MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 24 Julai 2013

Macam-macam gaya tidonya...

Assalammualaikum semua.

Dah hari ke15 kita berpuasa hari ni. Tinggal setengah bulan lagi untuk kita menyambut Hari Raya. Insyaallah Aidilfitri tahun ni lea sambut di Kuching Sarawak.

Alhamdulillah Ramadhan tahun ini lea masak untuk kami berbuka.Terasa satu kepuasan disitu. Lagilah kalau suami dan anak buah bagi 4-5 bintang masakan lea tu. Seronok rasanya dapat bagi mereka makan dengan air tangan sendiri. Sehingga 15 puasa ni hanya dua kali berbuka diluar iaitu dekat Fish Market dengan dekat Pusat Komuniti Cyberjaya.

Untuk sahur pulak, Alhamdulillah tepat 4.30 dah bangun.Panaskan lauk, buat air. Disamping tu juga panaskan bubur sikecik untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Adli….

Bila kita sahur pun dia sahur jugak. Tidur sekarang tak sedar-sedar dah. Bila ambil dari rumah pengasuh. Panaskan bubur dia. Bagi dia makan. Lepas maghrib bagi dia susu dia baring-baring dan terus tidor sampai ke pagi. Sedar-sedar pun dia di tengah malam bila pampers dah penuh ataupun dia nak susu.

Tidur sangat-sangat lasak sekarang. Kadang-kadang tiba-tiba kakinya dekat muka kita, dekat perut kita.Kadang-kadang tu kepalanya dekat kaki kita. Adli…Adli… kita yang kena berhati-hati dengan dia. Takut kita tertindih dia masa tido.Dahlah badan kecik lagi. Tulang pun belum betul betul keras.

Ok semua.

Selamat berpuasa…..

Tengah piker menu berbrka petang ni…








1 ulasan:

  1. adoiiii...sedap betul tgk budak comel ni tdo...dgn kite2 rase ngantuk tetibe ni hah heheeheheheh....

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.