MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 26 Disember 2013

RESTOREN DAPUR SARAWAK

Assalammualaikum semua. Ni cerita semalam. Selepas COD semua kek-kek lapis dengan Crunchy Caramel Almond dengan ampang dan cheras suami tanya nak ke mana? Tanya suami kalau ke Restoren Dapur Sarawak dekat Jalan Ampang tu boleh tak? Suami cakap... boleh saja...

Yahoo...akhirnya keinginanku terhadap laksa sarawak hari ini akan tertunai jugak. Minta2x kedainya buka.Alhamdulillah kedainya buka. Suami order Mi Kolok dengan Teh C Peng dan lea pulak order Laksa Sarawak dengan Teh C Peng jugak. Seronok benar dapat makan makanan yang lama teringin nak makan. Bukan tak boleh buat laksa sarawak.Boleh....tapi malas sangat-sangat. 

Nak balik tercium bau Mi Belacan yang sangat sedap.Tak boleh tahan dengan godaan tersebut dan akhirnya ..kak...bungkus mi belacan 1. Tapaulah pulak Mi Belacan. Mi belacan pun sangat-sangat sedap. Mi belacan ni rasanya tak ramai orang reti makan lebih-lebih lagi telur hitam macam jeli tu. Org Sarawak panggil telur padi. Tak semua oang reti makan telur padi tu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.