MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 16 Ogos 2013

Malam Raya Kami Di Kuching

Assalammualaikum semua. Salam Jumaat dan Salam Aidilfitri.

Hari ni nak cerita pasal malam raya. Setelah selesai  berbuka puasa untuk malam yang terakhir bermulalah aktiviti memasak juadah dihari raya. Menu untuk Aidilfitri kali ini, macam biasa Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Rendang Daging, Sayur Campur, Ketupat, Lemang Betawi dan semestinya kuah kacang. Tapi untuk malam tu lea ditugaskan untuk masak rendang daging, adik masak ayam masak merah dan mak pulak masak kuah kacang dan ketupat. Menu yang lain-lain hanya akan dimasak pada pagi raya.Maaf..tak sempat nak ambik ambil gambar.Yang sebenarnya terlupa nak ambil gambar.


Adli….
Seronok betul pada malam raya. Suami pulak pakaikan dia kopiah. Duduk pulak di beranda.Mengekek je gelak. Sampaikan orang dok panggil dia haji kecik. Baju yang dia pakai tu nenek yang belikan. Nampak smart pulak dia pakai baju fesyen macam tu.



Aug 15, 2013 | by monalea_ismail on Keek.com

Selepas memasak , aktiviti lea di malam raya ialah lea suka pusing-pusing dekat kampung lea dan kampung yang bersebelahan. Lea suka tengok lampu-lampu yang berkelipan. Salah satu kelainan yang lea rasa takde dekat semenanjung ni ialah kemeriahan lampu-lampu di rumah orang dekat Kuching ni. Walaupun takde lampu kelip-kelip tu lampu mentol biasa yang macam-macam warna mesti ada. Sampaikan pokok-pokok bunga pun berlampu. Ni ada video yang lea ambik dekat kampung lea.Dah nak sampai rumah pun. Kalau dekat kampung sebelah lagi meriah lampunya. Hujung bulan ni tunggulah bil letrik dari SESCO ya. Hahahaha. Rumah lea pun sama…Lupa pulak nak ambik gambar. Sibuklah katakan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.