MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 26 Mac 2013

Sambutan hari jadi ku....

Mood untuk berblog sudah ke tengah laut rasanya.
Bukannya tidak ada bahan untuk update tapi masa betul-betul mencemburui lea sekarang.
Tengah sibuk pindah rumah, suami pulak tak berapa nak sihat ..Adli pulak tak baik-baik dari demam.

Ok...ini cerita 20 Mac lepas.
Tapi sebelum tu...
Alhamdulillah..sudah 32 tahun usiaku pada 20 Mac 2013 yang lepas.
Terasa cepatnya masa berlalu.
Alhamdulillah dengan kurnianNya padaku selama ini. Alhamdulillah.

Ok..sambung cerita
Pada petang rabu tu suami call lea dekat opis.Dia cakap kawan-kawan dia nak datang celebrate birthday.Mereka ingat birthday suami. Suami terangkanlah perkara sebenar yang hari tu adalah sebenarnya birthday lea. Mereka cakap tak kisah.Mereka nak datang jugak.

Kelam kabut dibuatnya hari rabu tu.Beli satay siap-siap dekat Taman Warisan Putrajaya.Pergi supermarket beli mihun dan rencah rencahnya. Berpeluh-peluh jugak memasak dua bungkus mihun.

Kawan-kawan suami sampai dalam jam 9 malam. Pergh... siap ada kek nama lea lagi tu. Ada KFC. Mereka siap bawa sekali air botol tu...

Memang meriahlah rumah hari tu.Penat-penat tapi seronok.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.