MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 31 Mei 2012

Cekodok

IKLAN SEKEJAP
(kalau berminat bolehlah klik gambar di bawah)



Cerita lama.Buat cekodok udang dengan cekodok ikan bilis. Banyakkan? Buat waktu malam lak.Lepas maghrib dok buat dua cekodok ni, Untuk apa ye??




Hari ni aku.......

IKLAN SEKEJAP
Anda berminat?



Hari ni bangun pagi kepala rasa berat sangat. Pening sangat rasanya.Nak berjalan pun rasa berbayang je. Suami bagi makan panadol dan suruh tido sekejap. Bangun dari tido ingat ok dah, tapi tak hilang juga peningnya. Jadinya suami bawa pergi klinik dapatlah MC satu hari dan dapatlah ubat ubat ni. Satu hal jugak nak makan ubat.Tak makan tak baik pulak nanti.


Rabu, 30 Mei 2012

Roti canai sedap...

Roti canai dekat PP Maju ni jugak yang kena dengan selera lea.Makan macam tu je sedap tanpa dengan kari dan dhalnya.Pekena dengan teh tarik takpun dengan teh ais.Pergh.....Meletup.....



S.E.J.U.K

Sejuk sangatlah dekat opis hari ni.Tak larat betul rasanya.Dah tu nak ke tandas je.Tu yang tak tahan tu.Dahlah perjalanan nak ke tandas tu rasa jauh benar.Nasib baik boleh kontrol lagi. Hahahaha. Dan sudah semestinya bila sejuk ni mata ni rasa nak tido je....Bahaya betul....Tapi kalau dapat tido syokkan? Tak sabar nak tunggu 4.30 petang.Nak balik.Boleh tido....Ooooppppsss.Nak kena masak dulu ni...Apa menu petang ni ye?Nak kena memikio lagi menu ni.....
Dekat sini pun sejuk jugak.

Seorang tukang jahit

Dah dekat nak raya rezeki seorang tukang jahit amat murah kan. Ni dekat kedai isteri kawan suami.Kak Su memang terima banyak tempahan.Lagipun dia pandai jahit pelbagai jenis baju. Yang seronoknya dengan Kak Su ni kalau nak cepat , cepatlah siapnya..............


Selasa, 29 Mei 2012

Puan Yan


Inilah adik kedua lea yang dok kerja di Kuala Terengganu.Datang hujung lepas ke rumah lea. Sangat suka .makan dan sangat kuat makan.tapi badan maintain slim.Berisi pun taklah berisi sangat.Cuma nampak tang pipi je yang ala-ala bulat gitu......

Ok tak?

Ok tak kami bertiga?Hehehehehe.Comel tak baby ni?Comel kan?Bila suami bawak dia semua orang dok pandang-pandang.Jauh sangat beza warna kulitnya.
. Pinjam sekejap.Hehehehe.Lagipun dia tak takut orang.Tersengeh-sengeh lagi adalah.Cute betullah syasya.

*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Nilah mak ayahnya.Maya dan zam.Ikut muka maya kan baby syasya ni...

Plat WWW 1 milik Sultan Johor

Sumber : Berita Harian
2012/05/29

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 dengan nilai RM520,000, harga tertinggi bagi siri nombor pendaftaran WWW.

Selain baginda, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berada dalam senarai lima pembida tertinggi selepas memenangi nombor pendaftaran WWW 5 dengan harga RM220,000. 
 
Keputusan bidaan nombor pendaftaran itu dimuat naik dalam laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semalam. Bidaan itu dibuka selama 15 hari bermula 30 April lalu hingga 14 Mei lalu. 
 
Tiga lagi pembida tertinggi adalah syarikat One Power International Sdn Bhd bagi nombor pendaftaran WWW 3 dengan harga RM360,000, Aspen Sunrise Sdn Bhd bagi WWW 9 (RM350,000) dan Lim Yan Hai bagi WWW 8 (RM280,500).

Nombor pendaftaran WWW 333 menerima bidaan terbanyak iaitu 84 dan dimenangi Titan Pristine Sdn Bhd dengan harga RM110,036.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Mohd Nadzri Osman, berkata keputusan bidaan berkenaan merangkumi 4,908 nombor dalam siri WWW yang dibida.

“Sementara itu, baki 5,091 akan menjadi nombor semasa apabila siri WWW dibuka untuk pendaftaran bermula 15 Jun ini,” katanya.
Khamis lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata nombor pendaftaran WWW 1 mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini, mengatasi rekod dicatatkan MCA 1 pada 2010 yang dijual pada harga RM300,100.

Sebanyak 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 diterima sepanjang tempoh bidaan dibuka dan kutipan hasil daripada pembida berjaya dianggarkan berjumlah RM11.3 juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan biasa untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.

Tak pernah pernah......

En.Sham bukannya peminat air sejuk dan air batu.Tapi bila dia dok order ABC aiskrim terkejut beruk lea.Rasanya beruk pun tak terkejut macam tu.Dua tiga kali jugak tanya.Betul ke ni?Dia cakap dia teringin nak makan.Memang dah bertahun dia tak makan benda-benda sejuk ni.

Bila tak habis dibaginya dekat lea.Tak nak lea.Dahlah tengah malam. Tak lalu nak makan ABC ni.Lastnya dia sendiri  dok habiskan ABC aiskrim ni. En.Sham...satu perkembangan yang positif atau sebaliknya?



Isnin, 28 Mei 2012

Lemau je rasa..........

Serba serbi tak kena dibuatnya hari ni. Mata mengantuk sangat-sangat ni.Semalam sampai rumah jam 12 lebih.Bangun jam 5 tak sampai 5 jam tido. Hari Sabtu pun sama dan Ahad pun sama. Ni semua pasal WORLD YOUTH JAZZ FESTIVAL sempena HIMPUNAN JUTAAN BELIA di Putrajaya.Lea dan suami memang suka ngan muzik jazz ni.Dah dari seluruh dunia yang ada jadinya balik tak balik je.Jadinya sampai habis konsert baru balik. Nasib baik jarak rumah ngan Putrajaya tak sampai dalam 10-15 minit je. Banyak kumpulan yang baru lea kenal dan ada yang dah lama lea tahu macam TILU dan The Solianors.

Kumpulan dari Indonesia.Yang Uniknya pemain gitar ni boleh main gitar berkembar dengan kedua belah tangannya.Best ... terbaiklah.

Antara kumpulan yang sudah ada nama.Suka dengan penyanyinya si MIRA yang cute tu.

Sangat unik persembahannya. Kumpulan dari Jerman.Hebat dan terbaiklah........

RTM Orkestra ni memang hebat. Tarbaiklah.Tak berkelip mata ni.Tangan dan kaki sama bergerak mengikut irama muzik mereka

The Solianors. Memang mantap. Lagu evergreen semua.Lagu tudung periuk, widuri, tanah pusaka dijazzkan dengan begiu cantik sekali.

Tricia Garcia dari Filipina. Suaranya...hebat.Walaupun bawa lagu dari bahasa Filipina tapi kita boleh layanlah.....

Roti bakar

Sesekali makan roti bakar dengan cheese sedap jugak kan.

Jumaat, 25 Mei 2012

Dapat dah.tapi........

Dah dapat pc baru.dari skrin kecik ke skrin besar.Dari yang lama ke yang baru.Luas sungguh permandangan.Tapi dari cakap unit berkenaan jika pegawai baru datang pc baru tu akan diambil semula untuk dibagi dekat pegawai berkenaan.Mungkin akan dapat pc yang lama yang susah nak dihidupkan.Kena godek godek dulu kabel di belakang baru boleh dihidupkan.Tapi semalam lea dah berputus asa dah nak godek godek sebab digodek godek pun tak hidup hidup jugak. Beginilah nasib badan kita yang bukan pegawai ni.Takpe yang penting kerja jalan.Lama ke baru ke sama jekan. Yang bezanya lambat dan cepat nak dihidupkan je. Saya yang menurut perintah demi bangsa dan negara.


Salam Jumaat semua..........

Salam Jumaat dan selamat pagi semua. Sejuk betul pagi ni kan. Yelah...sebab hujan kan? Rasa malas betul nak bangun bila dah berselimut pagi tadi.Bila mengenangkan kewajipan kita padaNya , automatik bangun dari katil. Tapi dalam kereta tadi dok menguap je kerjanya.Yelah tido jam 1 semalam.Ambik adik dekat LCCT jam 10 lebih.Dah tu bawak dia g makan.Balik dalam 12 lebih jugak. Aho aho buat tu ini jam 1 jugak tidonya. 

Hari ni harap taklah menguap sebab dekat opis lagi sejuk dengan aircondnya.Tak larat kalau dok menguap je.Nak landing takde tempat.Mau tersengguk sengguk dibuatnya.Harap taklah.Biar bertenaga hari ni. Boleh lea??? Yeeeee YAKIN BOLEH.....

dah berapa kali menguap ni????????

Rabu, 23 Mei 2012

Kalaulah isi borang macam ni.......


Kegemaran si dia....

Lea tak taulah kenapa En.Sham ni suka sangat makan sushi. Ni adalah borongan dia dekat Carrefour. Rm25 untuk sushi sahaja.Bayangkan satu RM 1.50. Beli banyak dapatlah dapatlah percuma 4-5 sushi.Ada lebih kurang 30 semuanya.Lea cuma makan 5 je.Yang lain-lain...Tanyalah En.Sham. Nasib baiklah saiznya kecik kecik je.Dia paling suka yang ada salmon. Tadi siap beli beras jepun nak buat sendiri.Katanya lah.Tapi yang tukang buat lealah. 



Selasa, 22 Mei 2012

Haus ni...............

Air epal asam boi untuk lea
dan
Air Tembikai untuk suami tercinta 

Beginilah Caranya....

Semalam tertengok di balik tabir filem Aku Ada Kau Ada??? Terpaut dengan lagu ni.Sedaplah pulak.........





Isnin, 21 Mei 2012

KetentuanNya lain-lain...........

Tadi semasa rehat waktu tengah hari lea berchat dengan seorang kawan yang telah lama lea jejaki. Bual punya bual dia pun bagi tahu yang dia bersendirian membesarkan 3 orang anak. Lea pun tanya kenapa? Dia bagi tahu yang dia telah berpisah dengan suaminya. Tanpa sedar air mata ini mengalir. Rupanya dah 2 tahun lebih dah perpisahan itu berlaku.

Sedih lea tau.Apa punya kawan kan lea ni. Langsung tak ambil tahu apa yang terjadi dekat kawan. Tapi silap dia juga sepi tanpa berita. Teringat 6 tahun lepas dia merayu-rayu untuk bertukar ke negeri asalnya sebab dia nak bersama keluarga. Ingat lagi lea dia turun naik JPA minta tukar.Tapi ini penghujungnya. Ingat lagi lea muka cerianya bila dia bagi tahu dia dah dapat tukar. Ingat lagi lea dia seronok sangat dapat tukar.

Tadi dia bagi tahu dia rasa sunyi sangat sekarang. Buat kawan lea tu, lea nak bagi tahu lea akan sentiasa bersama dia. Kalau dia rasa perlukan kawan untuk berbual lea sentiasa ada. Doa lea semoga dia cekal menghadapi cabaran hidup ini.Seorang ibu tunggal yang membesarkan tiga anak yang tengah membesar.

Setiap insan di dunia ini lain lain dugaan dan cabaran dariNya. Ini masa dia, masa kita, kita tak tau lagi.....

air mata semakin mengalir laju...............

Sabtu, 19 Mei 2012

Cerita pagi tadi...

Hari ni bangun awal pagi. Selepas menunaikan yang wajib, basuh kain dan buat sarapan pagi. Hari ni buat maggie goreng je. Tapi yang hairannya tengah dok menggoreng maggie , dok terbayang-bayang laksam. Adui rasa dimulut-mulut dah laksam tu. Jadinya bila suami dah siap mandi dok kelip-kelip mata depan suami. Dok manja-manja kucing dengan suami.Suami dah tengok semacam je. Hahahahaa.


Suami: Nak apa ni....?


Lea: Abang, leh tolong ayang tak?


Suami: Tolong apa?


Lea: Tolong belikan laksam. Teringin sangatlah...


Suami:Dah tau nak makan laksam naper goreng maggie?


Lea: Tadi tak rasa nak makan. Tengah goreng maggieboleh  terbayang lak laksam.


Suami:Macam-macam...


Lea: Janganlah marah. Boleh ye?


Suami: Yelah...Abang beli..Sapa tak sayang bini.....sanggup berkorban apa saja.


Hahahaa..Ayat terakhir tu buat lea tergelak. Ada je jawapannya.Itulah En.Sham. Tu yang kadang-kadang bila teringin tu pendamkan dulu.Tak nak susahkan dia sebenarnya.Dia kalau cakap tengah malam pun dia keluar mencari.Dah kalah orang mengidam dah...Adui....


Jumaat, 18 Mei 2012

Salam jumaat dan cerita malam tadi

Assalammualaikum semua. Selamat pagi. Apa kabar hari ni? Lea sihat je dan semakin sihat.Dah sarapan?Lea makan roti bakar style hainan punya. Siap ada chesese lagi tu. Mana tak semakin sihat. Hari ni pergi kerja dengan bersemangat sekali.Ada misi yang perlu dilaksanakan. Misi apa tu? Nantilah lea ceritakan. Malam tadi walaupun mengantuk jam 11 lebih jugak tido. Sedar-sedar pagi tadi suami ada dekat sebelah.Tak bagi tahu pun nak balik semalam.Entah jam berapa ntah dia sampai. Terkejut jugak pagi tadi. Yelah...mula-mula tido sorang dah tu bangun pagi pulak ada geng dekat sebelah. Gosok mata jugaklah 2-3 kali.Takut cuma mimpi semata-mata. Auw....takut mak nyah....Ok.7 minit lagi nak 7.30 pagi. Kena mula bertugas sebab lea masuk jam 7.30 pagi. Kena jalankan amanah bangsa dan negara sebaik mungkin.Gaji dah naik ma......

Gambar 6 tahun lepas.Sekadar gambar hiasan.Tapi bila tengok rasa syahdu je. 6 tahun.macam-macam dugaan dah dilalui.Moga kekal untuk selamanya.

Khamis, 17 Mei 2012

Apa nak jadi ni.......

Tadi on the way balik kerumah dah plan nak buat nasi goreng kampung. Tapi bila sampai kerumah, sapu dua keping roti ngan kaya dan butter, set jam pukul 5.45 baring dan terus terlena.Kelam kabut bangun sebab tak sembahyang asar lagi.Lepas mandi dan solat asar baring lagi dan terlena lagi . Tersedar bila dengar sayup-sayup azan daari surau. Bangun dan menunaikan solat maghrib. Lepas tu duduk sekejap dan baring lagi hingga terlena lagi..Bangun bila dengar azan isyak.Bangun lagi dan menunaikan solat isyak.Berapa banyak tido dan bangun da.....Tapi itulah yang terjadi dekat lea hari ni. Serba tak kena dibuatnya.Mata ni nak tido je. Lastnya...perut dah berbunyi. Nak masak apa? Nak goreng  nasi? Kena masak nasi dulu.Adui...malas je rasanya.Lastnya benda yang senang yang cepat sudah semestinya MAGGIE.Memang tak elok makan maggie ni.Tapi nak buat macam mana.Nak masak benda lain MALAS.Nak keluar beli makan MALAS. Macam mana nak hilang penyakit MALAS ni?Nasib baik suami outstation hari ni.....Kalau tak mau kena marah sebab makan maggie.


Semuanya tak nak....

Jalan-jalan dengan suami di Petang Ahad. Pusing-pusing katanya.Dialog  di dalam kereta.

Suami : Jom kita ke Putrajaya..

Lea:Tak nak.Bosan.Putrajaya...Putrajaya...Dahlah kerja kat Putrajaya. Dah tu Alamanda n Warisan je......

Suami:Jom kita ke Shah Alam.

Lea:Tak nak.Jemu dah.Setahun lebih berulang ke Shah Alam je,

Suami:Jom kita ke KL.

Lea:Tak nak.Semalam dah pergi.Jam pulak tu

Suami:Jadinya nak ke mana kita?

Lea:Tak tau.Ikut abang jelah.

Lastnya dia bawak lea pergi ke Dengkil.Masuk dekat KFC.Hahahaha.nak tergelak.Jauh Memusing.Dah nak masuk ke Putrajaya dah pun.......Makan KFC jelah kita.....


Menerangkan yang gelap...

Ke Jalan Pasar lagi kita. Kalau ke Jalan Pasar nilah antara penjual yang suami cari. Penjual lampu suluh yang pelbagai saiz, jenis dan rupa. Lea pun dok tengok satu-satu lampu suluh ni. Ada pelbagai jenis rupanya.
Jadinya suami tak beli pun cuma kawannya beli sepesen dengan suami punya. Bila malam memang jelas dan terang lampu suluh tu.



Rabu, 16 Mei 2012

Suka gambar ni........

Suka lea nengok gambar Masz dengan Amir ni.

Jangan lari.....

 Gambar telah menceritakan segalanya

16 Mei setiap tahun.......

Assalammualaikum dan selamat pagi semua.
Cantik sungguh cuaca hari ini.Hari ni suami hantar lea awal pergi kerja.Sebab nak tahu tempat parking dekat opis baru ni. Semalam dah dapat paskad dan sticker kereta.Taklah berjalan jauh lepas ni sebab sekarang boleh parking dekat dengan opis ni je.

16 MEI adalah hari untuk kita meraikan para guru .Jasa guru tiada tolok bandingnya.Lea dulu pun pernah bercita-cita untuk menjadi seorang guru.Tapi apakan daya..bukan rezekiku disitu.

Buat guru semua yang pernah mendidik lea.Selamat Hari Guru lea ucapkan.Terima Kasih kerana mendidik lea selama 12 tahun lea di alam persekolahan. Jasamu tiada ternilai.Terima kasih semuanya............

Selasa, 15 Mei 2012

Keindahan di waktu pagi

Cantikkan? 
Ni gambar minggu lepas.
Minggu ni dok tunggu gak .
Takde pulak. 
Suka tengok langit merahnya.
Kuasa Allah siapa yang tahu kan.


Isnin, 14 Mei 2012

Kambing cucuk-cucuk

Sabtu lepas jalan-jalan dekat Pasar Malam Jalan T.A.R. Kalau 3-4 bulan lepas ramai peniaga yang menjual kentang yang berpusing-pusing tu.Tapi kali ni ramai yang jual ayam, daging dan kambing bakar. Ala...yang cucuk-cucuk tu.Nak menyebutnya tak retilah lea. Mereka cucuk sekali dengan lobak dan kentang. Sepanjang jalan tu baunya....aduyai......membuatkan lea terin ginje.Lastnya belilah satu. Lea beli kambing. RM6 satu cucuk.Kalau ayam dan daging RM 5. Rasanya? Oklah.....rasa lada hitam je.....Jangan tak merasa.......


Ahad, 13 Mei 2012

Seindah Sakura


Sekarang lea dok layan cerita ni.Best jugak...Tapi sampai la ni Fahrin Ahmad lom kuar-kuar lagi......
Sinopsis
Drama bersiri 24 episod terbitan Temenggong Pictures, bakal membuka tirainya pada 7 Mei 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam. Drama yang diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah yang berbakat besar iaitu Zul Huzaimy dan skrip yang ditulis oleh Wan Mahani menampilkan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Fasha Sandha, FahriSn Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah dan ramai lagi.

Seindah Sakura membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ranjau berduri. Kegagalan dan kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira. Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus hilang tanpa khabar berita.

Roda terus berputar dan tanpa disedari Shakira kini sudahpun menjangkau usia remaja dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan baju yang bertampal sana sini, kasut yang koyak rabak, rambut tidak terurus dengan penampilan yang selekeh, Shakira sering kali diejek oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kehadiran Airil, seorang cikgu baru yang tampan dan cukup berdedikasi demi mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berguna.

Sikap Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas telah mendapat perhatian Airil. Tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shakira agar gadis itu sedar atas kesilapannya, namun Shakira langsung tidak mengendahkan teguran Airil kerana baginya orang seperti Airil tidak akan memahami situasi orang miskin sepertinya. Ini membuatkan guru baru itu bertambah geram dengan Shakira dan sering mencari kesalahan Shakira. Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil sendiri pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira yang telah dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Saat itu, perasaan bersalah bertalu-talu menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman Shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.

Datuk Malik, bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha yang kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shakira. Datuk Malik melayan Shakira seperti anaknya sendiri dan Shakira pula bersyukur dengan perhatian dan bantuan yang diberikan Datuk Malik. Shakira tidak pernah menunjukkan perasaan sukanya pada Airil tetapi dia sering dilihat seperti tertunggu dengan kedatangan cikgu yang ternyata berbeza dengan tanggapan pertamanya dulu. Sekarang Shakira dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.

Baru beberapa hari dia mengecapi saat gembira bersama neneknya, Rosnah muncul di rumah mereka dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya serta tak bermaya. Shakira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan tetapi neneknya seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana merasakan Rosnah akan membebankan Shakira. Telahan nenek Kiah ternyata tepat. Keadaan Rosnah mengakibatkan Shakira kelam kabut untuk menjaga nenek dan ibunya. Apabila nak ke sekolah saja, Rosnah akan memanggil meminta pertolongan untuk membuang air. Malah ada juga beberapa kali Shakira tak sempat memapah Rosnah ke bilik air, dan najisnya tercicir di lantai. Shakira pada mulanya agak tertekan dengan situasi baru yang melanda dirinya tetapi nasihat Airil sentiasa menyejukkannya.

Orang kampung begitu membenci dengan kepulangan Rosnah yang membawa penyakit AIDS. Malah Shakira dan nenek Kiah juga terkena tempias menjadi mangsa kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh penduduk kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau meninggal dunia. Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shakira dan neneknya untuk berpindah di rumahnya. Jika sebelum ini Airil jarang ke rumah Datuk Malik tetapi kini dia sering balik setiap hujung minggu untuk menemui Shakira. Airil makin terpikat dengan sifat Shakira yang sopan, sabar, selamba. Akan tetapi Airil berasa terperangkap dengan janjinya bersama arwah isteri Datuk Malik untuk berkahwin dengan anak mereka iaitu Anida.

Sejak kehadiran Shakira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang paling tidak menyukainya kerana beranggapan Shakira gadis miskin dan kotor yang telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya. Shakira selalu dikutuk dan dihina oleh Anida. Tiap kali Anida nampak Airil mesra dan bergurau senda dengan Shakira, setiap kali itu jugalah Anida akan membalas semula dengan perbuatan yang menyakitkan Shakira. Anida memainkan peranannya untuk mempengaruhi Airil tentang keburukan Shakira yang diciptanya sendiri. Suatu hari Ainida telah memfitnah Shakira dengan memerangkap Shakira di dalam bilik Airil. Airil yang terkejut melihat Shakira yang hanya memakai sehelai tuala terus percaya dengan fitnah Anida yang Shakira adalah gadis tak bermoral kerana sanggup menggodanya. Kejadian itu telah menyebabkan Airil menghantar Shakira ke rumah perlindungan gadis, Rumah Bakti Kasih tanpa berbincang dengan Datuk Malik yang ketika itu berada di luar daerah. Airil yang kecewa dengan apa telah terjadi, dengan hati yang berat dia telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Datuk Malik membawa Shakira pulang ke rumah. Shakira berasa hairan melihat Datuk Malik yang seperti resah dan punya masalah. Apabila ditanya, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut dan tak menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas rupanya punya niat lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi seterusnya? Adakah Shakira akan memperjudikan nasibnya dengan berkahwin bersama Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya itu? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Antara Airil dan Datuk Malik, siapakah menjadi pilihan Shakira? Siapakah pula Putera Haziq dalam hidup Shakira? Apakah tindakan jahat yang akan dilakukan oleh Anida untuk menyekat Shakira mengecapi kebahagian? Mampukah Shakira menikmati kebahagian tanpa pengorbanan?

Saya sayang dia............

Mak..Ibu..Mama..Umi..ada seorang yang banyak berkorban untuk keluarga, suami ataupun anak-anaknya.
9 bulan membawa kita bersama ...........
Bertarung nyawa melahirkan kita...........
Bersusah payah membesarkan kita.......
Tanpa jemu mendidilk kita........
Alhamdulillah..apa yang ada sekarang bermulanya dari marahnya dia pada kita, dari bebelannya pada kita.
Mungkin pada masa itu kita pun rasa sakit hati dengan semua itu.
tetapi sekarang bila difikirkan semula, dengan itulah apa yang terjadi sekarang.
Lea sayang mak lea.
Terima kasih kerana melahirkan lea, membesarkan lea, mendidik lea dan berkorban segalanya untuk lea.
Terima kasih mak......... 

Jumaat, 11 Mei 2012

Makan malam diwaktu petang

Kadang-kadang tak sempat dah nak memasak bila balik kerja.Jadinya semalam makan dekat kedai jelah nampaknya.Lagipun semalam terasa teringin na nak makan SOMTAM. Dimulut-mulut. Memang terbaiklah somtam dekat di MUARA 99 ni. Semalam order ayam goreng kunyit, daging masak merah, ikan masing goreng dan semestinya somtam...

Somtam idaman hatiku.............