MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 30 November 2012

Korang rasa siapa?

Korang rasalah kan, siapa yang akan menang MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KEDUA ni? Dulu lea sokong Ammar.Tapi dia keluarlah pulak. Tengok undian dekat Facebook orang ramai dok undi ETIQA ni.Entahlah.Tunggu jelah esok.Siaran Kemuncaknya...


MAHA

Korang dah pergi MAHA?Lea dah pergi hari pertama lagi. Dengan suami dan ayah lea.Kebetulan ayah ada dekat sini, bawaklah dia jalan-jalan kat sini. Tempat yang paling lea suka pergi tempat lembu dan kerbau yang besar-besar tu.Luar biasa besarnya.Terpegun sekejaplah.Kalau buat korban tu satu kampung dapat makan kot. Harga pun mau ribu riban. Banyak betul buah-buahan yang segar dekat sana.Tak beli pun.Malas nak bawak.Berat.Cuma beli laksam dengan popia basah je. Hahaha.Mana-mana pergi pun harus makan..makan yang didahulukan.


Buah hati pengarang jantung yang sudah semestinya bergambar di Pavilion Negeri Perak.Maklumlah kan.Teman kan orang perak.

Khamis, 29 November 2012

Dah tak cukup tido

Adli yang susah nak ditidurkan sekarang

Adli sekarang dah mula dah tak tidur malam. Lea dah jadi tak cukup tidur dibuatnya. Dia mula sedar jam 1 pagi.Dah tu 2.30 pagi. Sedar lagi jam 4 pagi sampailah lea nak pergi kerja.Dia tak menangis pun.Cuma merengek je nak susu.Dah tu nak main-main dengan dia.Bercakap dengan dia. Tu yang terpikir tu, sekarang mak ada lagi dekat rumah.Oklah kan. Lea bersiap ada mak boleh layan dia.Kalau mak dah balik Kuching mahu kelam kabut jugak lea di waktu pagi.Insyaallah boleh kot.....

Gambar berdua

Sudah lama rasanya tak ambil gambar berdua bersama suami. Jarang dah bergambar sekarang ni. Suami pun sibuk je dah sekarang. Asyik outstation je. Gambar ni pun adik lea yang ambilkan. 

Rabu, 28 November 2012

Dah jalan jauh dah dia...


Adli dah berjalan jauh dah.Ke Pahang, Terengganu dan Kelantan. Bukan saja nak berjalan pun. Kebetulan mak dan ayah ada kat sini.Mak dan ayah nak sangat pergi Terengganu nak jenguk adik dekat sana.Nak nengok tempat tinggal adik. Jadinya bila dah dekat sana , teruslah ke Kelantan.Tak jauh dah dari Kuala Terengganu.Alhamdulillah.Adli tak meragam dalam perjalanan yang jauh tu. Lepas menyusu dia tidur.Sedar sekejap.Main-main ngan dia.Dia merengek.Bagi susu dah tu dia tidur  balik.


Tido je dia

Gilir-gilir ngan mak pegang dia

Adli dengan adik lea yang dekat Kuala Terengganu.Mak ngah dialah ni.



Isnin, 26 November 2012

Makan-makan dengan mak dan ayah


Sesekali bawak orang tua makan dekat tempat mahal sikit. Sampaikan mak dengan ayah lea dok cakap ,makan makanan orang putehlah kita hari ni.Tapi biasalah orang tua.Ada je tak kena. Tapi kata mak tak kena dengan tekak pun kena habiskan jugak. Tak habis karang membazir pulak.


Maggie Ketam

Boleh dijumpai berhampiran dengan Besut, Terengganu jalan OTW ke Kelantan.
Rasanya memang sedap. Memang puas betullah makan.
Harganya? Untuk 5 orang termasuk air RM72.00. Ketam dikira mengikut beratnya.




Ahad, 25 November 2012

Bukan tak nak tapi tak sempat

Blog lea sekarang sudah tidak macam dulu.. Sekarang seminggu sekali susah  nak update. Bukan tak nak update tapi masa sangat sangat mencemburui lea sekarang. Dekat pejabat dengan beban tugas yang semakin banyak.Dekat rumah dengan kerja di rumah dan melayan ADLI yang lea sayang.

Sekarang bila malam, ADLI tidur je lea mesti lena sekali.Penat sangat-sangat rasanya. Bila malam dia sedar , lea pun sedar sekali. Memang kata kawan lea, hidup lea akan berubah 360 darjah lepas kehadiran ADLI disisi lea dan suami.Kalau suami ada gilir-gilir jugaklah berjaga malam. Tapi bila suami kerja luar, terpaksalah sorang-sorang.

Tapi keseronokan , kepuasan akan datang bila tengok keletah dia, senyuman dia. Walaupun umur baru sebulan lebih tapi lagaknya dah macam bayi berumur 5-6 bulan.  

Rabu, 21 November 2012

Botak dah dia


Suami botakkan ADLI 14.11.2012 yang lepas. Suami botakkan sendiri. Tanya suami senangke nak botakkan dia. Suami cakap susah....Dia menangis satu blok dengar. Lepas berdiri, baring semua posisi ada nak botakkan dia.Nasib baik mak dan ayah lea ada tolong suami.Kalau tak susah jugak tu.


Tetamu ADLI

Lama benar dah rasanya tak update blog kesayangan lea ni. Lea sangat-sangat sibuk semenjak dua menjak ni. Dengan kerja di opis , di rumah lagi lagi dengan adanya ADLI sekarang. Deepavali lepas ADLI dikunjungi teman baik lea Maya dan keluarga. Kesian mereka dok tunggu lama sebab time tu lea dekat TESCO. Dok beli barang sikit. Maya sampai dekat rumah ADLI dok tido je. Tak kisah pun dengan orang datang nak melawat dia. Adli....Adli. Lepas menyusu, kenyang, lenalah dia.



Khamis, 15 November 2012

Good boy...


Perkara pertama yang lea takut bila membawa ADLI naik kapal terbang ialah dia nangis sepanjang perjalanan.Alhamdulillah.Dia tido je dari KIA ke KLIA. Good boylah ADLI. Tapi dalam kapal terbang lea, mak lea dan suami bergilir-gilir bawa dia. Berasa dah bawa ADLI sekarang.Baru sebulan beratnya dah 4.8 kg.

Pakcik lea yang kerja dekat airport dah bagi tips dah. Kalau kapal terbang baru nak naik bagi dia minum susu suapaya dia tak rasa telinga dia sumbat. Memang betullah katanya. Tapi ADLI ni bila dha bagi susu memang lenalah dia sampai ke KLIA. 

Rabu, 14 November 2012

Tahniah...semoga bahagia untuk selamanya

Alhamdulillah.Akhirnya kawan baik lea dah menamatkan zaman bujangnya pada 10.11.2012. Majlis sandingnya pada 11.11.2012. Balik Kuching memang nak pergi ke majlis dia disamping nak bawa Adli balik sini. Buat Haniza dan pasangan 
'SELAMAT PENGANTIN BARU.
 Semoga bahagia hingga selamanya.


Pada minggu yang sama rakan sepejabat di opis lama telah melangsungkan majlis perkahwinannya dengan insan tersayang. Buat Elyn dan pasangan
SELAMAT PENGANTIN BARU.
Maag tak dapat hadir sebab berada di Kuching pada masa tu.


Saya dah mula tak tidur malam

Sapa nak gelak gelak jelah.Lea redha. Hahaha. Adli dah selamat sampai ke Puchong pada Ahad lepas. Adli dah tido dengan lea dan suami. Adli ni siangnya memang lena betul tidonya.Sampaikan bagi mandi pun dia boleh lelap lagi. Tapi apabila tiba malamnya......mulalah dia nak berbual ngan kita.Macam faham je apa yang kita bualkan.

Dari di Kuching sampailah sekarang ni abahnya dah tidur duduk dah sambil dok pujuk si Adli tido. Siannya tengok abahnya.Lepas dah pukul 3 pagi lea pulak mengambil tempat.Sampailah ke siangnya.Begitu pandai abahnya si Adli.

Paginya si umminya pulak dah menguap sampailah ke opis.Bawa mata mengantuk dengan badan yang sangat sangat letih. Tapi semuanya terubat bila tengok Adli senyum kat kita.Gelak dekat kita. Semuanya penat, ngantuk dan letih akan hilang dengan sendirinya.

Khamis, 8 November 2012

Sabar menanti hari esok


Assalammualaikum semua.

Dah nak jam 4.00 petang. Kepala dah pening sangat ni.Berdenyut-denyut je rasanya. Esok pagi ada tugas dekat luar. Tengahari baru masuk opis kot.Malamnya nak terbang ke Kuching. Rindu benar rasanya nak jumpa si kecik kesayangan lea tu.ADLI. Dah sebulan lebih dah dia.Insyaallah.Ahad bawak dia balik semenanjung.Jadi orang semenanjunglah dia lepas ni.:-) 

Tak sabarnya tunggu esok……..

Sejuk sejuk macam ni teringin pulak nak makan nasi lemak dengan rendang daging

Rabu, 7 November 2012

Sebulan dah berlalu


Assalammualaikum semua.

ADLI dah sebulan hari ni.Sekejap betul masa berlalu.Ingat lagi sebulan lepas sebelum ADLI dilahirkan.Kelam kabut lea dan suami mencari barang keperluannya dan pos ke Kuching. Mak dekat Kuching pun ada jugak beli sikit-sikit barang keperluannya.

Menunggu saat kelahirannya lea yang rasa berdebar-debar.Serba tak kena dibuatnnya.Suami pun sama.Kalau outstation asyik tanya dah lahir ke? Ahad , 7 Oktober 2012 berakhirlah penantian kami semua.

Kini, walaupun lea tidak melahirkannya, rasa kasih dan sayang padanya sangat kuat.Terasa rindu selalu padanya. Hanya gambar yang adik mms kan yang menjadi penawar kerinduan.Bila berkesempatan video call je cara nak melepaskan rindu.Tak sabar rasanya nak balik ke Kuching Jumaat ni.Nak peluk cium dia.Geram nengok pipi dia tu.Dah bam bam dah sekarang. 


Selasa, 6 November 2012

Sebelum dan sesudah kahwin

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman...

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

Katak, kura dan ulat


3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.

KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!

KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.

KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.

KURA:Bagus jugak idea kau tu.

ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.

KURA:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....

ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?

KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.

KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?

ULAT:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!

KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?

ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT


Menyesal tak jual anak dulu-dulu.


Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?

Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Pak Abu: HEHEHEHEHE….


Segar-segar belaka


Lea kalau balik ke Lundu, Sarawak. lea suka ke pasar sayurnya.Macam-macam yang ada dan segar segar belaka. Yang lea buat merah tu, lea tak ingat namanya.Asam mbang ataupun macang.Tapi ianya sedap dibuat sambal.Pergh....mau bertambah kalau makan dengan nasi panas. Seronok kan kalau duduk dekat kampung.Semua sayur segar-segar.Kalau pucuk paku tu memang betul betul pucuklah.Kalau kat sini bukan pucuk dah memang paku yang dijual. Kalau diberi pilihan memang suka duduk di kampung. Tapi dah cari rezekinya di Putrajaya ni, nak buat macam mana kan?

Alasan malas nak ke sekolah

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”

Isnin, 5 November 2012

Cermin mata untuk seorang yang buta huruf

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. 

Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” 

“Dah tentu”, jawab doktor.

 “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

Bila singa baca doa makan


Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.

Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”

Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

Kegunaan panadol

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…

Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”


Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

Nenek tua melahirkan anak

Dapat dari emel...

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

Hukum wanita menyusukan anak angkat


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut
 
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.
 
Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.
 
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.
 
Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:

a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
 
Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.
 
Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.
 
Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.
 
Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.

Bila mayat tersenyum

Dapat dari emel.Lawak jugak..

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

Kembali bertugas di pejabat

Selama 2 hari bermula Khamis lepas dok jaga kursus dekat luar. Seronok? Kalau orang lain dok jaga kursus dekat luar mesti seronok kan? Seronok tu adalah sikit.Tapi banyak yang tak seronoknya. Sebabnya dok memikir kerja-kerja di pejabat. Tu yang jadi tak seronok. 

Susah kan bila kerja jadi tak seronok.Fikiran dok kelain je. Entahlah.Harap hari ni boleh selesaikan semuanya...


melihat wajahnya saja yang membuatkan lea tersenyum bahagia


Ahad, 4 November 2012

My Dear ADLI


Memperkenalkan blog yang  lea buat khas untuk dia yang lea sayang ADLI.
Boleh melayari blog di alamat http://adlisham.blogspot.com/ 


Khamis, 1 November 2012

Ummi rindu Adli


Rindu sangat sama dia.
Rasa nak terbang balik ke kuching je.
Sabar....minggu depan balik.
Nak peluk2 nak cium2 dia.
Adli....ummi rindu ni.