MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 29 Mac 2013

Terasa sunyi di opis

Sunyi betul rasanya minggu ni.
Yelah ramai  yang bercuti sebab cuti sekolah kan.
Lea pulak cuti tak berapa nak ada kena stay dekat opis jelah. 
Nasib baik suami takde side minggu ni jadi dia boleh temankan Adli dekat hospital.



Minggu ni dah tiga hari dah makan kuih keria.
Memang kesukaan lea.
Tapi kuih keria ni nampak macam sedap tapi rasanya tidak lagi memenuhi piawaian tekak lea.
Mak buat jugak yang sedap.


Rindu sangat dengan budak kecik ni.
Balik kerja karang jumpa dia.
Tengahari tadi dah jumpa dah.
Dajh peluk cium, gomol-gomol dia pun.
Argh....rindunya....



Perkembangan terbaru Adli

 Semalam dua kali lea ke hospital.
Tengahari dengan kawan opis.
Petang bila balik kerja terus ke hospital.
Sampai-sampai petang semalam, tengok Adli dibawa abahnya jalan-jalan.
Tengok lea terus senyum.
Gembira betul rasa.
Dah tu suami balik, mandi dan ambil mak dan ayah lea.
Sepanjang dengan lea petang tu, elok je gurau-gurau dan gelak-gelak dengan lea.
Bila suami , ayah dan mak sampai lagi happy Adli.
Dah tu dia tiba-tiba muntah. Habis juga baju atuknya.
Salin semua baju dan seluar Adli.
Lepas tu keluar lagi tapi sedikit dan hanya kahak.
Lepas tu pun sama jugak.
Sepanjang lea dari jam lima sampai jam tujuh tiga kali dia muntah.
Risau juga rasanya.Suami bagi tahu nurse tapi nurse cakap takpe, biar keluar semua kahaknya.
Jam tujuh lea balik dengan mak dan ayah.
Jam 11 suami whatapps gambar Adli tengah nak sedut kahak.
Adui...lemah rasanya.Rasa nak ke hospital je time tu jugak.
Tapi suami cakap doktor cakap ok.
Tapi dia cirit birit pulak dah.
Banyak pulak tu.

Pagi tadi seawal 6.15 pagi lea dah di hospital putrajaya.
Hantar baju Adli sebab baju-bajunya dah habis kena muntah...
Sejuk hati bila tengok dia aktif seperti biasa.
Senym bila melihat lea.
Harap semuanya akan pulih seperti biasa....
Tak tahn dah mata ni , rasa nak menangis je dah ni....

Khamis, 28 Mac 2013

Perkembangan Adli

Alhamdulillah.
Demam Adli dah takda dah. 
Cuma doktor perlu pantau lagi keadaan dia.
Risau bila mengenangkan keadaan dia.
Suami yang menjaga Adli di hopsital.
Lea pulak kena kerja sebab ramai kawan-kawan di opis yang bercuti.
Ibu dan ayah lea datang dari Kuching semalam.
Risau bila mendengar cucu masuk hospital.


Rabu, 27 Mac 2013

Doakan dia..

Manusia memang tidak lepas dari melalui dugaan dalam hidup kan. Kalau diikutkan memang dah jatuh rebah dah.Tapi bila difikirkan ada yang lain lebih perlukan kita.Kita memang kena kuat walaupun dalam hati ini rasa hendak menangis dan kadangkala jatuh juga air mata.

Adli..satu-satunya permata hati lea telah dimasukkan ke hospital semalam. Balik dari kerja semalam ambil Adli dekat rumah pengasuh terus bawa dia ke hospital. Suhu badannya sangat panas. Sudah seminggu. Bawa dia ke emergency dan alhamdulillah cepat tindakan yang pihak hospital ambil. Hanya mampu menitiskan air mata bila melihat dia menangis kesakitan.Kalau boleh biarlah lea yang menanggung semua kesakitan itu......


Selasa, 26 Mac 2013

Happy belated birthday sayang...




Selamat hari lahir buat suamiku yang ke 32 tahun pada 24.03.2013 yang lepas
Beza umur kami Cuma 4 hari je.Lea yang tua k.
Tidak ada bagi apa pun untuk dia tahun ni.
Kesibukan yang amat sangat.
Maaf ye sayang…
Doa ayang………..
semoga abang sihat selalu
semoga abang dipanjangkan umur
semoga abang akan bersama ayang dan adli selamanya.
Ayang sayang abang….

Sambutan hari jadi ku....

Mood untuk berblog sudah ke tengah laut rasanya.
Bukannya tidak ada bahan untuk update tapi masa betul-betul mencemburui lea sekarang.
Tengah sibuk pindah rumah, suami pulak tak berapa nak sihat ..Adli pulak tak baik-baik dari demam.

Ok...ini cerita 20 Mac lepas.
Tapi sebelum tu...
Alhamdulillah..sudah 32 tahun usiaku pada 20 Mac 2013 yang lepas.
Terasa cepatnya masa berlalu.
Alhamdulillah dengan kurnianNya padaku selama ini. Alhamdulillah.

Ok..sambung cerita
Pada petang rabu tu suami call lea dekat opis.Dia cakap kawan-kawan dia nak datang celebrate birthday.Mereka ingat birthday suami. Suami terangkanlah perkara sebenar yang hari tu adalah sebenarnya birthday lea. Mereka cakap tak kisah.Mereka nak datang jugak.

Kelam kabut dibuatnya hari rabu tu.Beli satay siap-siap dekat Taman Warisan Putrajaya.Pergi supermarket beli mihun dan rencah rencahnya. Berpeluh-peluh jugak memasak dua bungkus mihun.

Kawan-kawan suami sampai dalam jam 9 malam. Pergh... siap ada kek nama lea lagi tu. Ada KFC. Mereka siap bawa sekali air botol tu...

Memang meriahlah rumah hari tu.Penat-penat tapi seronok.


Isnin, 18 Mac 2013

Bila Adli di SECRET RECIPElah pulak

Pada sebelah malamnya pulak Adli jalan-jalan lagi.
Kuat berjalan kan Adli ni.
Kali ni dekat Secret Recipe dekat dengan Galeria Putrajaya.
Kali ni lagi hebat gelagat Adli...
Sambil menunggu Maya n family, Adli boleh senyum senyum dan jelir lidah dekat couple dekat sebelah meja.
Bila couple tu dok agah dia lagi kuat dia gelak.
Seronok benar dia dok tengok gambar dengan lampu dalam SR tu.
Adli...Adli...



















Kali ni diteman oleh kakak syasya

Bila Adli di NANDO'S


Pergi dua minggu lepas kot.
Saja berjalan bersama keluarga...
Cheh wah...itu suami lea yang kata.
Tau pun...
Asyik sibuk je manjang.
Hujung minggu je ada masa untuk isteri dan anak.
Makan dekat Nando's IOI MALL PUCHONG je.
Tu yang dekat dengan rumah.
Memang port lea dan suami dari mula kahwin sampailah sekarang.

Adli...
hmmmmmmm... tak reti diam.
Sekejap nak berdiri.
Sekejap nak duduk.
Sekejap nak melompat.
Jelir lidah memang tak lupa. Hobi dia sekarang ni.
Adui...lasak betul dah dia sekarang.
Tengoklah gelagat dia tu.....



Jumaat, 15 Mac 2013

Adik kecik badan sasa


Inilah kesukaan sikecik ni.
Tak berbaju.
Bila dibuka baju tersengih manjang.
rasa sejuk kot.
Badan.........Bulat betul.



Isnin, 11 Mac 2013

Lempeng.......

Ni menu minggu lepas.
Teringin benar nak makan lempeng.
Jadinya bangun awallah...
Buat lempeng dan sambal sardin.
Sedap betul rasanya...

Happy Anniversary lea & sham



 Alhamdulillah.
Hari ni 11 Mac 2013 genaplah usia perkahwinan kami 7 tahun.
Pelbagai suka duka yang kami harungi bersama.
Syukur kepadamu Ya Allah atas kebahagiaan ini.
Hidup kami suami isteri diserikan lagi dengan si comel kami Adli.
Dialah permata hati kami.
Kurniaan dariNya yang tidak terhingga.
Akan kami jaga amanah ini dengan sebaiknya.
Doaku supaya kebahagiaan tetap bersama kami untuk selamanya.
Nak tau hadiah dari suami untuk lea tahun ni.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Kabinet dapur  yang super comel untuk rumah kami yang cute itu.
Terima kasih abang.





Ahad, 10 Mac 2013

Terima kasih atas pengorbananmu....

Terlalu lama lea tidak mencoret di sini.
Kesibukan yang datang melanda.
Dengan Adli yang tidak sihat........macam-macam yang berlaku.


Negara telah dikejutkan dengan pencerobohan di Sabah.
Terus terang lea nyatakan yang lea tidak boleh membaca tentang apa yang berlaku di sana, tentang keluarga yang ditinggalkan...Lea jadi sedih, lea jadi sebak..tanpa sedar air mata mengalir.

Tidak ada apa yang lea mampu buat, hanya mampu berdoa agar mereka yang pergi akan tenang di Sana. Bagi yang berada di Sabah, di doakan agar mereka sentiasa di dalam lindunganNya....


Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah

Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga 

Dengan sepenuh keazaman
Semangatmu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta

Darah satria
Darah Satria
Berkobar di dada

Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia

Darah satria
Darah Satria





Khamis, 7 Mac 2013

Saya besar dah...



Alhamdulillah...
Permata hati lea 5 bulan dah hari ni.
Semakin bijak.
Semakin banyak akal.
Harap supaya dia membesar dengan sihat.

Adli...ummi rindu sangat dekat awak ni.