MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 26 Oktober 2012

Betul ke ni


WANITA....


LEMBUT wanita kerana SENYUMANNYA
CEKAL wanita kerana BERANINYA
PATUH wanita kerana KESETIAANNYA
SABAR wanita kerana IMANNYA

KASIH wanita kerana BELAIANNYA
LEMAH wanita kerana AIRMATANYA
IKHLAS wanita kerana SIMPATINYA
PENDAM wanita kerana CEMBURUNYA
SAYANG wanita kerana SIFAT KEIBUAANNYA
..

Mata bertentang mata



Bila mata bertentang mata
Membawa seribu makna
Membawa sejuta pengertian
Kasih ayah pada anaknya
Sayang anak kepada ayahnya
Tidak dapat diungkap dengan kata kata
Tinggi nilainya dari harta benda
Pengertian & Pengorbanan
Bila Bersatu
Wujudlah kasih sayang yang jitu

Salam Aidiladha...

Salam Aidiladha buat semua daripada lea dan keluarga.Semoga kehadiran aldiladha ini membawa kegembiraan kepada anda semua.

Hayatilah erti pengorbanan itu mengikut jalan yang sebetulnya.Biarlah pengorbanan itu dari hati yang ikhlas dan hanya kerana Allah s.w.t.

Alhamdulillah.Aidiladha tahun ini lea dan suami menyambutnya bersama si comel kami Adli walaupun kami berjauhan.

Salam Aidiladha dari kami sekeluarga...

Lea, Sham & Adli

Khamis, 25 Oktober 2012

Makcikku Makcikmu jua


Assalammualaikum semua.

Hari ni lea nak bercerita tentang seorang makcik.

Makcik ni sangat-sangatlah kecoh orangnya.Benda yang senang jadi susah dibuatnya.Benda yang cantik pergerakan akan jadi kelam kabut  dibuatnya. Kalau dia tiada alangkah indahnya dunia ini. Alangkah aman rasanya.

Tapi, bila dia ada rasa tak tenang kehidupan. Ada saja yang tak betul. Ada saja yang tak kena. Geram sangat sangat dibuatnya.Tu yang kadang-kadang menjawab jugak dibuatnya. Tapi lebih banyak biarkan seperti angin lalu je.kalau di layan dan diikutkan sangat mahu naik darah nanti.

Tapi lea berazam lea nak  happykan diri je sebab kesihatan kena jaga jugak.Tak nak stress 2 dah. Tak lama lagi my dear Adli dah nak datang dah. ...Tak sabar rasanya........

Sarapan pagi.....

Bila suami ke dapur, nilah sarapan pagi lea dan suami. Bukan makan ni je ye. Ianya di makan dengan roti. Satu untuk suami.Satu untuk lea.Sama rata gitu. Hehehehe.


Rabu, 24 Oktober 2012

Kegemaran terbaru

Sekarang bila ke MCD Samurai Burgerlah yang menjadi pilihan.Suka lea dengan rasanya. Tak taulah sama ada burger ni sentiasa ada ataupun burger yang bermusim. Korang minat tak dengan burger ni?




HAI NAM MEE

Nilah yang dapat bila rajin sangat jalan-jalan cari makan.Macam-macam menu yang dijumpa dan dicuba. HAI NAM MEE. Ni lea yang order.Rasanya?...Oklah kot cuma tak kena dengan tekak lea.Tapi bila dah order, telan jelah. Yang penting jangan membazir.



Salam perpisahan

Lama betul baru nak update cerita ni. Salam perpisahan buat Izzati.Dia dah dapat offer yang  lebih baik di tempat lain. Tak lama pun dia di unit Lea. Tapi lea senang bersama dengan dia. Dengan dialah lea selalu pergi beli makanan tengah hari. Dengan dialah lea boleh bercerita dan bergossip. Lagipun dia ni suka bercerita dan suka ketawa. Buat izzati.Selamat bertugas di tempat baru.

Makanan yang ada hari tu. 

Izzati yang diraikan.

Sebahagian mereka di unit lea

Selasa, 23 Oktober 2012

Makan-makan je

Sejujurnya lea akui, dapur di rumah sudah lama  tidak berasap.Kesian ngan suami lea. Isterinya asyik ajak makan dekat luar je.Ada je makanan yang ingin di makan tetapi susah dan mengambil masa yang lama untuk di masak. Alah... 2 orang je pun kan.Jadinya makan dekat luar jelah.

Pagi sudah semestinya kedai mamak menjadi pilihan. Roti canai kosong dengan teh tarik memang menjadi pilihan. Tengahari tengoklah yang mana menjadi pilihan dihati..

Tapi...suami dah cakap bila baby Adli dah  ada dekat rumah di Puchong ni takde makan-makan di luar lagi.Sekali sekala je boleh. 

Dengan yana makan-makan dan minum-minum di kedai mamak



Dengan mak mertua dan kakak ipar di Fish Market

Isnin, 22 Oktober 2012

Selesai sudah....

Alhamdulillah.Selesai sudah urusan untuk Adli. Bila dah dapat dokumen baru boleh booking tiket kapal terbang untuk ADLI ke sini. 

Ni gambar dia buka mata.Susah nak dapat gambar macam ni sebab dia suka tido. Ni dah ada peluang maksunya ambiklah gambar ni. 

Rindu dekat dia sangat-sangat...



Sabtu, 20 Oktober 2012

Beza dengan kita dewasa

Lena sungguh dia kan. Waktu tido dia tido.Waktu kita tido dia jaga.Waktu kita jaga dia tido. Waktu menyusu dia menyusu.  Langsung tiada masalah.Beza dengan kita dewasa.Macam macam nak pikir.Dari masalah dunia ke masalah diri sendiri.Dalam tido pun berfikir.Kadang kadang sampai bermimpi dan kadang mengigau.

Khamis, 18 Oktober 2012

Malam ni terbang tinggi lagi....

Alhamdulillah, urusan di pejabat daerah telah selesai.Esok kena pergi ke Pejabat Pendaftaran Kuching.Alhamdulillah...Malam ni boleh jumpa Adli sebab balik Sarawak malam ni. Rindu sangat kat dia...Harap urusan di pendaftaran esok pun takde sebarang masalah.

Rabu, 17 Oktober 2012

Berlari-lari dan berjalan-jalan


Ahad…7 Oktober 2012.Suami ajak lea jogging dekat Taman Seri Empangan , Putrajaya.Bagi yang tak tau, taman ni berdepan dengan PICC. Bukan berlari sebenarnya.Lebih kepada berjalan. Satu pusingan tu lebih kurang 30 minit.Jadinya nak patah balik dalam sejam jugaklah. Berpeluh peluh jugaklah.

Lepas jogging , pergi dekat PICC sebab nak lihat pemandangan Putrajaya dari PICC.Tapi tak jadi sebab terima panggilan yang ditunggu-tunggu dari Kuching.Alhamdulillah.7.10.2012 adalah hari paling menggembirakan lea.Alhamdulillah. 



Pilihanku selamanya


Sekarang, trend tudung dah macam-macam-Setiap hari ada saja fesyen terbaru yang keluar.Tapi bagi lea tudung bawal tetap menajdi pilihan lea.Sebab trendnya tidak akan berubah.Sama je setiap masa.Yang mungkin berubah mungkin corak  sulamannya.Tapi kualiti kain tetap terjaga.

 Dua minggu lepas memborong tudung bawal di Jalan TAR. Bila dah beli banyak bolehlah dapat harga murah.Murah dari budget yang diperuntukan.Beli setahun sekali. Tahun depan boleh tambah lagi. Ni pun suami yang belanja.

Lagi satu sebab lea suka tudung bawal.Sebab suami lea dah menyuarakan rasa di hati yang lea lebih suka melihat lea memakai tudung bawal. Sebab apa?Tak taulah pulak lea. …….


Selasa, 16 Oktober 2012

ADLI



Memperkenalkan buah hati lea dan suami.Alhamdulillah dengan anugerah yang tak ternilai dariNya.

Lahir pada 7 Oktober 2012 jam 8.28 pagi di Hospital Lundu, Sarawak.Betapa lea dan suami gembira dan bersyukur dengan berita menggembirakan ini setelah 2 minggu menanti dengan penuh debaran. ADLI nama yang suami pilih. ADLI bermaksud  keadilanku, kelurusanku.Memang nak nama yang simple, mudah dingat, mudah disebut dan mempunyai maksud yang baik.

Sekarang mak lea yang menjaganya di Kuching.Insyaallah setelah semua urusan selesai lea dan suami akan membawanya ke sini. Rindu sangat kat dia. Dalam masa 4 hari memang masa banyak dihabiskan bersama ADLI.

Tak sabar nak berjumpa dengannya lagi...





Isnin, 15 Oktober 2012

Sayu rasa di hati...

                         Kalau khamis lepas begitu seronok nak balik kuching.Tapi hari ni sedih sangat nak blik kl.rasa tak nak balik dah.

Khamis, 11 Oktober 2012

Nak terbang malam ni...

Alhamdulillah.Pagi ni sangat indah sekali selepas hujan yang sangat-sangat lebat semalam. Malam ni lea akan balik ke kampung halaman di Kuching.Alhamdulillah. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan buah hati lea. Setelah lama menunggu akhirnya DIA makbulkan jugak doa lea dan suami.Alhamdulillah.Syukur kepadaMu YA ALLAH.

Sekarang lea dah macam dilamun cinta kembali. Bila tengok gambar sidia lea senyum sendiri sampai ke telianga. Bila melihatnya melalui Video Call terasa diri disana.Rasa nak peluk peluk nak cium cium didia. Begitu sekali kan.

Masa 4 hari di Kuching nanti akan lea habiskan masa sebaiknya dengan hanya bersama sidia. Masa yang ada akan digunakan sebaiknya..................

Tak sabar rasa nak balik. .....

Gambar syok sendiri pagi ni



Sabtu, 6 Oktober 2012

Al- Fatihah....

Ayah kepada sahabat suami,  Fendi telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi.Akan disembahyangkan di Masjid Wilayah sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kelantan. Semoga arwah ditempatkan bersama sama dengan mereka yang beriman di sisiNya.....

Jumaat, 5 Oktober 2012

Senandung Semalam

Hujung minggu lepas adalah hari makan sedunia bagi lea dan suami. Selepas sabtunya dekat MAEPS ahadnya pulak dekat Restoren Senandung Semalam, Bagan Lalang...alah...dekat GOLD COAST tu. Jika pada sabtunya ditemani abang ipar ipar dan keluarga, ahadnya pulak ditemani Maya dan keluarga.Macam-macam yang diorder.Meh lea senaraikan.

IKAN KERAPU 3 RASA
SOTONG GORENG TEPUNG
IKAN KEMBUNG 2 EKOR BAKAR
IKAN PARI 2 KETUL BAKAR
PEPAHAT MASAK SAMBAL
KETAM MASAK SAMBAL
AIR TEMBIKAI 2 JAG

Habis licin juga 4 orang makan.Bak kata maya makan besar setahun sekali je kan kak Mona? Insyaallah.Ada rezeki lagi kita makan besar lagi ye maya.
























Khamis, 4 Oktober 2012

Kita bersteamboat.....

Sesi makan-makan bersama abang ipar berlangsung sabtu lepas.Sesekali berkumpul macam ni seronok.Lama dah tak jumpa along.Ramai jugak yang makan dekat MAEPS hari tu.Satu kepala RM20 untuk dewasa dan RM9 untuk anak-kanak.Banyak jugak pilihan. Dari pagi dok call no lama.Rupanya dah tukar no baru sebab management baru.Nombor yang boleh dihubungi jika nak buat booking  016-3902410.Pilihan makanan? Boleh tahan banyaknya.Oklah dengan harga RM20.

.



Mi goreng kasih sayang....

Bila rajin sedikit di pagi hari, gorenglah apa yanga ada.
Cerita minggu lepas....Maka jadilah, MI GORENG KASIH SAYANG. ahaks....

Selasa, 2 Oktober 2012

Merahnya mak ngah....

Tak berjanji pun nak sedondon.Bila keluar bilik masing-masing pakai baju warna merah. Tempat baju lea dan suami di bilik lain-lain.Tido tetap satu bilik ye...Hahahaha


Warna Merah
Merupakan tanggapan bagi kategori warna panas. Warna api dan darah, yang membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Ia juga boleh dikaikan dengan warna cinta dan hati. Dapat menarik perhatian dan menambahkan metabolisma badan kita. Ianya dikaitkan dengan warna yang popular di kalangan wanita. Kebanyakan warna mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga membawa maksud agresif, kemarahan dan keganasan. Merah gelap memperlihatkan sifat kebangsawanan manakala Merah muda menggambarkan alam percintaan.