MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 29 Mac 2013

Perkembangan terbaru Adli

 Semalam dua kali lea ke hospital.
Tengahari dengan kawan opis.
Petang bila balik kerja terus ke hospital.
Sampai-sampai petang semalam, tengok Adli dibawa abahnya jalan-jalan.
Tengok lea terus senyum.
Gembira betul rasa.
Dah tu suami balik, mandi dan ambil mak dan ayah lea.
Sepanjang dengan lea petang tu, elok je gurau-gurau dan gelak-gelak dengan lea.
Bila suami , ayah dan mak sampai lagi happy Adli.
Dah tu dia tiba-tiba muntah. Habis juga baju atuknya.
Salin semua baju dan seluar Adli.
Lepas tu keluar lagi tapi sedikit dan hanya kahak.
Lepas tu pun sama jugak.
Sepanjang lea dari jam lima sampai jam tujuh tiga kali dia muntah.
Risau juga rasanya.Suami bagi tahu nurse tapi nurse cakap takpe, biar keluar semua kahaknya.
Jam tujuh lea balik dengan mak dan ayah.
Jam 11 suami whatapps gambar Adli tengah nak sedut kahak.
Adui...lemah rasanya.Rasa nak ke hospital je time tu jugak.
Tapi suami cakap doktor cakap ok.
Tapi dia cirit birit pulak dah.
Banyak pulak tu.

Pagi tadi seawal 6.15 pagi lea dah di hospital putrajaya.
Hantar baju Adli sebab baju-bajunya dah habis kena muntah...
Sejuk hati bila tengok dia aktif seperti biasa.
Senym bila melihat lea.
Harap semuanya akan pulih seperti biasa....
Tak tahn dah mata ni , rasa nak menangis je dah ni....

2 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.