MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 30 April 2013

Set puree pertama

Sebelum ini ada mak yang dok masakkan bubur Adli..
Mak dah balik sabtu lepas jadinya....semua akan lea buat sendiri..
Bila bekerja memang susah jugak untuk lea masakkan bubur untuk Adli setiap pagi.

Kelam kabut jadinya nanti.

Jadinya untuk memudahkan kerja...setelah dok melihat blog dan pengalaman tenan yang lain terhasillah puree sayuran dan buah buahan yang dibekukan.



Ada lobak merah.
Ada bayam.
Ada kentang.
Ada keledek merah.
Ada brokoli.


Dah test dekat Adli.
Dia sangat suka bubur bila lea campurkan lobak merah atau bayam.

Good boy anak umi.
Suka makan sayur.

Minggu ni rehat dulu buat puree.
Yelah..nak menunaikan tanggungjawab pada negara.
Minggu depan baru kita mempuree lagi.

Jumaat, 26 April 2013

Aku dan si belanak


Sejak kahwin alhamdulillahlah boleh kenal dengan ikan-ikan ni semua. 
Dulu masa duduk dengan mak tak ambil taulah nama ikan-ikan ni.
Yang tahu ikan kembung, sardine, terubuk, tongkol dengan bawal je.Yang lain minta maaf lea tak kenal.




Ikan yang lea tahu tahun lepas kot iaitu ikan belanak. 
Ikan ni suami jumpa dekat Pasar Minggu Satok. 
Suami cakap sedap ni buat masin. 
Bila bawak balik dia siang dia masinkan dan simpan peti sejuk. 
Dua hari lepas tu dia goreng.
Memang sedap  makan dengan nasi panas .
Ala-ala terubuk masin dengan lemak-lemaknya.

Dua minggu lepas dekat pasar tani dekat putrajaya dia jumpa lagi ikan belanak ni.
Besar-besar pulak tu.
Ada 10 ekor orang kedai tu suruh suami borong RM40. 
Suka sangatlah tu.Buat masin dan bagi dekat adik yang duduk Terengganu yang kebetulan datang rumah minggu tu.
Adik pun cakap sedap.



Dan minggu lepas dekat  pasar malam jumaat Puchong suami jumpa lagi ikan ni.
Beli tiga ekor je. Minta mak lea buat asam pedas. 
Memang sedaplah.Lemak-lemak gitu rasanya.

Sekianlah cerita dari saya.Aku dan ikan belanak.

Salam ceria di pagi Jumaat

Alhamdulillah.
 Berjumpa lagi kita di pagi Jumaat . 
Penghulu segala hari. 
Esok Sabtu. 
Mak dan ayah lea akan balik ke Kuching. 
Sekejap betul masa berlalu. 
Mereka datang dulu sebab Adli masuk hospital.
Sebulan lepas. 
Lepas ni akan bermula baliklah rutin harian lea. 
Kalau mak ada tu, balik kerja mak dah siap masak dah. 
Kain baju dah siap lipat dah.
Teruk betulkan lea ni. 
Dah cakap dekat mak, jangan buat.
Dia buat jugak.

Tapi balik esok 10.06.2013 akan datang lagi dengan tiket yang dah lama dibeli.
 Ingat nak bawa mereka jalan-jalan makan anginlah nanti.
Banyak sangat dah mereka tolong masa Adli dekat hospital hari tu.




Budak kecik sekarang yang sangat-sangat rapat dengan atuknya. Kesana sini nak atuk bawak dia.Tak boleh tengok muka atuk.Mesti angkat tangan nak minta didukung. Makin banyak akal dah sekarang.

Jumaat, 19 April 2013

Terung Asam

Semalam balik dari kerja terus check dalam periuk mak masak apa.
Seronoknya rasa dihati bila ternampak asam pedas ikan tenggiri dengan TERUNG ASAM.
Dekat semenanjung ni tak taulah lea ada ke tak Terung Asam ni.
Tapi dekat sarawak memang ada dan terung asam ni mak bawa khas dari Sarawak.
Berselera betul makan semalam.
Yelah..dah lama sebenarnya tak makan terung asam ni.


gambar kurang memuaskan.Nak cepat..........



Nilah terung Asam.Lea ambik gambar dekat blog  ini

Sedikit kisah di pagi Jumaat

Assalammualaikum semua.
Selamat Pagi.
Salam Pagi Jumaat.

Alhamdulillah..bertemu lagi kita di satu lagi Jumaat.
Malam Jumaat semalam berlalu dengan jayanya tanpa ada apa-apa yang berlaku. Hahahahahha. 
Korang dah fikir ke laut ni.
Suami kita dha sibuk sekarang ni.
Pergi DUN sini pergi DUN sana.
Macam dia pulak Ahli Parlimen.

Oklah..dah merapu yang bukan-bukan dah ni.
Korang dah sarapan?
Lea baru lepas.
Makan nasi lemak yang langsung takde rasa lemak.
Frust betul rasanya.
Bau dah sedap dah sebab dialas dengan daun pisang.
Tapi rasa..............minta maaflah.
Rasa tak berbaloi dengan harga RM3.
Nak beli lagi Nasi Kerabu semalam tapi dah jam 7 lebih baru akak yang jual tu tolak troli.
Cubalah berniaga awal sikit.
Frust sekali lagi.
Lastnya beli nasi lemak jelah.
Nak buat macam manalah kan.
Makan jugalah sikit buat alas perut.

Nasi lemak tak sedap langsung

Khamis, 18 April 2013

Bila suami sesekali ke dapur...

Assalammualaikum semua.
Berjumpa lagi kita.
Pasal makan lagi.
Minggu ni penuh dengan entri makan.
Mana tak semakin montel tuan rumah ni.

Ni cerita Isnin lepas.
Letih benar rasanya lepas balik kerja.
Sampai-sampai dekat rumah rasa nak tidur je.
Tapi dok memikirkan suami, mak dan ayah nak makan.
Jadinya pergilah ke dapur jugak.

Tapi....suami mungkin dok tengok lea letih sanagt. Dia pun membantulah.
Dia buat kari ayam ok..Sedap....
Memang pun suami pandai masak kari dari lea.
Lea masih kurang dalam bab kari-kari ni.
Sambal tomato pulak ayah lea yang tolong buat.
Sedap wa kata sama lu. Hahahahaha.
Lea pulak hanya masak tumis sayur pucuk manis. Kegemaran lea dari dulu..kini..dan selamanya.

Sungguh berselera lea makan hari tu.


pssttttt
sesekali suami masak sedap jugakkan..

Lama dah tak makan ni....

Assalammualaikum.
Selamat pagi semua. 
Hari Khamis dah kan? 
Esok jumaat.
Malam ni pulak malam jumaat. 
Sekejap je rasa habis dah seminggu. 
Sarapan apa pagi ni? 
Lea makan nasi kerabu je. 
Lama dah tak makan nasi kerabu ni.
 Beli kat tepi jalan dalam perjalanan ke pejabat. 
Rasanya? Hmmmmm...bolehlah...
Tapi kan..pedas sikit. 
Sikit tak sikit jugaklah.
Berair jugak dah hidung ni. 
Nasi kerabu lea suka kalau makan dengan ikan goreng dengan telur masin. 
Tu je yang sedap kalau makan ngan nasi kerabu.
Lea tak reti nak makan dengan lauk lain. Nanti hilang rasa nasi kerabu tu. Bagi lealah.
Oklah.
Nanti sambung lagi.
Lea nak makan dulu. 


Rabu, 17 April 2013

Mi jawa sarawak


Dua tiga minggu lepas adik lea dari Terengganu datang. Dah dia dok mengidam nak makan mi jawa dan kebetulan mak ada dekat rumah lea, mak buatlah mi jawa yang adik nak sangat makan. Dan lea pulak tumpang sekalilah...

Sedapnya mak lea buat.Dah rasa dekat Sarawak pulak dah.Dan lea ambil kesempatan jugaklah belajar dengan mak cara-cara nak buat Mi Jawa ni.

Selasa, 16 April 2013

Cerita budak kecik lagi.............


Assalammualaikum semua…
Lama dah tak update blog.Tak berkesempatan langsung.Kalau dekat rumah sibuk sangat-sangat dengan nak menguruskan rumah, sikecik lagi dengan abah sikecik lagi….hahahaha

Sekarang suka nak bercerita pasal sikecik Adli.

Adli……..
Makin banyak akal dah.
Semakin banyak ragam dah.
Nak tido mak aii…poning kepala dibuatnya.
Nak makan? Kena bawa dia ke balcony ..nak santai-santai baru dia nak buka mulut.
Tapi ragam dia tulah yang menghiburkan hati lea dan suami.
Nak tergelak rasanya.

Oklah…nanti lea cerita lagi pasal dak kecik ni.





Khamis, 11 April 2013

4 tahun 4 hari


Baru perasan. Dah 4 tahun 4 hari lea melibatkan diri di dalam dunia Blog ni. Sekejap je masa berlalu. Dari merapu, bercerita, meluahkan perasaan semuanya ada.Dekat sini jugalah lea kenal ramai kawan baru. Walaupun tak bersua muka tapi tulisan mereka, cerita mereka betul-betul menghiburkan hati ni.Kadang-kadang pengalaman orang lain boleh kita jadikan panduan untuk perjalanan hidup kita. Dekat sini jugaklah banyak resepi-resepi baru yang lea dapat. Boleh belajar masak  tau dekat sini. Oklah.Malas nak bercerita panjang. Harapan lea semoga lea terus berblog sebab bagi lea blog adalah diari peribadi lea.Bila tengok entry lama-lama boleh tergelak sorang tau.

MASTECHEF CELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE 2




Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 bakal bersiaran bermula 20 April ini di saluran Astro Ria pada jam 9malam.Siapalah yang agaknya akan menang kan?

Potluck



Sesi makan-makan ni dibuat Isnin lepas.
Malunya...lea tak bawak apa-apa pun sebab ada masalah paip air dekat rumah. 
Memang tak masaklah hari Ahad dan Isnin tu.
Tumpang jelah makanan orang.
Malunya rasa...Hihihihi.
Tapi kan..nasib baik makanan banyak.
Menu hari tu
Gulai batang pisang dan daging
Rendang itik
Air Asam
Sambal Hitam
Sup Ayam.
Berselera betul makan hari tu.
Yelah makanan yang jarang-jarang boleh dapat.

Isnin, 8 April 2013

Entah ke mana perginya.............


Rasanya sudah lama tidak mengupdate pasal hobi lea iaitu mengumpul Fridge Magnet.
Sejak berpindah kerumah baru ni tak tau dah nak letak man FM lea ni.
Suami dah warning lea awal-awal tak nak nampak semak dekat rumah.
Jadinya FM lea yang banyak banyak tu masih lagi di dalam kotak di bawah katil.

Dok teringat dekat FM lea tadi sebab terpandang FM dekat opis ni ha...
Dua-dua dari Cameron Highland.
Comelkan strawberry ni?
Bila lah nak pergi Cameron Highland ni lagi....
Lupa nak bagi tahu FM ni pemberian teman sepejabat iaitu kak su dan  izah . 
Nak harap sendiri beli rasanya sudah lama lea tak beli FM yang baru.

Jadinya.... entah kemana lah perginya hobi lea ni kan........











Budak bulat...



Semalam Adli genap 6 bulan.
Sekejap betul rasanya masa berlalu.
Alhamdulillah
Adli..............
Semakin bulat dah dia sekarang. Makin banyak akal.
Gembira rasa...sejuk rasa di hati...tenang je rasa bila Adli sihat dan boleh gelak macam biasa.
15hb nanti nak kena pergi hospital lagi.
Nak kena ambil darah dan X-ray lagi sekali.
Harapnya semua ok.
Hampir seminggu Adli di hospital betul-betul membuat hati tidak keruan.
Macam-macam yang difikirkan.
Tidak sanggup rasanya bila mendengar dia menangis bila nurse ambik darahnya.
Menangis sampai hilang suara.
Maknya yang diluar bilik yang lagi beria menangis bila mendengar anaknya menangis.
Hati seorang mak kan?..