MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 17 Februari 2013

Bila mak balik Kuching......


Sedih rasa dihati hanya Dia yang mengetahui.
Bukan hanya pada lea dan suami tapi...mak, mas dan amir.
Tapi yang paling sedih sudah pastinya mak.
Dia menjaga ADLI dari mula dia lahir sampailah dia berumur 3 bulan lebih.
Kesedihan mak sangat-sangat terasa bila dia mencium Adli sebelum masuk ke balai berlepas.
3 bulan bukan satu jangka masa yang singkat.
Hanya dia yang tau apa yang dia lalui bersama Adli sepanjang tempoh itu.
7.10.2012-12.11.2012 di Kuching
12.11.2012-24.01.2013 di Puchong.
Terima kasih mak sebab tolong lea jaga Adli sepanjang tempoh itu.
Sekarang dah hampir sebulan mak kembali ke Kuching, hari-hari jugalah buat Video Call sebab dia nak tengok cucu dia ni.
Adli ni pulak, macam tau-tau je nak bercakap dengan orang di Kuching.
Kalau boleh bercakap, macam manalah agaknya....

1 ulasan:

  1. Semoga Adli akan menghargai semua kasoh sayang yang telah dicurahkan kepadanya. InsyaAllah. Amin. :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.