MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 6 Mei 2013

Corat coret 06053013

Asslammualaikum semua. Mesti hari ni semua dok sibuk pasal keputusan Pilihanraya ke13 kan? Alhamdulillah...dengan keputusan yang ada. Sekurangnya apa yang ada sekarang masih dikekalkan. Lea tahun ni mengundi di DUN DENGKIL dan PARLIMEN SEPANG. Kali ke3 pergi mengundi.Bagi DUN BN menang tapi untuk PARLIMEN kalah. Apa nak buat kan. Sudah pilihan rakyat di Sepang. Kita negara demokrasi. Pilihan di tangan rakyat.

Dakwal kekal. Hehehehe.Semalam dekat faceboook, intragram semua dok upload gambar jari. Macam-macam gaya ada. Dekat jari lea sekarang masih ada sikit-sikit lagi dekat celah2 kuku. Esok hilang kot.

Keputusan di Sarawak tanah kelahiran lea...Alhamdulillah. BN menang 25 dari 31 kawasan Parlimen yang dipertandingkan. Bangga jadi rakyat Sarawak. Kawasan yang kalah...Tak boleh buat apa dah. Kawasan bandar yang majoritinya kaum Cina. Mereka mesti nak sokong orang mereka jugakan. Orang melayu jelah sekarang dah berpecah berapa ntah. Kita berpecah mereka  tepuk tangan. Nasiblah kita orang melayu.Nak buat macam mana sebab melayu pun ada yang dok pilih mereka.

Yang paling Lea suka kali ini ialah Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir akan menjadi MB Kedah yang baru. Tak tau kenapa dari dulu lagi lea suka nengok Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir  ni. Semoga kedah akan terus maju dan maju di bawah kepimpinan beliau. Semoga beliau akan seperti ayahnya Tun Dr. Mahathir.

Oklah.Panjang umur PRU KE14 5 tahun lagi. Harap mereka yang menang kali ni akan menjalankan tanggungjawab sebaiknya untuk rakyat yang memilih mereka.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.