MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 31 Januari 2013

Esok cuti....sukenya.....

Hari ni mengantuk yang amat sangat.Menguap sesaje.Semalam dekat nak 2 pagi baru tidur. Yelah Adli jam 12 setengah baru tidur.Sebelum tu dok ajak lea main, dok ajak lea sembang.Kita pun layan jelah. Lastnya 12 setengah tu sambil dia dok main-main tangan dia terus tertidur.Alhamdulillah.Boleh lea buat kerja lain.Lipat kain dan iron baju untuk pakai hari ni. Nak basuh kain memang tak larat dah.Takpelah.Basuh hari ni. Jadi dua hari sekali dah basuh kain.

Jam 2, jam 3, jam 4 sedar jugak.Dok dengar bunyi Adli nak susu.Sambil tu tengok juga pampersnya.Jam 4 tukar pampersnya. Jam 5 pula, sedar, basuh botol susu Adli dan terus mandi. 6.30 pagi dah gerak hantar Adli rumah makngahnya. Selalu beli je sarapan dekat rumah.Hari ni lea lalu je kedai abang jual nasi lemak tu. Rasa lewat dah. Jadinya pagi tadi kirim mihun dekat kawan seopis beli dekat cafe. Tak sempat nak pergi cafe sebab ada kerja urgent yang perlu dibuat. Urgent sangat...Entahlah.

Hari ni nak settle semua kerja yang menunggu atas meja. Harap boleh siap sebelum balik 4.30 petang ni.Tak naklah teringat kerja bila dekat rumah.Nak rehat sepuasnya cuti 3 hari ni. ....

Sayang Adli sangat sangat

Rabu, 30 Januari 2013

Salah sejahtera dan salam 1 Malaysia

Assalammualaikum semua. Lama benar dah rasa tak update blog kesayangan ni.  Bukan tak  nak update tapi masa 24 jam rasa tak cukup je. Lagipun dekat rumah masa yang ada digunakan sebaiknya bermanja ngan Adli dan abah Adli.Ahaksss...Lari.....

Tapi betul tau.Penatnya tak dapat dibayangkan.Sebelum ni ada mak lea yang membantu tapi bila mak dah balik kuching, haaaaaaaa ambik kau lea.Semua nak kena buat sendiri.Jam 12 malam pun masih dok lipat kain. Bila Adli dah tido barulah senang sikit nak buat kerja.

Hari ni hari pertama lea sendiri yang hantar Adli umah akak ipar.Dia yang jaga Adli.Selalu ada suami yang temankan.Suami pergi Johor hari ni.Jadinya semua kena buat sendiri. Adli ok je nampaknya tadi.Tido je dalam kereta. Harap akan begitulah setiap hari. Esok Khamis kan.Lusa Jumaat.Yahooo...cutilah kita ye.Bagi yang dekat Wilayah Persekutuan je. Negeri lain kerja ye.Kecuali yang dekat Terengganu,Kelantan dan Kedah.

Oklah.Nak buat kerja.Buat awal cepat siapnya.

Assalammualaikum semua. Salam Sejahtera.Semoga hari ni akan membawa sejuta kebahagiaan buat anda dan keluarga serta sahabat handai anda semua.....

Lea tinggalkan anda dengan gambar dua beranak yang nampak merah keduanya....







Sabtu, 26 Januari 2013

Percutian yang menenangkan fikiran

Bercuti d Colmar Tropicale sangat sangat menyeronokkan bagi lea dan keluarga. Kepada yang memang nak bercuti , jauh dengan keriuhan bandar memang inilah tempatnya . Dan itulah yang lea cari.Dan yang seronoknya.....suami pun sama dan bercadang nak ke sana lagi.

Kesunyian di malam hari, sesekali ada persembahan live band boleh meringankan keserabutan yang ada di kepala. 

Sikecik Adli pun macam seronok je.Tido lena je.Yelah...sejuk........

Ada masa...ada rezeki memang nak datang lagi kesini.








Ahad, 20 Januari 2013

Bercuti cuti Malaysia

Kebetulan mak ada kat sini tu yang bawa mak jalan jalan.Nak booking dah dua bilik di Colmar Tropicale tapi dalam perjalanan naik Genting dulu.
Mula mula nak bawa kereta je naik atas.Tapi suami dok pujuk pujuk mak naik cabel car.Setelah dipujuk rayu akhirnya mak setuju.Merasalah mak, mas,  amir dan sudah semestinya Adli naik cable car. Adli alhamdulillah ok je sepanjang perjalanan. Kami dekat Genting sekejap je pun dan selepas tu meneruskan perjalanan ke Colmar Tropicale.




Khamis, 17 Januari 2013

Syukur alhamdulillah


Alhamdulillah dengan semua rezekinya untuk kami.

Memang kita hanya merancang tapi perancangan Dia untuk kita memang yang terbaik.

6 tahun menunggu seseorang untuk menghiasi kehidupan kami suami isteri. Sentiasa berdoa agar ada rezeki untuk mempunyai cahaya mata sendiri.Alhamdulillah.Dalam hanya dalam masa dua minggu menunggu  , lahirlah Adli. Betapa seronoknya kami. Persiapan di buat untuk menyambutnya di sini. Dalam masa sebulan berulang balik jugaklah ke Kuching nak menguruskan semua dokumen supaya dia boleh di bawa ke sini.
Sekarang Adli dan 3 bulan lebih.Dah 2 bulan lebih dah dia di sini.Adli membesar dengan sihat. Comel sangat Adli. Balik kerja hilang semua penat dan lelah bila melihat senyuman dia. Hilang semua masalah lea bila melihat dia.

Tidak ada apa dah yang lea inginkan.Anak sendiri insyallah kalau ada rezeki adalah.Bukan tidak berusaha, tapi rezeki dariNya belum ada lagi. Rumah sendiri……….Alhamdulillah.Urusan bank berjalan dengan lancarnya.Menunggu rumah yang sedang diubahsuai. Beli rumah yang mampu milik sahaja. Cukuplah untuk kami 3 beranak.Cukuplah untuk kami suami isteri membesarkan Adli.

Alhamdulillah dengan semua rezeki dariNya.



Selasa, 8 Januari 2013

Jom kita jalan-jalan ADLI


Sesekali jauh sedikit ye ADLI kita berjalan.
Boring jugak asyik Puchong, Cyberjaya dan Putrajaya.
Ke Tasik Titiwangsalah kita.
Nak bawak nenek berjalan sebenarnya.
Cantik pulak cuaca pada petang tu.

Isnin, 7 Januari 2013

Adli ke kedai mamak


Lihatlah si ADLI dengan Syasya.
Macam orang tua dah. 
Pandai dah nak duduk ngeteh.
Tak boleh selalu tau.
Boleh elok je mereka duduk kat kedai tu.

Ke Klinik Kesihatan Dengkil


Seawal 7.15 pagi kami dah sampai ke klinik. 
Yelah temujanjinya jam 8.Jadinya kena awal. 
Kamilah orang pertama yang sampai pada pagi tu.
Gilirannya nombor dua. 
Jam 8.15 pagi Adli dah dipanggil doktor untuk diperiksa.
Sekejap je pun.
Dalam 10 minit je.
Alhamdulillah.Semuanya ok. 
Jadinya selepas ni kita ke Klinik Desa Pulau Meranti pulak ye ADLI. 
Dua-dua klinik kena turun naik bukit.

Awalnya dia bangun...


Adli sekarang jam 5.30 pagi je mesti dah bangun .
Jadi umminya kena bangun lagi awal dari 5.30 pagi.
Kalau tak, mana nak mandi lagi, nak sidai kain lagi.
Mesti tak sempat punya.
Tengoklah dekat gambar tu pagi-pagi lagi dah nak bergurau dengan kita.
Boleh mengekek dia ketawa....

Ahad, 6 Januari 2013

Roti yang ada aiskrim....

Aiskrim roti ke roti aiskrim.Sekarang RM 2 dah harganya.Dulu 21 tahun lepas RM 0.30 je.

Jumaat, 4 Januari 2013

Pandai senyum dah........


Tengoklah ADLI ni.
Pandai senyum dah dia bila tau kita ambil gambar dia. 
Rasa bahagia bila melihat senyuman diwajahnya.
Tapi bila dia mengamuk tu....kelam kabut juga dibuatnya...

Selamat Tahun Baru

Alhamdulillah.Dah di tahun 2013 dah kita kan.Lama betul tak update blog ni.Nasib baik tak lupa password.Tahun ni bermula debgan tidak berapa baik.Lea demam.Nak buat macam mana kan.

Takda apa yang diharapkan.Semoga apa yang lea ada sekarang akan kekal untuk selamanya.....