MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 26 Februari 2013

Isyarat kasih sayang


Isnin, 25 Februari 2013

Ngantuk sangat-sangat ni

Hari ni terasa benar keletihan badan ni.
Ngantuk pun ye juga?
Kepala pening pun ye jugak.
Kalau boleh tido ni memang tido ni.
Ngantuk.......



Adli sekarang.......
Suka benar dok jelir-jelir lidah.
Bila suami buat-buat marah cepat je lidah masuk mulut balik.
Tak lama lepas tu mula balik.
Geram nengok.....


Khamis, 21 Februari 2013

Salam pagi khamis

Dah hari khamis dah kita ye.Sekejap je nak habis minggu ni.
Seronok rasanya.
Esok jumaat.
Lusa sabtu dan sudah semestinya cuti.
Sekarang masa bagi lea macam tak cukup cukup dah. 
Balik kerja , banyak kerja di rumah yang menanti. 
Nak buat macam mana kan.
Sudah tanggungjawab.

PERKEMBANGAN ADLI
Sekarang suka benar bergurau.
Kalau di agah mengekek dia ketawa.
Kalau nengok lea dan suami dari jauh dah senyum.
Manis betul senyumannya.
Tu yang buat ummi terbayang-bayang dan rindu sangat kat dia tu.
Sekarang dah boleh meniarap sendiri.
Tapi tak lama. Cepat letih. Hehehehe.Letih dalam proses nak terbalikkan badan tu. Lama benar.
Sekajap dah dia berusia 4 bulan lebih.
Tak lama lagi 5 bulan.
Harap dia membesar dengan sihat.

Oklah. Nak masuk kerja dah.
Tapi sarapan idak lagi ni.
Abang berniaga yang lea selalu beli di tepi jalan takde pulak hari ni.
Kena beli di cafe opislah nak nampaknya.

Selasa, 19 Februari 2013

Adli dan nenek

Suka tengok gambar ni.
Adli layan diri sesorang tu.
Sejuk benar ye Adli dekat Bukit Tinggi.
Syok juga duduk dekat sana.
Rasa tak puas tido semalam.
Ada masa terluang, ada rezeki sikit nak ke sana lagi.
Yang syoknya Adli tidur lena dekat sana sebab sejuk...
Mak paknya pun sama gaklah...
Hihihihi

Isnin, 18 Februari 2013

Besar dah anak ummi


Beginilah ADLI di dalam stroller....bila timenya ok.
Bila dah bosan tu mulalah mulutnya bising minta diangkat. Sekarang dah tak larat mendukungnya lama-lama.
Terasa badannya semakin naik ke badan umminya yang semakin naik. Hahahaha.
Jadinya suamilah yang dok dukungnya.
Tapi suami cakap jugaklah.
"Berasa jugak bawa dia ni sekarang.Lenguh rasa tangan abang"
Yang lea tau hanya......
Senyum sahajalah...


Suka-suka je di tengahari


Saja nak hilang ngantuk di tengahari.
Nakal kan...

Bila tau dah nak berjalan


Suka benar dia bila dipakai baju baru.
Dah tu dok angkat tangan minta dibawa.
Dah tau dah tu nak jalan-jalan.
Jadinya sekarang kemaskan diri sendiri dulu, tapi tudung jangan pakai dulu.
Dah tu kemaskan barang-barang dia.
Susu, pampers dan baju ganti kalau diperlukan nanti. 
Dah tu baru kemaskan dia.
Siap dah dia, baru pakai tudung.
Dah tu bolehlah berjalan.
Kalau dia tengok kita bertudung siaplah menangis minta diambik dan dibawa jalan.
Adli.....adli......

Ahad, 17 Februari 2013

Gugusan kunci

Ni kunci milik MR.SHAM.
Kunci kereta ada dua.
Kunci rumah sewa dan kunci rumah baru kami.
Kunci opis lagi. 
Lupa...kunci motor pun ada.
Tapi nilah yang selalu hilang dekat rumah.
Diletaknya merata-rata.
Bila dah hilang kan susah.Semua kunci ada disitu.
Kalau lea lea suka asingkan.
Kecuali kunci rumah ngan grill memang lea tak pisahkan.
Korang pulak macam mana?

Nescafe di dalam hidupku...

Hahahaha.Tajuk tak boleh blah....

Nescafe bukanlah minuman kegemaranku.Tetapi segalanya bermula di sini.

DI INTAN
Kak tun memperkenalkan nescafe kepadaku.Hari2 kak tun akan membuatkan teh yang sgt2 kaw punya.Memang sedaplah.Tetapi bila dah pindah kesini aku jadi jarang minum nescafe.Bila minum jadi pening.

Jabatan kedua.
Aku di sini 4 tahun.Di tahun terakhir aku di sini seseorang telah  memperkenalkan nescafe ais yg pekat dan kaw punya kepadaku.Hari hari membeli di cafe dekat opis.Sampailah aku bertukar ke jabatan ketiga penghujung 2010.

2013
Mak aku sendiri yg sgt gemarkan nescafe dan aku mulai terikut2.Memang tak elok kan utk kesihatan.....Akan ku cuba kontrol pengambilannya....

Itulah kisahku dan nescafe....

Bila mak balik Kuching......


Sedih rasa dihati hanya Dia yang mengetahui.
Bukan hanya pada lea dan suami tapi...mak, mas dan amir.
Tapi yang paling sedih sudah pastinya mak.
Dia menjaga ADLI dari mula dia lahir sampailah dia berumur 3 bulan lebih.
Kesedihan mak sangat-sangat terasa bila dia mencium Adli sebelum masuk ke balai berlepas.
3 bulan bukan satu jangka masa yang singkat.
Hanya dia yang tau apa yang dia lalui bersama Adli sepanjang tempoh itu.
7.10.2012-12.11.2012 di Kuching
12.11.2012-24.01.2013 di Puchong.
Terima kasih mak sebab tolong lea jaga Adli sepanjang tempoh itu.
Sekarang dah hampir sebulan mak kembali ke Kuching, hari-hari jugalah buat Video Call sebab dia nak tengok cucu dia ni.
Adli ni pulak, macam tau-tau je nak bercakap dengan orang di Kuching.
Kalau boleh bercakap, macam manalah agaknya....

Tiba-tiba teringin........

Bila tekak rasa teringin nak makan tu makan ni...memang tak boleh ditahan-tahan. 
Nasib baiklah dekat TESCO baru buka dekat rumah ada jual benda ni. 
Bolehlah terus terjah kan. 
Tapi rasanya tak sesedap seperti yang diharapkan.
Tapi takpelah.Sekurangnya hilang rasa teringin tu.