MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 31 Mei 2013

Inikah wajahku dengan rambut baru


Nampak smart pulak Adli dengan rambut baru.
Nampak lebih kemas.
Taklah dia asyik menggaru je.
Gatal sgtlah tu kot.


Sekarang tido pun dah semakin lena.
Takde dah nak menggaru je sambil mata terpejam.
Nampaknya lepas ni sebulan sekali kena pergi gunting rambut ye Adli....



Kali Pertama

Semalam 30 Mei 2013 adalah kali pertama  membawa Adli ke kedai gunting rambut.
Ingatkan dia nangis kalau kena gunting..rupanya tak. Senyap je dia. Tak bergerak langsung. 
Good boylah anak umi ni.


Khamis, 30 Mei 2013

Coretan di suatu petang

Lama betul dah tak update kan.
Bz ke? Entahlah. Kerja tak pernah-pernah habis dah ni.
Kadang-kadang kerja pelik-pelik yang kena buat.
Dah namanya Saya Menurut Perintah kan...

Ni nak cerita Jumaat lepas.
Kan kita cuti Wesak kan.
Jadinya lea merajinkan diri membuat laksa sarawak.
Buat sebungkus mihun untuk 3 orang makan.
Jadinya dari pagi sampai ke petang makan laksa sarawaklah lea, suamii dan anak buah yang duduk dekat rumah.

Sabtunya pulak.
Menu kita nasi lemak.
Buat banyak jugak untuk makan dari pagi sampai ke petang.
Semuanya sampai ke petang ye lea?
Hehehehe. Yelah malasa masak.
Masak sekali sehari je.
Boleh?

Ahadnya pulak, jam 6 pagi dah lea bangun.
Misi utamanya ialah membuat cucur badak dan menggoreng nasi.
Sambal kelapa yang mak buat ada lagi dalam simpanan di peti sejuk dan sambal itulah lea buat inti cucur badak.
Rasanya? suami cakap oklah...habis juga cucur badak lea.
Tapi cucur badaknya ada pelbagai size dan warna.
Hehehehe.
Takpelah kan. Janji boleh makan dan sedap.





Rabu, 22 Mei 2013

Makan-makan di luar


Sesekali makan dekat luar bolehlah makan yang special sikit ye tak.
Kebetulan sepupu dari Kuching datang, tu yang makan dekat luar tu.
Kita makan steamboat dekat MAEPS jelah.
Lagipun dekat dengan rumah.
Takde booking pun.
Main redah je.
Alhamdulillah ada pulak tempatnya.
Tapi bila malam semakin ramai orang yang datang.
Dua-dua sepupu memang suka makan jadi tak rudi bawak mereka berdua ni.
Seronok pulak tengok mereka makan.
Alhamdulillah Adli tidak meragam malam tu.
Senyap je dia.


Ikan Terkurung


Lea tak tau nama lain bagi ikan sardin ni ikan terkurung.
Tiba-tiba teringin nak makan.
Ada ikan sardin dengan telur dadar dah cukup sedap dah tu.
Nasi pulak kena panas-panas.
Pergh.....sedap.

Rabu, 8 Mei 2013

Besar dah amir..






Semalam genap umur adik kesayangan lea ni 18 tahun.
Sekejap je masa berlalu kan.
Lahir tahun 1995. Kecik lagi time mak lea jaga.
Duduk dengan family lea dari dalam pantang sampailah darjah 6.
Azmeer ni sepupu lea.
Tapi dah mak jaga dari kecil memang dia rapat dengan kami.
Amir...kak mon ucapkan selamat hari lahir.
Semoga sihat selalu.
Murah rezeki.
Dan semoga tercapai semua apa yang diimpikan.

7 bulan sudah berlalu


Alhamdulillah.Adli kesayangan lea ni dah 7 bulan pada 7 Mei lepas. Adli dah ada dua gigi bawah dan dua gigi atas. Sekarang suka sangat-sangat menyembur. Lucu betul nengok dia bila menyembur tu.Comel sangat. Sekarang ni juga suka dok pegang dagu macam gambar kat atas.Kadang-kadang sampai dua tangan. Manja betul rupanya. Sekejap betulkan masa berlalu.......

Isnin, 6 Mei 2013

Corat coret 06053013

Asslammualaikum semua. Mesti hari ni semua dok sibuk pasal keputusan Pilihanraya ke13 kan? Alhamdulillah...dengan keputusan yang ada. Sekurangnya apa yang ada sekarang masih dikekalkan. Lea tahun ni mengundi di DUN DENGKIL dan PARLIMEN SEPANG. Kali ke3 pergi mengundi.Bagi DUN BN menang tapi untuk PARLIMEN kalah. Apa nak buat kan. Sudah pilihan rakyat di Sepang. Kita negara demokrasi. Pilihan di tangan rakyat.

Dakwal kekal. Hehehehe.Semalam dekat faceboook, intragram semua dok upload gambar jari. Macam-macam gaya ada. Dekat jari lea sekarang masih ada sikit-sikit lagi dekat celah2 kuku. Esok hilang kot.

Keputusan di Sarawak tanah kelahiran lea...Alhamdulillah. BN menang 25 dari 31 kawasan Parlimen yang dipertandingkan. Bangga jadi rakyat Sarawak. Kawasan yang kalah...Tak boleh buat apa dah. Kawasan bandar yang majoritinya kaum Cina. Mereka mesti nak sokong orang mereka jugakan. Orang melayu jelah sekarang dah berpecah berapa ntah. Kita berpecah mereka  tepuk tangan. Nasiblah kita orang melayu.Nak buat macam mana sebab melayu pun ada yang dok pilih mereka.

Yang paling Lea suka kali ini ialah Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir akan menjadi MB Kedah yang baru. Tak tau kenapa dari dulu lagi lea suka nengok Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir  ni. Semoga kedah akan terus maju dan maju di bawah kepimpinan beliau. Semoga beliau akan seperti ayahnya Tun Dr. Mahathir.

Oklah.Panjang umur PRU KE14 5 tahun lagi. Harap mereka yang menang kali ni akan menjalankan tanggungjawab sebaiknya untuk rakyat yang memilih mereka.





Jumaat, 3 Mei 2013

Warisan.............

Lagu yang lea suka.
Bila dengar kadang-kadang menitis air mata.
Liriknya betul-betul menyentuh hati.



Anak kecil main api 
Terbakar hatinya yang sepi 
Air mata darah bercampur keringat 
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya 
Tergadai seluruh harta benda 
Akibat sengketa di antara kita 
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita 
Warisan berkurun lamanya 

Hasil mengalir ke tangan yang lain 
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi 
Majulah raih sebuah mimpi 
Hapuskan sengketa 
Teruskan usaha 
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara 
Kita kan gagah di nusantara 
Kita kan gagah di pentas dunia

Pilihan di tangan anda

Hari Jumaat 03.05.201. Tinggal 2 hari lagi untuk kita menunaikan tanggungjawab kita pada negara. Alhamdulillah.Ini adalah kali ke3 lea mengundi dan ini kali pertama mengundi di semenanjung ni.

Memang jauh beza kempen di sini dengan di Sarawak pada waktu yang lepas-lepas. Tapi sekarang tak taulah sebab dah 7 tahun meninggalkan Sarawak. Mungkin sama suasananya atau lagi hebat.



Sana sini kempen.

Sana sini kata mengata.

Sana sini fitnah memfitnah.

Apa nak buat kan. 

Adat pilihanraya.

Adat berkempen.



5 tahun sekali je suasananya begitu.

Oklah.

5 Mei 2013 bersamaan dengan hari Ahad jalankanlah kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia.

psst...........korang undi apa ek? hahahahahaha.