MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 31 Julai 2012

Semua serba tak kena.


Puding jagung, ayam bakar, murtabak singapore dan nasi bukhari.

Nampak menyelerakan kan? Tapi semuanya langsung tak sedap.Ada yang tawar, terlebih rempah, masin semuanya ada.Kali ke3 membeli di Pasar Ramadhan.Pasar Ramadhan yang mana tak payahlah kan nak bagi tahu. Tapi semuanya sangat-sangat menghampakan.Frust sangat dengan rasanya.

Dah suruh suami keluarkan ikan dari peti sejuk.Bila suami ambik dia cakap takpelah, hari ni kita beli je. Kesian kat ayang.Penat..Tapi suami pun cakap dia main telan je.Takde yang sedap....

Peniaga sekarang nak untung je kan? Cubalah buat sedap sedap sikit.Macam mana bagi suami dan anak-anak makan tulah yang dimasak.Ni...janji ada je kan. Tapi dah dipikira nak buat macam mana.Bukan rezeki nak dapat makanan yang sedap.Tapi, itulah kali pertama dan terakhir beli kat gerai tu.

Isnin, 30 Julai 2012

Apa nak makan nanti ye....

Assalammualaikum semua. Dah masuk minggu baru dah kita.Dah 10 hari  kita berpuasa hari ni kan. Tak sabarnya nak tunggu rabu ni.Lea balik kampung.Kampungku nun jauh di Kuching Sarawak. Rindu sangat dekat mereka di sana.Mak , ayah, adik dan sedara mara lea.

Jadi azam sebelum balik ke Kuching nak habiskan semua kerja.Taknaklah nanti orang lak susah disebabkan kita.Lea akan balik ke sini balik 8.8 nanti.Kiranya seminggulah lea di Kuching.Dah macam-macam dah plan bila balik nanti.Dan semestinya apa yang lea nak makan lea makan nanti. Meh lea liskan apa yang lea nak makan. 

Ayam panggang kubah ria. - dekat sini lea tak jumpa lagi ayam panggang sesedap ayam ni
Mi kolok Haji Salleh-Mi kolok paling sedap rasanya
Laksa Sarawak-Di Kuching jugak yang sedap.
Ayam pansoh-Memang suami dan ayah akan buat nanti.
Umai-Original dari Sarawak memang sedaplah.
Tapai - Dekat Kuching time bulan puasa memang sedaplah
Kuih Bongkol-Dekat Pasar Ramadhan Satok mesti banyak
Terubuk Bakar-Jom terjah Pasar Ramadhan Satok
Sugar Bun- Memang akan beli nanti walaupun bungkus makan dekat rumah
Three Layer Tea SUgar Bun- Paling sedap dekat sini jugaklah.

Nak makan jekan kerjanya.Apa boleh buat.Dekat sini susah nak dapat.Di tanah kelahiran jugak yang banyak pilihannya.

Tak sabar rasanya.........

Jumaat, 27 Julai 2012

Kemuncak IMAM MUDA



Renungan di pagi Jumaat


Khamis, 26 Julai 2012

Alhamdulillah......

Assalammualaikum semua. Kita dah berada di 6 Ramadhan hari ni.Sekejap je kan? Dah 6 hari kita berpuasa. Alhamdulillah.Sebelum diumum dok berkira-kira jugak kakitangan awam.Ada ke tak bonus tahun ni? Semalam dah diumumkan.Setengah bulan dari gaji.Alhamdulillah.

Tahun ni kalau boleh nak bersederhana dari semua segi. Dari bulan Ramadhan ni sampailah ke hari raya nanti. Boleh ke nak disiplinkan diri sendiri?Takut bila duit di tangan , macam-macam nak dibeli. Tapi bila tengok dalam 2-3 minggu lepas ada kemajuan jugaklah.Pergi pasar ramadhan beli apa yang nak makan je. Pergi Jalan TAR ambil yang nak dibeli je. Tapi dalam hati nak tu jugak.Nak ni jugak. Sabar...Boleh tahan lagi ni. Jadi seronok pulak tengok duit ditangan tapi dah macam kedekut pulak.Entahlah. NI minggu depan nak balik Kuching.Adik dah kirim macam-macam.Hujung minggu ni nak cari barang lagi.Tapi rasanya ada jugak menyelit barang-barang diri sendiri jugak nanti. Kalau diikut semuanya nak dibeli.Semuanya teringin.Tapi nak tanam pada diri .Beli barang keperluan dulu.Kehendak tu ketepi dulu.Boleh ke? Tunggu jelah hujung minggu ni.....




Isnin, 23 Julai 2012

Renungan kita bersama


Asam Gelegur

Di kampung mak mertua memang ramai yang dok buat asam gelugor ni. Sekilo hanya RM10 ringgit je.Kalau mak mertua bagi kadang-kadang sampai dua kilo.Tu yang lea bawak balik Kuching kadang-kadang bagi kat mak.Memang boleh buat stok setahun ni.


Ahad, 22 Julai 2012

Hari-hari dok mikir menu berbuka

Dah dua hari kita berpuasa kan. Bermulalah sesi memikir menu untuk berbuka. Menu untuk sahur tak kisah sangat sebab menu berbuka tu boleh bawak ke sahur.Kalau boleh nak masak menu yang simple simple je.Taklah terkejut perut yang kosong seharian menerimanya.

Semalam termasak yang berat jugak.Ketam masak merah.Punyalah geram tengok ketam di pasar. Sekali timbang 3 ekor ..mak ai..mahalnya.Rasa nak letak balik je..Tapi suami cakap ok..oklah ...Jadinya dalam hati dah kata aku kena masak ketam ni sedap-sedap.Alhamdulillah.suami cakap sedap.

Hari ni pulak masak sup tulang, ikan tenggiri masin goreng, sayur campur ,sambal belacan dan cucur udang.Alhamdulillah.Satu setengah jam je dekat dapur.

Menu semalam.Sampai ke sahur pagi tadi


Sabtu, 21 Julai 2012

Manjanya.....

Gambar ni diambil masa balik kampung masa anak buah bertunang hari tu. Kucing ni kucing akak ipar.Satu kesukaan kucing ni dia suka dengan orang yang ada misai dan janggut.Suka sangat dok menggesel mukanya dekat janggut. Lagi satu kucing ni suka dok cium cium telinga sesiapa yang dok bawak dia. Lea macam biasa dok jauh-jauh.Takut dengan kucing-kucing ni. Ni kucing ni tengah bermanja dengan suami..

 ni


Semangatnya dia....

Kadang-kadang mana mulut tak bising.Tempat jemur kain dipasangnya bendera.Kalau satu takpelah pulak.Dekat gambar ada lima tapi sekarang dah 6.
Bendera Malaysia
Bendera Sarawak
Bendera Perak
Bendera Selangor
Bendera Umno
Bendera BN.
Tu yang bising kat dia.Jemur kain ke jemur bendera ni. Tapi jawapannya, kita kena ada semangat sayangkan negara,sayangkan negeri dan sayangkan parti kita. Semangat patriotik kena ada.Yolah tu En.Sham.

Sahur kali pertama Ramadhan tahun ini

Alhamdulillah.Berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan.Bulan yang penuh berkat.Bulan yang melipat kali gandakan pahala kita.Insyaallah.Alhamdulillah.Sedar pagi tadi jam 4.30.Panaskan lauk yang dimasak malam tadi, panaskan nasik, goreng ikan masin dan menumis sayur.Inilah lauk bersahur pagi tadi ayam masak kicap, sambal tumis jering, sayur buncis tumis ngan telur dan ikan sepat goreng.

Bercerita pasal jering, inilah kali pertama lea makan jering.Sedap rupanya.Lagilah jering yang masih muda. Lea tumis buat sambal dan campurkan dengan udang.Memang terbaiklah rasanya. Jering akan masuk dalam list makanan kegemaran lea selepas ni.Rasanya tak semua orang minat jering kan.


Jering sambal tumis ngan udang

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Jumaat....

Salam Jumaat Semua..Esok kita akan bermula berpuasa. Selamat berpuasa diucapkan. 


Khamis, 19 Julai 2012

Baju raya oren...

Panggilan hangit di HOTFM. Kalau korang ada masa layarilah website HOTFM.Pergi ke koleksi Panggilan Hangit.Lea dah 6 kali dengar pun masih berair-air mata sebab gelak. Lucu betul pakcik tu.Lea gelak sebab dengar dia gelak.Dari mula sampai habis dia dok gelak. 




Lagi senang kalau korang nak dengar klik dekat link di bawah ni.


Menghitung hari...

Lea tengah menghitung hari ni.1 Ogos 2012 pada sebelah malam lea akan terbang balik ke Kuching Sarawak dan akan berpuasa di sana untuk seminggu.Sekarang tingga 13 hari saja lagi.Tak sabarnya.Rindu kat mak, kat ayah dan keluarga di Kuching.Last balik hari tu bulan 3. Dah lima bulan dah kan. Lagipun ayah tak berapa sihat.Risau juga rasa dihati.

Lain kan kalau berjauhan dengan keluarga.Bila call dengar suara mak rasa sedih sangat. Kalau Tanya dia masak apa , kalau yang dia masak makanan kegemaran lea adui…terasa-rasa keenakan makanan tu. Lain rasanya masakan mak.Yelah …air tangan mak punya nilainya yang tersendiri.

Bila berjauahan rasa kasih, sayang dan rindu tu semakin menebal.Bila dah bersama mereka terasa cepat benar masa berlalu.Nak menunggu saat berjumpa rasa lama sangat-sangat. Bila bersama mereka masa yang ada akan digunakan sebaiknya.Time nilah nak bawa mereka jalan-jalan. Pergi makan ke tempat yang mereka suka dan sentiasa gembirakan hati mereka.

RINDU SANGAT DEKAT MEREKA



Mereka yang dekat Kuching..Rindu....

Rabu, 18 Julai 2012

Luahan hati di pagi rabu....





Pagi-Pagi pergi berakit
Pergi berakit dengan kak nyonya
Bila hati terasa sakit
Kerja dibuat hilang seronoknya


Bila tak tahu pergilah bertanya
Jangan ingat diri tu raja
Degil sungguh lagak orangnya
Nak dengar cakap dia saja


Sebak sungguh rasa di dada
Hati gembira dah tak rasa
Orang bawahan nilainya tiada
Dia juga yang betul semua


Banyak soalan asyik bertanya
Semua benda tak betul saja
Sabar itu tinggi nilainya
Masa dia akan tiba jua.

Isnin, 16 Julai 2012

Siapa yang menang?

Korang rasa-rasa sapa yang menang ye? 


Buat sambal tumis...sedap ni

Ni buat sambal tumis sedap kan. Makan dengan nasi panas..Pergh....tak sedar sampai bertambah nasi. Suami selasa ni balik kampung ada hal keluarga sikit. Nak suruh dia bawa balik sikit belimbing buluh ni. Lea kadang-kadang makan cicah ngan garam je.






Ahad, 15 Julai 2012

Dari kecil hingga dewasa





Korang ada kawan baik dari kecil hingga dewasa tak? Lea jujur lea katakan takde. Kawan baik lea hanyalah dari sekolah menengah sampai sekarang. Tapi masing-masing dah berjauhan.Dah beranak pinak pun mereka.Lea sorang je masih berdua dengan suami.Belum rezeki lagi kan. Suka tengok kartun di atas.Comel kan?

Jumaat, 13 Julai 2012

Terliur nengok....

Cute-cute je kan.Mak mertua yang tanam. Nak ambik hari tu tapi bila balik leh terlupa pulak. Ni makan mentah mesti sedap ni.Cecah ngan garam.Memang kegemaran lea pun ni. Rangup pun ye...Aduh......Terliur dah ni.



Bila budak kecik datang rumah...

Bila bapak budak kecik ni sms nak datang dan bawa cendol haruslah acik mona ni dok mikir nak buat apa.Lastnya buat cucur udang je. Baru nak potong bawang dan cili dah datang dah.....Takpelah..Tunggu sekejap ye zulaika....Eeee.geram kat dia.Comel...........

Khamis, 12 Julai 2012

Dua situasi berbeza........


Hari ni lea mendapat sms dari kawan yang mengatakan dia dah menjadi tunangan orang.Alhamdulillah. Lea rasa seronok sangat. Lea tumpang bahagia. 12 tahun mengenali dirinya.Macam-macam dugaan yang dilaluinya. Kami sama-sama menangis.Kami sama-sama ketawa.Memang dia sahabat terbaik yang lea ada. Semoga bahagia dan gembira akan sentiasa bersama dia.

Sekejap tadi dekat pejabat datang seseorang minta tukar ke Melaka dari Putrajaya. Seorang lelaki.Bersungguh sungguh dia minta tukar.Merayu rayu.Sampai menangis.Teman sepejabat yang melayan dia pun dah sebak. Lea yang melihat dari jauh pun hampir menitis air mata. Betapa dia nak sangat-sangat menjaga ibu dikampung.Susah air mata lelaki nak keluar kan?

Orang yang bertunang..

Pelamin dan hantaran yang lea dok tunjuk sebelum ni adalah miliki orang  ni ha....Anis dan pasangan.Cantik kan kombinasi warna oren dan hitam. Sekarang semuanya dok main-main kombinasi warna kan.Mana yang cantik tu cantiklah.Mana yang tak menjadi tu nampak hambar je. Zaman lea dulu caca merba je tema warnanya. Nak tergelak bila ingat balik. Yelah ikut cakap orang tua je kan.Dalam hati tu nak macam-macam.Takpelah.Janji majlisnnya selamat dan pengantinnya hidup aman dan sejahtera hendaknya. 

Anis dan pasangan diikat selama setahun.Lepas tu bolehlah kahwinkan Anis. Diikat setahun sebab sepupu-sepupu Anis ni tengah beratur nak kahwin.Kena ikut turnlah si Anis ni. Majlis hari Sabtu tu berjalan dengan lancar, tenang dan sederhana meriah.Makanan kenduri hari tu sedap sedap semuanya. Kakak ipar n the gang yang masak. Nak tau menunya? OK...ada pisang masak  lemak, kari kambing, ikan masin tumis ngan bawang dan cili kering, ayam masak merah, ikan keli masak sambal dan ulam-ulaman.Berselera betul makan tengahhari tu....
comelkan orangnya...


Tuan punya blog tak mau kalah bergambar.Pucatnya muka dan diriku semakin membesar.

Selamat bertunang.Darah manis tu....

Rabu, 11 Julai 2012

Hantaran tunang

Kalau dah majlis tunang mesti hantarannya yang menjadi perhatian. Hantaran sebelah  perempuan tema warnanya ialahn oren dan hitam. Banyak pulak tu. Dekat nak 30 dulang hantarannya. Dan seperti biasa hantaran sebelah perempuan mesti banyak makanannya.Macam-macam ada. Untunglah pihak lelaki kan.

Sebelah lelaki pulak tema warnanya hijau.Tak banyak pun.Belas-belas je. Seperti biasa kan. Merasa jugaklah lea makan kek hantaran dan cupcakes coklat.Sedap.Tu pun hantaran makanan yang ada.







Suka tengok mereka datang

Alhamdulillah.Ada 3 BE sekarang ni. Tak banyak mana pun.Tapi sukalah nengok mereka singgah.TQ Nuffnang.


Pelamin Tunang

Sabtu lepas anak saudara jauh lea melangsungkan pertunangan dengan jejaka idamannya. Tema warna yang dipilih oren dan hitam. Cantik pulak kombinasi warnanya. Lea tunjuk dulu ye pelamin tunangnya.Simple tapi nampak sweet saya.



Selasa, 10 Julai 2012

Majlis perpisahan.....

Jumaat lepas diadakan jamuan perpisahan bagi Ketua Unit lea.Tak lama pun dengan dia.Dalam dua bulan je. Lepas ni akan dapat bos baru.Harap bos baru ni ok supaya lea boleh buat kerja dengan senang hati…kerja pun boleh beres…………………



Yang mana satu?

Mana satu mood anda hari ini?

Selamat Hari Lahir mak.....


Hari ni hari lahir mak lea Puan Rabiah Anis yang ke 55.
Doa lea supaya mak lea dimrahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat sihat selalu.
Harap suka dengan hadiah yang lea bagi.
Muah...sayang mak.
1 hb nanti lea balik , berpuasa di Kuching sebab tahun ni raya dekat Teluk Intan.


Isnin, 9 Julai 2012

CUPCAKES DI KUCHING

Untuk birthday mak lea, lea order cupcakes dengan sepupu dekat Kuching.Kira sepupu jauhlah.Mak lea sepupu ngan mak dia. Harganya berpatutan.Rasanya...mak dan adik cakap sedap.Oklah tu. Cupcakes dihantar terus kerumah anda bagi sesiapa yang tinggal di Kuching. Bagi sesiapa yang berminat bolehlah ke facebook beliau di link ini. CUPCAKES DI KUCHING . Ownernya bernama NORA ARTIKA.




CUPCAKES DI PUTRAJAYA

Pada jumaat lepas lea balik kampung di Teluk Intan sebab anak sedara bertunang. Singgah sekejap dekat Presint 8 ambil cupcakes yang lea order sebagai tambahan hantaran.Cantik cupcakesnya.Walaupun order last minit, hasilnya amat memuaskan hati lea. Kepada sesiapa yang nak order cupcakes , kek, pavlova bolehlah singgah ke blog   CUPCAKES DI PUTRAJAYA . Ownernya bernama FARA OTHMAN. Anda akan dilayan sebaiknya.


Jumaat, 6 Julai 2012

Selingan di pagi jumaat


Betul tak apa yang tertulis di atas tu? 

Bloglist Kakcik Seroja


Pada sesiapa ingin blognya tersenarai pada blog Kakcik Seroja silalah klik gambar di atas ye.

Khamis, 5 Julai 2012

Warna warni


Tak lama lagi puasa kan.Lepas tu kita menyambut raya pulak. Cerita pasal raya teringat lagu Jalil Hamid. 

Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

Kalau banyak harta benda


Orang itu kaya raya


Kalau tempat lalu kereta

Itulah jalanraya

Hentian bas ibu kota

Itu di Puduraya

Di tengah bandaraya

Kalau banyak jalanraya

Dipanggil lebuhraya

Bunga lambang negara

Namanya bunga raya

Tukang menyelenggara

Mengawas harta-benda

Jabatan Kerja Raya

Gembira kita di hari raya

Makan kenduri di balairaya

Kalau kita malas nak puasa

Kita sama macam hantu raya

Selamat hari raya

Selamatlah beraya

Tapi ni bukan cerita lagu raya tu ye.Sekadar selingan. Kali ni nak cerita budaya apabila menyambut raya sekarang. Warna baju raya mesti nak sedondon sekeluarga.Warna temalah lebih senang. Tak terkecuali lea walaupun lea dan suami saja. Kadang-kadang lea boleh senyum sendiri apabila berjalan raya keluar dari satu kereta semuanya sama je.Tak buat macam mana kan? Budaya sekarang. Lea tahun ni tak tau lagi warna apa. Korang lak warna apa ye?

Rabu, 4 Julai 2012

Cantikkan?



Selasa, 3 Julai 2012

Jalan-jalan ke FLORIA PUTRAJAYA 2012

Semalam balik kerja suami ajak singgah dekat FLORIA PUTRAJAYA. Singgah jelah.Takde apa pun nak tengok. Bunga je banyak.Lagipun sama je macam tahun sebelumnya. Jadinya bergambar jelah. Orang takde sangat tu yang seronok bergambar tu.Tak banyak pun ambik. Tengah bergambar hujan pun turun.Lastnya berlari balik kereta dan terus balik ke rumah.