MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 26 April 2013

Aku dan si belanak


Sejak kahwin alhamdulillahlah boleh kenal dengan ikan-ikan ni semua. 
Dulu masa duduk dengan mak tak ambil taulah nama ikan-ikan ni.
Yang tahu ikan kembung, sardine, terubuk, tongkol dengan bawal je.Yang lain minta maaf lea tak kenal.




Ikan yang lea tahu tahun lepas kot iaitu ikan belanak. 
Ikan ni suami jumpa dekat Pasar Minggu Satok. 
Suami cakap sedap ni buat masin. 
Bila bawak balik dia siang dia masinkan dan simpan peti sejuk. 
Dua hari lepas tu dia goreng.
Memang sedap  makan dengan nasi panas .
Ala-ala terubuk masin dengan lemak-lemaknya.

Dua minggu lepas dekat pasar tani dekat putrajaya dia jumpa lagi ikan belanak ni.
Besar-besar pulak tu.
Ada 10 ekor orang kedai tu suruh suami borong RM40. 
Suka sangatlah tu.Buat masin dan bagi dekat adik yang duduk Terengganu yang kebetulan datang rumah minggu tu.
Adik pun cakap sedap.



Dan minggu lepas dekat  pasar malam jumaat Puchong suami jumpa lagi ikan ni.
Beli tiga ekor je. Minta mak lea buat asam pedas. 
Memang sedaplah.Lemak-lemak gitu rasanya.

Sekianlah cerita dari saya.Aku dan ikan belanak.

2 ulasan:

  1. sedapnye..tiba2 rindu nk mkn ikan pekasam...hihi

    BalasPadam
  2. x pernah makan ikan ni. waa.. cantik background umah dia ni.. sume nye Adli... :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.