma beli coklat je.
Tapi tulah..dah niatnya nak shopping hari pertama je boleh shopping dengan suka rianya.
Hari kedua dan ketiga dekat Langkawi hujan selebat-lebatnya.
Malam pulak ribut. Cuak jugak time tu sebab hotel dekat sangat dengan pantai.
Alhamdulillah takde apa yang berlaku.
Tapi memang takde jalan-jalan. Cuaca yang tak mengizinkan.
Dalam hujan-hujan tu pun sempat jugak pergi ke pulau-pulau.
Tu kita sambung di cerita yang seterusnya k.

Siap beli beg besar tu tiga. Penuh dengan coklat dan pemanggang ajaib.

Bila sesesali dia ke dapur

Seronoknya bila suami sesekali kedapur.
Boleh goyang kaki tengok tv sambil bagi makan anak.

Ceritanya pada Isnin lepas.
Dekat pejabat lea ni ada pokok belimbing buluh.
Adalah sorang kawan ni dok petik belimbing buluh tu dan bagi dekat lea sikit.
Dok teringat dekat rumah ada udang.
Jadinya plan petang tu nak buat masak lemak dengan belimbing buluh.

Petang tu suami ambik lea dari kerja.
Dia dah siap cakap, abang dah perapkan daging lepas ni kita bakar guna pemanggang ajaib yang ayang beli dekat langkawi hari tu.
Lea cuma jawab ok.

Sampai-sampai dirumah selepas ambil Adli dari rumah pengasuh terus masuk dapur panaskan bubur Adli.
Suami pun menyibuk jugak dekat dapur.
Lepas tu bagi Adli makan.
Cakap dekat suami..
Alang-alang dekat dpaur, masaklah sekali udang tu.
Suami senyap je.
Dah tu tengok dia blend semua bahan untuk masak lemak.
Senyum sampai ke telingalah lea.
Rehatlah lea petang Isnin tu.

Rasa masak lemak tu? Sedap..Memenuhi piawaian tekak lea.
Cakap dengan suami.
Bolehlah masak sekali.
Senyap je dia.. Apa ntah di dalam hati tu ye...


Jumaat, 21 Jun 2013

Masa untuk jalan-jalan

11-14 Jun 2013.
Lea n suami bawak mak n pak yang datang dari Kuching jalan-jalan belah utara .
Belah selatan dah pergi dua tahun lepas.
Belah timur dah jalan hujung tahun lepas.
Belah utara kita pergi kali ni pulak ye.

11 Jun 2013

Paginya kena pergi ke Hospital Putrajaya sebab si kecik Adli yang ada temujanji dengan doktor. Alhamdulillah semuanya ok kata doktor. Alhamdulillah..Anak umi dah sihat. Urusan di Hospital Putrajaya selesai dalam jam 10 pagi. Ingatkan nak terus balik kerumah.
Tapi...suami pulak nak pergi beli kasut...
Laki aku...nak pergi bercuti baju baru, seluar baru..kasut pun baru. Jomlah bang kita pergi beli kasut baru. Jam 12.30 tgh baru sampai rumah. Tengok mak n pak dah bersiap dah. Jom kita jalan. Jadinya perjalanan diteruskan ke Teluk Intan sebab mak n pak nak jumpa mak mertua. Ajak jugak mak mertua pergi tapi dia tak nak sebab dia tak larat berjalan. Sampai dekat Teluk Intan dalam jam  3.30 petang.Rehat-rehat, makan n sembahyang lepas tu zuppp...kita ke Penang. Bolehlah rehat untuk semalam. Sampai dalam jam 7 malam. Datang ikut jambatan sebab ayah nak sangat naik jambatan Pulau Pinang. Misi utama di sana? Nasik kandar line clearlah... Tapi sampai-sampai dekat sana hujan lebat selebatnya. Sedaplah tido malam tu.
Esoknya kita nak gerak lagi.Kali ni kita ikut feri pulak ye.

Adli dengan abah dekat hotel di penang....

Adli dengan atuk...

Adli dengan abah di dalam feri





Rabu, 12 Jun 2013

MAKAN DILUAR



Sabtu, 1 Jun 2013

Selamat Hari Gawai


Buat sahabat yang menyambutnya selamat hari gawai lea dan keluarga ucapkan.
Seronoklah orang Sarawak cuti sampai hari selasa.