MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 24 Disember 2012

Mak ke IKEA


Bila mak ada dekat sini tempat yang wajib bawak mak pergi ialah IKEA.Suka benar dia pergi sini. Barang yang dia beli sudah semestinya botol botol yang pelbagai bentuk.Dah hobi dia.Nak buat macam mana kan. Adli time pergi sini senyap je dalam stroller.Dah dekat dekat nak membayar barulah dia dok merengek-rengek minta didukung.Dukung sekejap, tepuk tepuk sikit tido.............letak balik dalam stroller.

Selasa, 18 Disember 2012

Nasi lemak

Sabtu lepas singgah makan nasi lemak di kampung baru.Nasi lemak sebungkus 80 sen. Nak bawa mak sebenarnya. Mak cakap boleh tahan sedapnya.

Berapa lama dah nak buat nasi lemak di rumah.Tapi bila asyik bangun lewat mana sempat nak buat nasi lemak.Lea suka nasi lemak Ayang sambalnya ikan bilisnya masih nampak sekor sekor.Bukan yang dah hancur.Kalau manis oedas pedas ngan ada masam masam sikit lagi sedap.


Ahad, 16 Disember 2012

Dah pandai dah............

ADLI sekarang dah pandai dah dok hisap jari dia. Kalau satu dua jari takpelah jugak. Ni sampai kesemua jarinya dimasukkan ke dalam mulut. Lepas tu dok lap dekat muka, kepala, telinga sampaikan dah bau masam muka dia.Masam-masam pun sedap juga dicium.

Jumaat, 14 Disember 2012

Kali Pertama


Pengalaman pertama kali membawa ADLI ke Klinik Desa Pulau Meranti .Sebelum ini ADLI ke klinik di Kuching.Adik dan mak yang bawakan.Jadi untuk pemeriksaan 2 bulan ni dah dekat Puchong dah.

Sebenarnya lea dah suruh suami kosongkan jadual dia pada 10.12.2012 yang lepas.Tapi...dah namanya kerja sendiri dia kena ke Johor juga pada minggu ni. Aduh...Dah susah dah hati ni. Satu kelemahan lea kalau tempat yang tak biasa nak pergi memang dah sebulan sebelum tu dah susah hati dah. Jadinya dua kali juga suami bawak lea ke klinik tu sekadar nak menunjuk jalan dan mana nak parking.

Kali pertama sampai..aduh...turun bukit..Kalau turun tu lea rasa ok lagi.Naik bukitnya.Dah tu jalannya...sempit.Kalau dah berselisih dua kereta , sebuah kereta kena mengalah dulu. Kurang dah keyakinan diri lea dekat situ. Susah hati dah ni.Macammanalah isnin nanti. 

Pada hari kejadian. Temujanji ADLI pada ja, 9 pagi.Lea bergerak dari rumah jam 7 pagi.Parking?Bukan di perkarangan klinik tapi di bawah pokok rambutan di luar kawasan klinik di hadapan rumah penduduk kampung.Terukkan lea? Kesian ADLI  kena bangun awal.Nasib baik mak ada.Bolehlah tolong-tolong jugak.

ADLI diperiksa, timbang dan cucuk dalam jam 10 lebih.Lega dah.Jomlah kita balik.Semasa balik masa nak naik bukit boleh pulak tersalah masuk gear.Kereta dok mengundur turun bukit.Nasib baik kereta takde masa tu.Kalau tak............Dalam hati jangan panik.Nasib kewarasan diri ada lagi.Kereta bergerak dan sampai ke rumah dengan selamatnya. 

Akan lea ingat sampai bila-bila.Memang sejarah betullah..............

Anak bapak...



Kalau dengan abah bolehlah tido macam tu ye ADLI.Kalau dengan umi, umi tak laratlah. Adli suka benar bila suami dok buat macam ni. Boleh dia lena atas dada suami. Tengok tu macam-macam gaya yang ada.

Rabu, 12 Disember 2012

Pandai posing dah



Gambar ni suami yang ambil. Suami agah sikit je, dia boleh tengok camera dan senyum. Suka tengok gambar ni. Bila lea tunjuk kat ADLI, dia boleh tengok lama dan senyum. 

Selasa, 11 Disember 2012

1,2,3 ...Tiga semuanya....

Gambar pertama yang diambil bertiga.Tu pun jauh.Takpelah.Janji ada kan.

Isnin, 10 Disember 2012

Minat masing masing



Mak dan suami lea.Masing-masing mempunyai minatnya masing-masing.Mak lea kalau pergi mana-mana pun memang ABC yang dicari.Suami pulak sangat minat makan sushi. Lea pulak , ikut apa yang teringin nak makan masa tu.Kalau tak minum jelah. Haaaa...sekarang minat lea adalah KOPI O AIS.Mana-mana pergi pun itulah yang akan lea order.

sesi bergambar




Gambar lama.Gambar bila berkunjung di Kelantan 2-3 minggu lepas.Lawatan yang singkat.Singkat-singkat pun boleh jugak masuk ke sempadan Thailand.Banyak jugak set cadar dan toto yang dibawak balik .

Yang tak pernah jemu dimakan


Laksa adalah makanan kegemaran lea. Tak jemu bila memakannya. Kalau buat sendiri tahanlah kuahnya untuk dua tiga hari. Dua tiga hari jugalah lea makan kuah laksa ni.Makan dengan nasi pun sodap.

Makan-makan lagi


Pertama kali menjamu selera di Chakri Palace di Alamanda Putrajaya. Suami yang nak makan dekat sini. Rasanya...sedap semuanya. Creamy Butter Prawn, Green Chicken Curry dengan Somtam memang sedap bagi lea dan suami.Mak pulak order Nasi Goreng Belacan.Pun sedap katanya. Kalau macam ni bolehlah pergi selalu. Tapi tak boleh selalu jugak.Takut duitnya yang tak tahan nanti.

Jumaat, 7 Disember 2012

Dua bulan dah..


Alhamdulillah.ADLI genap dua bulan hari ni. Semalam dah buka sarung tangan dia. Dia dok main-main je dengan jari dia.Nampak comel sekali.Dia dok pegang hidung dia, telinga dia.Geram tengok tau.

Sekarang tak boleh dah tengok abah dia.Mesti  nak minta ambik. Mulalah dia dok angkat-angkat tangan dia. Yelah.Abah suka dok layan dia. Lea pulak tukang tidurkan dia. Peluk dia. Goyang-goyang sikit, tidolah dia.

Sekejap je rasa dah dua bulan dah.Dah dekat nak sebulan jugalah dok kat semenanjung ni.Alhamdulillah…Nasib baik ada mak lea nak tengokkan dia.Tapi sampai bulan 1 ni jelah.Lepas tu pandai-pandailah lea dan suami sendiri. Insyaallah.Boleh….


Khamis, 6 Disember 2012

Makan-makan lagi

Sabtu lepas juga, lea dengan suami bawak mak dan ayah makan-makan dekat Bagan Lalang.Seperti biasa di Restoren Senandung Malam. Kali ni biar ayah yang diberi kuasa mengorder apa yang dia nak makan.Tanya mak, mak ikut je. Jadinya ayah pilih ikan kerapu, sotong, udang, ketam, ambal dan sayur kalian. Ikan kerapu dia nak masak tiga rasa.Sotong dibakar, udang ayah nak butter prawn, ketam masak sweet sour, ambal masak sambal dan kalian ikan masin. Untuk diri lea sendiri lea cuma nak ikan kembung bakar.

Lea takut nak bawa ayah makan dekat sini sebab sudah semestinya dia akan pilih seafood.Tapi dah dia dok Tanya bila nak bawa dia makan seafood.Jadinya bawa jugaklah.Sebagai anak tak sampai hati nak menolak keinginan seorang ayah.

Sebenarnya suami nak bawa ayah tengok bola.Yelah Malaysia lawan Indonesia.Tapi bininya ni dah tarik muka empat belas kenalah dia ambik hati bininya ni. Hehehehe. Itulah kuasa seorang isteri.Majuk sikit kena pujuk. Hahaha.Salah guna kuasa ke tu?





Peminat bekas kaca


Sabtu lepas bawa mak lea jalan-jalan area Shah Alam.Selepas memborong di JAKEL lea bawa mak ke Plaza Alam Sentral.Misi utama nak ke Romantika. Sampai-sampai sana, mak dah nak beli macam-macam.Tapi tak jugak macam-macam yang dia beli.Dia Cuma beli bekas-bekas kaca yang boleh kita letak biskut tu. Rupanya mak lea ada pengumpul benda-benda sebegitu.Sebab hari tu dia dah beli juga dekat Carrefour, dekat MAIDIN pun dia ada beli.Ni dekat romantika pun dia ada beli. Tapi bila lea tengok balik bekas-bekas kaca yang dia beli memang cantik. Nanti bila ada masa lea ambil gambar.



Rabu, 5 Disember 2012

Sarung bantal si kecik



Balik kerja minggu lepas terkejut tengok sarung bantal baru Adli.Neneknya yang buat. Tanya mak, buat dengan apa.Mak lea jahit tangan je.Bukan  satu, dua sarung bantal tu. Lea tengok betul-betul memang mak lea seorang yang sangat teliti.Jahitannya memang kemas.Tak seperti di jahit tangan. Kenapalah lea tak mewarisi kepandaian dan ketelitian yang mak lea ada?


Selasa, 4 Disember 2012

Di Teluk Cempedak

Dalam perjalanan balik dari Terengganu kami singgah dekat Teluk Cempedak.Cantik rupanya Teluk Cempedak. Adli time ni tido je dia.Tapi tak lama pun dekat situ sebab jauh lagi perjalanan ke Puchong.Tapi lain kali nak pergi lagilah dekat situ.Tunggu Adli besar sikit.
Jauh perjalanan mak kali ni

Mereka kesayanganku

Isnin, 3 Disember 2012

Atukku


Atuk dah balik Kuching dah semalam.Adli yang hantar dia pergi airport. Sedih atuk dah balik.Yelah dia tolong jaga Adli dari mula Adli lagir sampailah Adli dah nak berumur 2 bulan ni. Terima kasih atuk. Semalam Atuk siap pesan dekat ummi supaya jaga Adli baik-baik.