MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 21 Februari 2013

Salam pagi khamis

Dah hari khamis dah kita ye.Sekejap je nak habis minggu ni.
Seronok rasanya.
Esok jumaat.
Lusa sabtu dan sudah semestinya cuti.
Sekarang masa bagi lea macam tak cukup cukup dah. 
Balik kerja , banyak kerja di rumah yang menanti. 
Nak buat macam mana kan.
Sudah tanggungjawab.

PERKEMBANGAN ADLI
Sekarang suka benar bergurau.
Kalau di agah mengekek dia ketawa.
Kalau nengok lea dan suami dari jauh dah senyum.
Manis betul senyumannya.
Tu yang buat ummi terbayang-bayang dan rindu sangat kat dia tu.
Sekarang dah boleh meniarap sendiri.
Tapi tak lama. Cepat letih. Hehehehe.Letih dalam proses nak terbalikkan badan tu. Lama benar.
Sekajap dah dia berusia 4 bulan lebih.
Tak lama lagi 5 bulan.
Harap dia membesar dengan sihat.

Oklah. Nak masuk kerja dah.
Tapi sarapan idak lagi ni.
Abang berniaga yang lea selalu beli di tepi jalan takde pulak hari ni.
Kena beli di cafe opislah nak nampaknya.

3 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.