MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 31 Disember 2013

Burger sedap


Assalammualaikum semua.Selamat pagi. Salam 1 Malaysia.

Hari ini adalah hari terakhir di dalam tahun 2013. Esok tahun 2014 akan menjelma. Cerita pasal tahun lama tahun baru nanti cerita ye. Ni nak bagi tahu nilah antara burger tersedap yang pernah lea makan. Rasanya secukup rasa. Sayur-sayurnya pulak lengkap.Semuanya ada.Ada salad, kobis, sengkuang dan yang bestnya ada nenas diletakkan bersama. Kalau-kalau teringin nak makan burger burger nilah yang lea beli. Nasib baiklah didepan rumah je pun. Tengok bisnes tokei burger ni pun laju ni. Memang masyuklah dia tiap-tiap malam. 

Kadang-kadang burger tepi jalan ni lagi sedap dari burger berjenama. Lea pernah dulu, time tu tengok wayang dengan suami. Cerita Adnan Sempit.Tengok midninght punya. Tengah layan cerita Adnan Sempit tu, tiba-tiba ada bau yang betul-betul menggoda.Bau burger tepi jalan. Rupanya budak dekat depan dok makan. Bau burger tepi jalan ni boleh kita taukan. Balik dari tengok wayang tu akap ngan suami, sedap betul bau burger tadi kan bang.Suami cakap dia pun teringin.Lastnya dua-dua cari burger tepi jalan ni. Dah makan tu nikmatnya...l.




Isnin, 30 Disember 2013

adli dataran gemilang


Jumaat, 27 Disember 2013

TEMPAHAN SHAWL

Cantik tak shawl ni.
Ni anak buah lea yang buat.
Jika berminat bolehlah hubungi tukang membuatnya dan model tudung ni di talian 
017-5547621(EMI). Boleh tempah mengikut warna pilihan.
Ni pulak FBnya Sayyidinatul Emira Sejali











Bila Adli Shoping Barang Dapur


Assalammualaikum semua. Salam Jumaat dari lea.

Ni pun cerita yang dah lepas. Simpan je dalam draf tapi tak publish-publish pun.
Kena publish jugak sebab inilah kenangan Adli masuk dalam troli buat pertama kalinya.
Hehehehe.Selalu duduk je dekat atas troli tu.Kalai ni dia masuk dalam troli.
Ni masa beli barang dapur dekat TESCO EXTRA Bandar Puteri Puchong.

Adli...bila dah masuk dalam troli tu, tak reti diam. Ada je nak dibuatnya. Tangan tu pulak tak reti diam.Ada je nak mencapai barang-barang dekat rak. Yang buat lea gelak tiba-tiba ada 2 kotak pensel dengan sekotak pen di dalam troli. Tanya suami.Beli ke. Tak...suami jawab. Memang dah sah-sahlah kerjanya si Adli.

Dekat kaunter pulak sibuk je nak ambik barang customer yang dekat depan yang dah disusun dekat kaunter untuk pembayaran. Kecoh jugak dengan Adli ni bila dekat kaunter tu. Bila dah boring, mulalah merengek-rengek nak minta di dukung.

Itu sajalah cerita Adli diTESCO EXTRA Bandar Puteri Puchong. Sekian, terima kasih.

SENTIASA RINDU DENGAN SI KECIL NI


Khamis, 26 Disember 2013

ADLI DAN SHASHA

Ni cerita Ahad lepas..........

Selepas bertungkus lumus menyiapkan temnpahan kek lapis dan crunchy pada siangnya...sebelah malam suami ajak minum dekat Cyberjaya. Sambil dalam perjalan tu suami call Zam aka suami maya aka ayahnya si shasha minum sekali. Memang nilah geng kami kalau minum kat mamak ni.

Adli bila ada org ni sukalah dia. Sebelum shasha sampai dah main-main dah atuk mamak dekat kedai tu.Rajin pulak melayan si Adli ni. Dah shasha sampai lagi sukalah dia. Adli ni jenis yang suka berkawan dan pandai cari kawan. Mungkin persekitaran dia di rumah pengasuh yang menjadikan Adli terlebih ramah pulak. Di rumah pengasuh dialah yang paling kecik . Ynag lain-lain pualk dah besar-besar.Budal-budak ni pulak rajin melayan dia ni.
 Tengoklah tu. Si shasha ni pemalu, rajinlah Adli mengusik.Di tariknyalah baju kawan tu. Adli ni guraunya kasar sikit.Budak lelaki kot. 

Adli...bilalah nak berjalan betul2 ni. Umi dah tak larat dukung awak naik kerumah.... Dia boleh berjalan.Tapi 3,4 langkah jatuh.Dah tu malas nak jalan....


RESTOREN DAPUR SARAWAK

Assalammualaikum semua. Ni cerita semalam. Selepas COD semua kek-kek lapis dengan Crunchy Caramel Almond dengan ampang dan cheras suami tanya nak ke mana? Tanya suami kalau ke Restoren Dapur Sarawak dekat Jalan Ampang tu boleh tak? Suami cakap... boleh saja...

Yahoo...akhirnya keinginanku terhadap laksa sarawak hari ini akan tertunai jugak. Minta2x kedainya buka.Alhamdulillah kedainya buka. Suami order Mi Kolok dengan Teh C Peng dan lea pulak order Laksa Sarawak dengan Teh C Peng jugak. Seronok benar dapat makan makanan yang lama teringin nak makan. Bukan tak boleh buat laksa sarawak.Boleh....tapi malas sangat-sangat. 

Nak balik tercium bau Mi Belacan yang sangat sedap.Tak boleh tahan dengan godaan tersebut dan akhirnya ..kak...bungkus mi belacan 1. Tapaulah pulak Mi Belacan. Mi belacan pun sangat-sangat sedap. Mi belacan ni rasanya tak ramai orang reti makan lebih-lebih lagi telur hitam macam jeli tu. Org Sarawak panggil telur padi. Tak semua oang reti makan telur padi tu...


Isnin, 23 Disember 2013

SARAPAN PAGI DI KEDAI MAMAK

Ni pun cerita dah lama. Tapi nak letak jugak sebab ada kenangannya disitu. Pertama kali Adli pakai sandle. Tu pun asyik tercabut-tercabut.Beli size besar sikit. Hihihihi. Time ni tak bagi lagi Adli makan roti canai. Tu yang masih bekal bubur dia. Makan dekat kedai.Sekarang…roti canailah fav. Dia kat kedai mamak. Kalau g kedai mamak sekeping roti tu lea boleh share dengan Adli. Adli…adli…kecik-kecik dah pandai duduk dekat kedai mamak ye…




AINUR MEDINA


Alhamdulillah.Lahir seorang puteri yang sangat comel dalam keluarga kami.Ainur Medina nama diberi. Ainur Medina anak kepada adik lea yang duduk dekat Terengganu. Lahir pada 31 Oktober 2013 di Pusat Perubatan Normah di Kuching.Nak kad pengenalan sarawak jugak ye Ainur Medina. Ada kawanlah Adli Sham selepas ni. Sekarang Ainur Medina dah habis waktu berpantangnya.Insyallah Ainur Medina akan balik ke Terengganu pada 01.01.2014. Mak long akan ke Terengganulah nampaknya nak melawat Ainur Medina.Nenek pun akan ikut sama. Tak sabar rasanya mak long nak peluk cium Ainur Medina ni.

Jumaat, 20 Disember 2013

Kali Pertama Adli ke taman 131113

Alhamdulillah. Berkesempatan jugak nak update blog ni setelah sekian lama berehat. Sekarang sibuk sangat-sangat dengan tempahan kek dan crunchy caramel. Alhamdulillah..Rezeki kan. Selagi terdaya akan diusahakan untuk menyiapkan semua tempahan.

Ok.Ni cerita lama.Tapi nak cerita jugak sebab pertama kali bawa Adli main-main kat taman.Suka betul dia. Pandai nak berkawan pulak tu. Lea dan suami bawa dia ke Taman Tasik Cyberjaya. Sambil pegang tangan dia, dia pulak dok bawa kita ke tasik. Kita nak bawa dia kat taman permainan dekat situ.

Seronok lea bila tengok Adli seronok.
Lain kali bolehlah bawa di ke taman lagi.




Jumaat, 11 Oktober 2013

NAK IKLAN JAP...


Khamis, 10 Oktober 2013

KEK LAPIS SARAWAK UNTUK TEMPAHAN

Assalammualaikum.

Rasa lama benar dah tak menaip di dalam blog ni.
Sekarang sangat-sangat sibuk dengan order kek lapis yang semakin banyak.Order untuk Aidiladha ni alhamdulillah, sempat disiapkan.Ada 1,2 kek lagi.Malam ni siapkan.Sebab kebanyakkannya nak kek esok.Yelah.Orang nak balik kampung.

Ok.Ni lea senaraikan kek-kek lapis yang lea buat.Tak buat banyak pun.Baru bermula.


KEK LAPIS CADBURY NUTELLA
SATU ACUAN 6X6 RM36
SETENGAH ACUAN RM 18
Setakat ini kek inilah yang paling banyak ditempah oleh pelanggan.Dan semuanya cakap sedap.Alhamdulillah.


KEK LAPIS CADBURY
SATU ACUAN 6X6 RM30
SETENGAH ACUAN RM 15



KEK LAPIS MASAM MANIS
SATU ACUAN 6X6 RM30
SETENGAH ACUAN RM 15




KEK LAPIS OREO
SATU ACUAN 6X6 RM36
SETENGAH ACUAN RM 18




KEK LAPIS BATIK KENYALANG
SATU ACUAN 6X6 RM30
SETENGAH ACUAN RM 15



KEK LAPIS BATIK EVERGREEN
SATU ACUAN 6X6 RM30
SETENGAH ACUAN RM 15

Lea jual dengan acuan kecik je.Acuan 6inci x 6 inci. Kalau jual acuan besar selalunya harga dalam RM80 ke RM90.Mahal sangat rasanya. Jadinya juallah acuan kecik 6x6. Dapat sebiji kek pulak tu. Tapi kalau nak acuan besar lea masih buat.Tapi harganya lainlah kan.

Rasanya?
Insyaallah.Masih rasa origional Sarawak. Resepi tetap sama walaupun harga dan saiz berbeza.  

Penghantaran?
Bagi yang duduk dalam Putrajaya penghantaran akan dibuat terus ke rumah atau pejabat anda.Secara percuma.Takde kos penghantaran  yang akan dikenakan. Bagi yang diluar Putrajaya sedikit kos minyak dan tol akan dikenakan.Nak pos laju pun boleh jugak.Tapi kena bayarlah untuk kos pos. Alhamdulillah.Untuk pelanggan di Melaka, hari ini lea poskan esok dah sampai.Dan kek masih di dalam keadaan yang sempurna dan masih sedap rasanya.

Untuk Tempahan boleh hubungi:

Monalea – 010-4008683
Sham – 013-3977545


Isnin, 7 Oktober 2013

Selamat Hari Jadi Adli

Alhamdulillah…

Si kecik lea dan suami Adli Sham berusia 1 tahun hari ini. Sekejap betul masa berlalu. Rasanya baru semalam dia lahir. Alhamdulillah.Syukur kepadaMu kerana memberi Adli kepada kami. Dialah segalanya kini. Dialah penghibur hati kami. Dialah buah hati kami.

Selamat Hari Lahir Adli. Ummi dan abah doakan semoga Adli membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik, mendengar cakap ummi dan abah. Ummi dan abah sayang Adli sangat-sangat.










Khamis, 26 September 2013

MAKANAN









Selasa, 24 September 2013

Bisnes kecil kecilan ku

Alhamdulillah. Tak dijangka jugak ada sambutan kek lapis sarawak ni.

Mula-mula yang order anak buah lea masa time raya tu. Lea juallah acuan 9incix9inci bersamaan RM90. Ikut rate dekat Sarawaklah. Tak terpikir pun nak menjualnya secara serius. Lea upload dekat FB. Dah upload tu adalah kawan-kawan dok menanya. Dengar RM90 tu mahal sangat mereka kata. Kesian jugak kawan-kawan teringin nak makan tapi mahallah pulak. Dah potong 4 jual RM10 memang tak pulang modal. Nak jual RM20 mahallah pulak. Besar mana sepotong tu. Seminggu juga fikir.Lastnya lea jual loyang 6inciX6inci dengan harga RM30. Setengah loyang RM15. Dapat sambutan pulak tu. Dah tu jiran-jiran pulak nak. Alhamdulillah. Boleh jual dengan harga yang boleh dikatakan murah, bahan-bahan memang mengikut resepi asal. Tak sedap hati nak jual murah kurangkan kos dekat bahan-bahan kek. Lea kalau boleh nak orang puas hati dengan kek yang lea buat. Biar rasanya sama tak kira mahal atau murah. Kek lapis yang lea jual KEK LAPIS CADBURY, KEK LAPIS SISIK IKAN, KEK LAPIS MASAM MANIS,KEK EVERGREEN DAN KEK LAPIS BATIK KENYALANG. Kalau kawan-kawan nak bolehlah hubungi lea melalui no 0104008683. Kalau nak pos pun boleh.Tapi kena tambah kos poslah pulak.

KEK LAPIS CADBURY

KEK LAPIS SISIK IKAN

*gambar dari jiran.Kak Ujie Dan Kak Zah.