MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 29 Ogos 2012

Kanak-kanak riang ria di hari raya...




sesekali bermain bunga api tak salah kan? Teringat zaman kanak-kanak riangku....

Selasa, 28 Ogos 2012

Cuci mata sat...

 Dua gambar kesukaan lea untuk raya ni....ramai kan anak buah.Ni baru dua keluarga.Ada tiga lagi keluarga yang takde.Klau ada, mau penuh tangga rumah opah.

Isnin, 27 Ogos 2012

Kegembiraan dan kesedihan.........

Bersama dengan mak mertua akak dan abang ipar

Aidilfitri tahun ni disambut dengan bersederhana sahaja tetapi tetap meriah. Seronok bila dapat berkumpul dengan keluarga abang ipar dan akak ipar. Anak-anak buah pun ramai memeriahkan suasana.

Mak mertua lea, sentiasa termenung dan sentiasa muram. Terkenangkan awah abah.Raya pertama disambut tanpa abah. Kehadiran anak-anak dan cucu dia saja yang boleh menggembirakan hati dia. Kita faham kesedihan dia.Kita faham kesunyiaan dia.Hanya itu sahaja kami sebagai anak-anak dan cucu mampu untuk menggembirakan dia.

Sedihkan bila beraya tanpa orang tersayang disisi. Terbayang-bayang kenangan bersama dia. Teringat-ingat kenangan suka dan duk bersama dia. Tapi itu semuanya sudah berlalu. Kita yang hidup ini kena teruskan kehidupan…jauh lagi perjalanan….

Riuhnya...sebab lemang je pun...

Orang yang baru nak membuat lemang


Tahun ni tahun pertama beraya tanpa arwah bapa mertua.Bapa mertua memang rajin part cari buluh, daun pisang dan semestinya membuat lemang. Tapi tahun ni, suami dan abang ipar je yang buat. Buluh beli, daun pisang pun beli jugak. Yang kelakarnya daun pisang dekat depan rumah je. Pokok buluh pulak di tepi rumah je.

Part membuat pulak memang kecoh dua beradik tu. Salah masuk daunlah.Daun tualah. Buluh terlebih panjanglah. Macam-macam. Yang menjaga lemang semasa dibakar , abang ipar.Bayangkan dari jam 11.30 pagi sampai jam 5 petang lemangnya tak masak-masak. Rupanya buluh lemang dengan bara api tersangatlah jauh kedudukannya. Tu yang mak mertua bising.Masa arwah abah ada taknak belajar buat lemang….

Tapi semasa berbuka di akhir Ramadhan dapatlah jugak makan lemang hasil tangan suami dan abang ipar.Sedap lemangnya.Lemak, masin secukup rasa. Suami dah cakap, raya depan dekat Kuching bolehlah buat lemang.Nanti abang buat katanya…..Ok jugakkan. Tapi yang tak tahan takut lea sekali yang kena membuatnya nant.

Terasa betul arwah takde.Kalau tak dia jugak yang sibuk di dapur…Semoga dia tenang disana.

Sabtu, 25 Ogos 2012

Tema warna tahun ini...


Tahun ni lea dan suami bertemakan warna purple. Kali ni warna suami yang pilih.Lea sebagai isteri cuma mengikut sahaja. Lea dah siap-siap beli baju.Beli online je pun sebab kain yang lea hantar dekat tukang jahit takde warna purple. Nasib baik baju yang dibeli online sedap je pakai. Baju suami pulak, mula-mula cari dekat Plaza Alam Sentral takde yang berkenan. Berjalan kali ke PKNS Shah Alam pun takde yang berkenan.Akhirnya kembali ke Plaza Alam Sentral. Jumpa jugak dekat sana. Kaki ni berjalan rasa nak patah.Rasa nak tercabut......

Cerita dipagi raya pulak. Balik-balik dari masjid suami cakap.Ramai betul orang berbaju purple. Betul-betul sedondon pun sama. Lea jawab, biasalah tu. Bukan kita je yang berbaju purple. Orang lain pun mesti ada jugak. Bila dalam perjalanan ke rumah kakak suami pulak, kereta sebelah menyebelah semua berwarna purple. Hehehehehe.Gelak lea dekat suami sebab purplenya bukan purple lea tapi purple suami......

Macam macam kan. Sekarang dah macam satu trend pulak warna sedondon ni.Kadang-kadang tu bila berjalan raya, bila singgah di RNR, bila keluar satu kereta sama je warnanya.Dah macam kumpulan nasyid pun ada.Suami pulak sekarang ni dia dah berkira-kira warna tahun depan...Tak tahulah dia nak warna pa.Sebagai isteri lea cuma mengikut sahaja.....

Jumaat, 17 Ogos 2012

Salam Aidilfitri buat semua


Assalammualaikum semua. 

Dengan rendah diri saya dan suami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca blog lea ini.Lea mohon ampun dan maaf kalau ada tersalah kata dan tersilap bahasa dalam lea menulis di blog kesayangan lea ini.

Tahun ni lea akan beraya di Teluk Intan di kampung suami. Tahun lepas dah beraya di Kuching.Beginilah gayanya bila berkahwin dengan orang jauh ni.Tapi alhamdulillah tiadalah pulak nak gaduh-gaduh time nak balik raya sebab gilirannya dah ditetapkan. Pastinya di pagi Syawal akan terasa sedihnya bila berjauhan dengan keluarga tersayang di Kuching. 

Tahun ni juga kami akan beraya  tanpa ayah mertua lea. Memang terasa akan kehilangan dia. Takde orang minta buatkan kek lapis.Takkan ada orang nak buat lemang.Takde orang yang akan bawa lea dan suami ke pekan pada malam raya nak beli biskut kacang.Takde orang yang akan suruh anak menantu beratur sebab dia nak bagi duit raya. Terasa sedihnya bila dia tiada. Semoga dia tenang disana...........

Selamat Hari Raya sekali lagi.Bagi yang baru nak balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Ingat ada orang yang menanti kedatangan kita. Semoga Syawal kali ni membawa sinar kebahagiaan kepada anda dan keluarga.



Tart nenas

 

Tart nenas ni adalah tart nenas paling sedap yang pernah lea makan.Makcik dekat Kuching yang membuatnya. Yang menariknya dia membuatnya tanpa sebarang acuan. Semuanya dia buat sendiri. Dari menekap, membuat kelim ditepi tu semuanya dia buat sendiri.Rasanya memang sedap lain dari yang lain.Dari segi adunannya dan jem semua terbaiklah.

Belum berpeluang  lagi nak belajar dengan makcik untuk membuat tart nenas yang sedap ni. Hari tu balik Kuching sebelum balik ke KL makcik bekalkan lea sebekas kecil tart nenas ni. Sampai sekarang ada lagi.Jimat makan tart tu.Rasa sayang nak habiskan.

Betapa saya sangat rajin puasa ni....

Tahun lepas sangat malas untuk membuat kek lapis.Tetapi untuk raya tahun ni sangat rajin pulak nak buat kek lapis pada bulan puasa.Sampai 3 pulak tu.Dan bila balik dari kampung ada perancangan nak buat lagi nak mencukupkan 5 sebab bahan-bahan dah dibeli.Tak dibuat nanti membazir pulak. Kek Lapis yang dibuat kali ni KEK LAPIS CADBURY, KEK LAPIS KENYALANG dan KEK LAPIS MASAM MANIS.

Kalau dah berasal dari Sarawak memang tak sah rasanya kalau tak buat kek lapis. Tahun-tahun lepas kalau beraya di kampung suami ada arwah abah yang sangat sukakan kek lapis buatan lea.Dia cakap sedap.Cukup suka dia makan kek lapis ni.Tapi tahun ni tahun pertama beraya tanpa abah.Mesti lain suasananya. Tak taulah..ada ke tak penggemar kek lapis yang lain di kampung suami.Takpelah.Janji kek dibuat dengan penuh ikhlas, dengan penuh kasih sayang, rasanya pasti sedapkan.Mesti ada penggemarnya tu.....




Isnin, 6 Ogos 2012

Bubus pedas


Gambar di atas ambil dari facebook adik.Bubur pedas kegemaran kami sekeluarga di bulan puasa.Air tangan mak mesti sedap kan. Suami pun sejak kahwin dengan lea , bubur pedas ni dah menjadi kesukaan dia jugak. Bubur pedas ni lagi sedap bila ditambah dengan kulit lembu. Memang lainlah rasanya. Lagipun macam-macam bahan yang mak masukkan dan menjadikan bubur pedas ni lagi sedap. Yang menjadikannya lebih istimewa rempahnya adalah buatan mak sendiri. Susah nak buat rempahnya...

Sabtu, 4 Ogos 2012

Memang wajib di di Kuching

Bila lea di Kuching, nilah menu yang wajib lea makan.Ayam panggang Kubah Ria dan Rusip. Ayam panggang Kubah Ria ni memang sedap sebab ianya ada ramuan tersendiri. Dekat semenanjung lea tak jumpa lagi ayam panggang macam ni. Terasa rempah ratusnya.Sos pencicahnya pun memang resepi tersendiri. Tak jumpa lagi di mana-mana.Dulu harganya RM10 je seekor.Sekarang sudah mencicah RM15. Harganya memang mengikut peredaran masa. Tapi rasanya tetap macam dulu.

Rusip pulak ala-ala budu dan cencaluk.Bila dah letak cili, bawang dan perah limau, memang sedaplah. Makan rusip je dengan nasi panas memang sedap.Tak sedar bertambah nasi. Lea ada rusip je sebagai menu dah cukup dah.....


Jumaat, 3 Ogos 2012

Fenomena di Kuching pada bulan puasa

Suntong Tutok dalam bahasa sarawak.Kalau dalam bahasa melayu bakunya SOTONG KETUK. Kalau di bulan puasa akan banyak wujud gerai-gerai  kecik menjual sotong  tumbok ni.Harga dari semurah 50 sen hingga 8 ringgit mengikut size.Ada yang sudah menggunakan mesin untuk menipiskan mesin yang dibakar dan ada yang masih menggunakan tukul besi atau kayu untuk menumbuk sotong supaya menjadi nipis.Yang paling istimewa adalah sambalnya yang dibuat sendiri.Ada rasanya yang tersendiri. Suasana dan sotong nilah yang lea rindu bila lea berpuasa di semenanjung...








Di kampung halaman

Assalammualaikum semua.Bersiaran dari Kuching Sarawak, Yihaaaa....Lea dah di kampung halaman lea. Bukan balik beraya.Cuma balik berpuasa. Banyak juga benda nak buat dan nak beli. Esok nak balik kampung di Lundu.Nak jumpa nenek.Rindu kat kampung.Rindu kat gunung gading.Lundu tempatnya sangat-sangat cantik,Ada Taman Negara, kawasan pantainya pun sangat-sangat-sangat cantik.

Balik bulan puasa ni sudah tentu menyeronokkan.Makanannya semuanya mengikut selera lea.Tapi untuk suami kena masak jugaklah.Ayam panggang kubah ria, tapai,mi kolok, ikan lumek dah lea rasa tadi. Ada lagi yang belum lea makan.Tunggu.Ada 5 hari lagi......