MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 15 Ogos 2013

ADLI di dalam kapal terbang...


Assalammualaikum semua.

Hari baru masuk kerja selepas bercuti lama sempena Hari Raya Aidilfitri.
Tahun ni lea beraya di Kuching. Dikampung halaman lea. Kami balik pada 5 Ogos lepas. Balik ke Puchong semula pada 13 Ogos lepas.

Menunggu masa untuk balik ke Kuching punyalah lama. Memang menghitung hari setiap masa. Hahahaha.Macammana tu?

Adli…..

Mula-mula dok fikir jugak macammanalah Adli dalam kapalterbang. Alhamdulillah. Masa balik ke Kuching Cuma pada awalnya Adli dok bising-bising.Menjeritlah dia. Tapi bila kapalterbang semakin laju nak naik dia peluk lea dan lea bagikan susu terus tidur sampai ke Kuching.

Bila balik ke KL pulak, masa kapalterbang dok jalan pelan-pelan Adli dah mula menangis. Mungkin dia tak selesa sebab demam.Tapi dia senyap sebab tertidur sebelum kapal terbang jalan laju untuk naik. Adli tidur sampailah ke KLIA.

Dekat KLIA masa nak balik Kuching, Adli senyap je sebab dia dok suka nengok kenderaan dan kapal terbang dekat landasan. Tak berkelip matanya.Di panggil pun dia buat tak tau je.

Ini adalah kali kedua perjalanan Adli naik kapal terbang.

Yang pertama dulu 12.11.2012 masa mula-mula datang ke sini.
Yang Kedua 05.08.2013 untuk balik beraya ke Kuching
Yang ketiga 13.08.2013 untuk balik ke KL.
Sekadar catatan untuk kenangan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.