Followers

MY NUFFNANG

Usia Blog

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 30 Jun 2012

Ambil angin ditepi lombong

Bila hari cuti lea dan suami selalu ambil angin tepi lombong ni sambil makan mihun sup, laksa, mi sup ataupun  kuew teow sup. Macam-macam pilihan yang ada.Tapi kali ni lea try kuew teow sup. Sedap jugak macam mi sup dan mihun sup nya. Gerainya kecik je. Nasib baik kerusi dan meja banyak disediakan. Memang lakulah akak ni berniaga di petang hujung minggu.


Irma Hasmie kahwin juga akhirnya........

Pasangan sama cantik sama padan.Macam pinang dibelah dua. Akhirnya dia bertemu juga dengan jodohnya. Semoga bahagia dan kekal bersama untuk selamanya.

Khamis, 28 Jun 2012

Sana sini kursus.....

Tahun ni hampir tercapai sasaran 7 hari berkursus. Dua minggu berturut-turut tak duduk dekat pejabat. Minggu pertama kena jaga kursus dekat Genting Highland selama seminggu. Minggu lagi satu menjadi peserta kursus di Bandar Enstek selama dua hari.Sehari selepas tu pulak kursus dekat blok B1 Kompleks B1 JPM. Kursus ISO dengan Kursus Pengendalian Buku Rekod Perkhidmatan. Lain-lain bidang. Tapi pelbagai benda baru yang lea belajar. Untuk pengetahuan dan panduan untuk pengurusan kerja di pejabat.



Rabu, 27 Jun 2012

Berselera betul dia...

Nasi lemak seringgit ni memang kegemaran suami bila singgah dekat Kedai PP One ni. Rasanya...ok.Ada rasa nasi lemak dekat Kuching yang lea selalu cari sebab sambalnya tak hancur .Ada lagi nampak ikan bilisnya. Tapi kali ni lea tak makan sebab takde selera nak makan.Dok perati je suami makan.Nasib baik hanya sebungkus je dia makan kali ni.Selalunya mesti dua bungkus habis. Lea kalau dok kedai mamak ni hanya teh ais je lea nak.Sedap......Terasa betul tehnya. Kaw pulak tu.Dapat pulak time panas-panas.



Selasa, 26 Jun 2012

Chocolate De' Amore

Suka betul melihat hasil kerja kumpulan merah. Walaupun semuanya lelaki tetapi kerjanya sangat kemas, sangat cantik. Rasanya juga sedap menurut chef jemputan.

Bila suami beli kasut..

Dia jarang nak membeli kasut. Beli pun rasanya dua tahun sekali. Tak macam bininya ni.Bulan ni je dah beli 4 pasang kasut. Tapi dok pakai dua je.Yang dua lagi..mmmmmm tak tahulah bila nak pakai. Perempuan bolehlah selalu nak beli kasut sebab murah dari kasut lelaki. Kasut lelaki ni...mahalnya....Tulah suami kalau tak betul2x nak beli dia tak beli. Tapi tulah, bila si dia dok beli kasut, habis satu jusco dipusingnya tak jumpa yang berkenan. Dah jumpa size takde pulak. Akhirnya dia dok pergi dekat kedai-kedai di luar Jusco. Sampai 3-4 buah kedai. Akhirnya dia jumpa jugak kasut dan size yang sesuai dengannya. Adui...lomah den...Sabtu lepas dari jam 4.45 sampai jam 7.30  mencari kasut dia saja. Penat..............






Isnin, 25 Jun 2012

Rindu dekat budak kecik ni....

Hari Jumaat lepas balik kerja singgah ALAMANDA dengan suami nak carik barang. Takde dekat ALAMANDA pergi Presint 14 kedai tutup pulak. Lastnya suami cakap, lama dah tak jumpa budak kecik. Suami pun callah bapak budak kecik ni ajak minum. Pertemuan diadakan di Laman Perdana berhampiran dengan Kompleks JPM Putrajaya.Jumpa jugak achik dengan syasha. Dah pandai nak bercakap ngan kita. Tak takut orang pulak tu. Semakin comel si kecik ni dan semestinya muka macam muka maknya. Menu kami hari tu hanyalah sate dan rojak sotong kangkung. Pada peretemuan singkat itu habis  jugalaklah masalah negara dibincangkan.Hihihihi
  




Kegemaranku....

Bila balik ke Teluk Intan sate nilah yang dicari. Lea pernah cerita pasal sate ni di sini . Sate dia sedap tapi kali ni lea tak beli.Kebetulan pergi rumah dia nak melawat makcik suami dekat sana, tokei sate tengah dok membakar sate yang ditempah untuk kenduri.Ada dua ribu cucuk semuanya.Dihidangkan jugak untuk kami.Langkah kanan kami rupanya. Kali ni pelanggannya nak sate yang manis-manis dan memang rasanya memang manis.Tapi sedap jugak. Kali ni lea siap salin resepi.Nak buat sendiri nanti.Tak yah cucuk-cucuk dengan lidi. Goreng pun sedap.
 

Ahad, 24 Jun 2012

Rojak Sotong Kangkung

Dekat sini memang susah lea nak jumpa rojak ni. Tapi bila jumpa di Laman Perdana, terus beli jelah. Rasanya...bolehlah, tapi tak sesedap di Kuching. Kadang-kadang kalau teringin sangat-sangat tu lea buat sendiri tetapi sudah semestinya tidak sesedap yang dijual di SEMARAK KUCHING.


MasterChef Selebriti Malaysia

Esok Farouk Jusin, Tomok, Angah dan Tanuja akan ke ujian penyingkiran. Harap Tomok terselamat lagi. Suka sebenarnya melihat gelagat Tomok di dapur. Dengan muka risaunya, dengan kelam kabutnya dekat dapur.Dah banyak kali dah Tomok ke ujian penyingkiran ni. Harap kali ni terselamat lagi. Sama-samalah kita nantikan malam esok keputusannya. Lea akhiri entry ini dengan gelagat Tomok di dapur.....




Anak melayu semua.........


Jumaat, 22 Jun 2012

Tanpanya.................


Tanpanya kita tak boleh berdiri
Tanpanya kita tak boleh berjalan
Tanpanya kita tak boleh berlari
Jagalah ia sebaiknya 
Jangan sampai sakit bila berdiri
Jangan sampai sakit berjalan
Jangan sampai berdenyut bila berlari......

Peringatan untuk diri....


Khamis, 21 Jun 2012

Segalanya strawberry

Strawberry sering dikaitkan dengan CAMERON HIGHLAND. Tapi kali bukan di CAMERON HIGHLAND tapi di GENTING HIGHLAND. DI 
Strawberry Park ke Farm.Lupa pulak lea. Terletak taidak jauh dari Hotel Sri Malaysia. Jalan kaki naik bukit dalam masa 5 minit sampailah. Tapi satulah, tak teruja bila nengok 
Strawberry sebab dekat cameron je baru rasa feel 
Strawberry tu. Tangkap gambar jelah....Macam-macam ada.








Rabu, 20 Jun 2012

Bila suami tiada di sisi .....

Hari ini hari kedua lea berkursus dekat Bandar Enstek. Semalam kali pertama memandu ke sesuatu tempat yang baru, yang tak pernah lea pergi dan lea tak boleh nak bayangkan tempatnya macam mana. Kalau ikut peta dan petunjuk yang ada cuma ada dua bulatan yang perlu dilalui. Tapi pada hakikatnya banyak bulatan kecil yang dilalui.

Sesat jugaklah semalam. Tapi dengan semangat yang cekal ...cehwah...hahahaha...lea harungi juga. Tulah kan selalu kalau suami ada, dialah yang berulang dok hantar dok ambik sebab lesen memandu lea hanya rumah ke opis dan opis ke rumah je.Tapi bila dia tiada di sisi tau pulak kan memandu sendiri. Sampaikan suami lea cakap

Terror dah isteri abang..............

Selasa, 19 Jun 2012

Buah biji di luar...

Jumaat lepas lea dan suami balik ke Teluk Intan. Melawat mak mertua.Bila di kampung mesti ke rumah akak ipar yang duduk berdekatan. Sampai di rumah akak ipar lea jadi jakun sekejap.Pertama kali sebenarnya nengok buah gajus di pokok. Jakun betul kan. Siap ambik gambar banyak-banyak pulak tu. Sampaikan biras akak ipar cakap buat apa ambik gambar gajus tu banyak-banyak.Lea jawab untuk simpanan dan kenangan.Memang  inilah pertama kali nengok buah gajus di pokoknya. Korang mesti dah pernah tengok kan?





Sekarang dok layan ni je dah....

Sapalah agaknya menang ye.Lea suka nengok Tomok, Jehan Miskin, Carl Shafeq dan Dr. Fazley di dapur. Pandai jugak mereka di dapur. Azwan Ali? Hahahahaha.Tukang kecoh bolehlah.........






Kegemaran si dia


Punyalah suami dok promote biskut kat atas. Lea pulak buat tak paham.Tapi bila dah makan sekali, memang sedaplah......

Isnin, 18 Jun 2012

Isinya....






Nilah buah durian yang suami beli.Cantikkan isinya. Rasanya sudah semestinya secantik isinya. Suami bukak semua durian tu. Isinya penuh dalam dua tupperware besar. Letak dalam peti sejuk. Bekukan. Kalau nak makan baru keluarkan. Lemak berkrim....

Sudah tiba musimnya....

Sepanjang jalan dari Sungkai ke Tanjung Malim dah banyak dah orang jual durian.Suami singgah di salah sebuah kedai di tepi jalan. Harganya 3 biji 10 ringgit. Suami tanya pakcik yang jual tu, kalau di borong untuk semua durian tu , berapa dia nak bagi. Pakcik tu cakap RM25.  Murah sangat-sangat sebab ada dalam 16 biji. Buahnya? Memang sedap sebab lea dengan suami makan lebih kurang 3 biji dekat situ.Nanti lea tunjukkan buahnya ye.


Ahad, 17 Jun 2012

Dari pasar malam

Menu dari pasar malam hari ni ialah CHAR KUEH TEOW...Mantap..meletup.... Dihiasi dengan cili jeruk hijau yang rangup bila dimakan.Nampak seekor je kan udangnya..tapi kesemuanya ada 4 ekor yang besar besar punya...Hehehehe.Jemput makan semua.

Selasa, 12 Jun 2012

SOLEX

Lea sekarang berada di luar kawasan sebagai urusetia Kursus Induksi Umum. Semalam ada kerja kumpulan dan kumpulan yang terhasil ialah KUMPULAN SOLEX. Hahahaha. Lucu betul. SELAMAT TERJAMIN itulah mottonya. Macam-macam.

Copyright@2009-------->MonMontana