MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 30 April 2012

Hasil borongan...


Tak banyak pun beli buku di Pesta Buku di PWTC hari tu.
 Borong tu...mau berguni ye tak? 
Cuma beli 6 buah buku. 
Dan mendapat potongan harga yang sangat best.

Sabtu, 28 April 2012

Pergi KL jugak hari ni....

Hari ni pagi-pagi dah pergi KL. Bukan nak pergi BERSIH 3.0 ye. Lea dan suami pergi Pesta Buku di PWTC. Punyalah ramai orang yang datang. Berlanggar punggung jelah. Dengan panasnya lagi, melekit-lekit rasa badan walaupun dekat PWTC tu ada aircond. Banyak booth dari penerbit-penerbit buku dan majalah yang dibuka. Yang semestinya lea terjah ialah KARANGKRAF dan PTS ISLAMIKA . Memang target nak ke situ je.Nasib baik jumpa. Dan satu lagi KAKI NOVEL.Dah nak balik baru terjumpa booth KAKI NOVEL ni. Dah rasa malas nak singgah. Dah penat sebenarnya...Tapi rasanya nak terjah lagilah.....

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk datang, boleh pergi sebab pesta buku yang bertemakan "BUKU.DUNIA TANPA SEMPADAN" ini bermula pada 27 April 2012 dan berakhir pada 6 Mei 2012 dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

Nak tau lea beli buku apa? Nantilah lea tayangkan..




Hmmmmm......

Nak menjiwang sikit boleh tak?


Naper tu....


Naperlah sampai bercekak pinggang tu ye?

Sebenarnya tak elok bercekak pinggang ni. Tapi kadang-kadang bila rasa marah, geram secara automatik tangan akan ke pinggang. Betul tak....Tapi tak lama pun...sekejap je.......

Selamat Pengantin Baru


Cantik memang cantik, tapi......................

Muda belia.....

Gambar ni diambil semasa SURE HEBOH di Kuching pada 2004. Time ni baru je kenal-kenal dengan En.Sham. Hahahaha. Tapi bergambar dengan orang lain dulu ye......Time ni umur lea 23 tahun.Sekarang dah 31. 8 tahun dah berlalu gambar ni.....

Jumaat, 27 April 2012

Maaf jika aku tak sempurna...

Koleksi novel terbaru lea..947 mukasurat.Dah 2 minggu dah tapi tak habis juga membacanya.Selalu kalau beli hari ni malam nanti dah habis membacanya. Tak taulah kenapa kali ni lambat pulak nak menghabiskan novel ni.

Sinopsis
Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. 

Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan 
sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah 
menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. 
Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri 
telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya 
mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari 
pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara 
mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang 
antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan 
bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri 
menghembuskan nafas yang terakhir, 
beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman,Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa 

Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam 
satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. 
Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa 
cinta di hati, namun Luqman tetap menerima 
Melina seadanya sebagai seorang isteri. 
Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini 
menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada 
rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. 
Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang 
menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu 
dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. 
Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? 
Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

Untuk anak ke kak?

Lea memang suka minum vitagen ni.Sampai beli 3 - 4 sekali sebab suami pun sama suka minum benda ni. Sampaikan cashier dekat supermarket dekat tempat lea beli ni tanya...

"Untuk anak ke kak banyak-banyak ni?"
Lea jawab...
"A'ah dik"

Ok ke tak jawapan tu?

Salam Jumaat...


Khamis, 26 April 2012

Senja sangat indah...

Saat indah yang sempat dirakam semasa dalam perjalanan balik dari Putrajaya petang tadi.Cantik kan? Rasa tak puas mata memandang. Kuasa Allah...tiada siapa yang dapat menandinginya. Subhanallah...............



Sesekali ku rasa teringin...........

Sesekali bila teringin nak makan maggie.Beli je maggie cup ni.Asal leh rasa sikit hilanglah rasa teringin tu.Hahahaha.Macam orang mengandung pulak ni dah.

E.N.D


Sekejap je pun...


Rabu, 25 April 2012

Ku sebagai orang goment

Kakitangan kerajaan syoklah hari ni.Sebab dapat gaji kenaikan 13% dan tunggakan dari Januari 2012. Lea pun sama jugak. Senyum sampai ke telinga hari ni. Boleh bagi mak lebih sikit bulan ni. Alhamdulillah rezeki. 

Tak pernah terpikir pun akan dapat gaji sebanyak ini dengan kelulusan yang ada.Yelah..lea hanya pemegang sijil SPM. Mungkin sudah rezeki lea.Selepas Keputusan SPM 1998 diumumkan pada Mac 1999 langsung takde niat nak sambung belajar. Anak sulung...macam-macam nak pikir. Takpelah.Bagi peluang dekat adik-adik jelah.Cuma lea masuk kelas komputer dulu selama 3 bulan. Lepas tu kerja dekat kedai makan. Bulan Julai 1999 lea isi borang SPA 8. Sekarang mana ada kan borang tu lagi. Bulan Oktober 1999 lea dapat panggilan temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar untuk jawatan Pembantu Tadbir (P/O) N17. Bulan November dapat surat tawaran kerja dan kena melaporkan diri pada 6 Disember 1999.6 Disember 1999 bermulalah lea sebagai kakitangan kerajaan dengan gaji basic 583.00 sahaja.Campur elaun dapatlah 800.00 lebih.Tolak kwsp dapatlah 730.00.Dengan 730.00 tulah bagi mak 300.00.Simpan 200.00.Belanja 200.00 lebih je. Yelah duduk dengan mak apa nak pikir sangat kan.Tapi sebulan lepas tu kerajaan umumkan kenaikan 10%.Alhamdulillah.

7 tahun lea di jabatan yang sama sehinggalah pada MAC 2006 lea mendirikan rumah tangga dengan En.Sham. Nak tak nak kena memohon pertukaran di semenanjung dan Putrajaya menjadi pilihan. 1  Ogos 2006 lea melapor diri di jabatan baru. Suasana baru, kerja baru, kawan-kawan baru.Semuanya macam tak kena je rasanya.Yelah baru. Tapi 4 tahun jugaklah dekat jabatan kedua. Pada masa itu lea mendapat berita gembira.PTK lulus Aras 4 dan mendapat anjakan gaji.Alhamdulillah.Syukur.Rezeki.....

Pada Jun 2010 diwarkan pasal permohonan untuk menjadi Pembantu Tadbir Kanan N22. Bos suruh mencuba untuk isi borang.Mana tau rezeki kan. Lea pun isi dan alhamdulillah.Pada September 2010 dapat tawaran untuk menjadi CC dan kena melaporkan diri pada 11 Oktober 2010.Jabatan ke3 lea lah ni.Alhamdulillah.Tapi rasa sayang nak meninggalkan jabatan kedua.Yelah...dah serasi, kawan-kawan ramai, tapi nak buat macam mana, rezeki kan.

Dekat jabatan baru ni hampir setahun 5 bulan dan insyaallah akan ke jabatan yang keempat selepas ni.Sebab dah memohon bertukar dari Shah Alam ke Putrajaya balik.......Tak lama lagi dah rasanya tu...Tunggu................

Kali pertama dalam hidupku.....

Isnin 23 April 2012 akan menjadi satu sejarah dalam hidup lea sebab pertama kali naik towink. Pagi tu kena pergi Kuala Selangor sebab ada kursus baru mula. Nak tengoklah sebab lea adalah ketua urusetia yang tak berapa nak setia. Dah nak balik tu kereta opis memang tak boleh hidup dah. Call bengkel berdekatan , dia cakap bateri dah kong...Jadi dia jump baliklah.

Balik tu guna lebuhraya GUTHRIE. Betul-betul dah habis highway tu boleh mati lagi.Adui...dahlah panas terik ni. Lastnya zul, pemandu yang bertugas call bengkel yang selalu berurusan dengan opis kami. Dia cakap nak hantar towink dan bawa terus kereta ke bengkel dia. 

Towink pun sampai. Lea ngan ida naik towink dan zul di dalam kereta yang ditowinkkan. Rasa tinggi semacam je. Kalau naik bas kita dok belakangkan.Ni dok depan.Dengan lagu kelingnya...Adui...sabar jelah. Jadinya dalam sejarah hari tu lea sampai rumah jam 7.30 malam.Lewat betul dah rasanya.Dengan bau massam di badan.Nasib baik suami dekat Johor.Kalau tak kena kutuk bau massam. Yeyey..nak cerita ni...suami i balik hari ni...auw.......

Menung apa tu?Kereta rosak bang?

Kerosakan kereta kami dah mebuatkan jalan jam seketika

Nilah towinknya yang kami naik

Tinggi benar rasanya......

Diet....kita boleh ikut ke diet ni?


Selasa, 24 April 2012

Bakar...bakar.......dan bakar

Cerita ahad lepas jugak tapi disebelah malam. Suami n the gang dok collect2 duit dan buat bakar-bakar ikan dan ayam. Kami orang perempuan memang tak masuk campur pun. Merekalah yang dokgi pasar borong selangor ,shopping barang, siang , basuh dan perap semua mereka yang buat. Kami yang perempuan memang jadi mem besar hari tu. Bawak perut dan mulut je pergi. Sedap sangat bila ikan dicicah dengan air asam yang sangat-sangat pedas tapi sedap sampaikan berhingus lea dok makan. Memang powerlah air asam en.fendi buat. Semua dok komplen pedas tapi habis jugak air asam tu.

Memang tak boleh dipisahkan En.Sham dengan BBQ ni....

Yang baju hijau nilah En.Fendie yang buat air asam yang super pedas tapi sedap.....

Anak dua' fendie ' yang mulutnya tak reti diam.Ada je celotehnya dengan acik mona.

Taman Seri Empangan

Ahad lepas dapat jemputan kenduri kahwin anak kawan yang di bertugas di Sarawak dulu. Majlisnya dibuat di Taman Seri Empangan Presint 5 Putrajaya. Lea kali pertama masuk kesitu. Memang cantik tempatnya. Duduk menghadap view tasik, jambatan bengkok dan bangunan tertinggi di Putrajaya. Segar betul rasa ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Menunya pulak ada nasi minyak dan nasi putih. Yang paling best ada masak lemak tu.....



Bila berfacebook......


Isnin, 23 April 2012

Kesian mereka.....

Add caption

Kena potostat untuk peserta kursus.Sampai duduk - duduk.Ni dekat pejabat di Kuala Selangor.Kena potostat sendiri.Kena bawa kertas sendiri dari opis di Shah Alam.Bila macam ni teringat kerja lama di INTAN SARAWAK.Rindu...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Di zaman muda mereka

Boleh teka siapa ni......

Handsome kan Tun M. Kat sini....

Ahad, 22 April 2012

Bil terakhir

KAIN KAPAN *****RM300
MANDI *****RM300
GALI KUBUR *****RM300
VAN JENAZAH *****RM200
PAPAN LIANG *****RM150
TALKIN *****RM50
KAPAS *****RM21
KAPUR BARU *****RM5
CENDANA *****RM2
AIR MAWAR *****RM2
KESELURUHAN *****RM1330

MARI KITA SAMA-SAMA HITUNG BIL TERAKHIR KITA
SUDAHKAH KITA BERSEDIA???

Sabtu, 21 April 2012

Di dalam kubur.............


Bila En.Sham ke dapur....

Hari ni En.Sham tolong lea dekat dapur sebab lea fail part siang udang yang besar-besar ni.Jadinya dia yang menolong lea untuk menyiang udang dan terus memasak udang tersebut. Dimasaknya udang masak merah. Sedap jugak En.Sham masak udang ni. Kalau macam ni boleh selalu masuk dapur ye bang.Tolong ayang masak ye bang.....


Ciri-ciri suami pilihan

 Bagi lea alhamdulillah, suami lea adalah yang terbaik untuk lea. Apa yang lea nak pada seorang lelaki yang menjadi suami lea ada pada En.Sham...Alhamdulillah. Anda pulak macam mana?


Pengakuan seorang wanita

Sekadar untuk berkongsi . Dapat dari emel. 


Jumaat, 20 April 2012

Hobi baru En.Sham...

Dulu suami dok ngumpul koleksi kapal terbang perang AIR COMBAT. Selepas semua koleksi dah dapat dikumpul , sekarang dia dok mengumpul COMBAT TANKS COLLECTION. Menurut yang tukang jualnya, koleksi kereta kebal ni ada 100 buah. Mau dua tahun jugak baru dapat mengumpul kesemuanya. Dok memikir mana lagi dia nak meletak koleksinya ni.......... ada sapa-sapa berminat dengan koleksi ni?


Nak tukar.........

Alhamdulillah.Setelah dua bulan menunggu akhirnya permohonan pertukaran lea sudah disokong dengan pengganti serentak. Sekarang tengah menunggu jelah keputusannya.Harap ada berita gembira untuk lea sebelum Jun ni.Insyaallah.


Khamis, 19 April 2012

Bil astro bulan ni....

Punyalah melanggan di ASTRO FIRST sampai 4 filem. Kenalah membayar lebih RM60 untuk bulan ni....Huhuhu.....Tapi dari 4 filem ni Adnan Sempit 2 je best. 7 Petala Cinta oklah...... Dekat Astro First filem yang banyak kali lea langgan ialah HAFALAN SOLAT DELISA.Best...Ulang banyak kali pun tak jemu nak nengok.......


Boleh baca tak?

Ni dapat dari emel. Korang boleh baca ke tak?


Rabu, 18 April 2012

MC 2 hari

Dah dua hari ni kena sakit mata.Mata membengkak, merah, gatal dan berair. Seksa betul rasanya. Bellum lagi bertaik mata tu. Memang jadi kabur penglihatan dibuatnya.Alhamdulillah.Hari ni ni dah rasa ok sikit. Harap esok semuanya ok. Kerja tengah banyak ni....Huhuhuu.


Jom kita minum milo


Selasa, 17 April 2012

Duduk kedai makan burger....

Semalam selepas suami balik dari surau selepas isyak suami ajak keluar minum. Sebenarnya malas dah nak keluar tapi keluar jugaklah. Nak order nasik malaslah...Lastnya order burger je. Burger awe ni memang sedap.Lea order Chicken Cheese Burger. Taknak black pepper sos.Tapi sayur lebih.....Terbaiklah....Sedap.....



Isnin, 16 April 2012

Kecil-kecil cili padi.....

Banyak-banyak team futsal yang menyertai karnival Futsal dekat KL ni, lea tertarikh dengan group yang pakai baju milo dekat bawah ni. Pasukan bawah 12 tahun. Tapi time ambik gambar ni mereka kalah. Walaupun kecil mereka ada skill tau. Untuk perlawanan kedua mereka main dengan satu team ni yang ketinggian dan saiz badan lawan mereka 3 kali ganda dari saiz mereka ni. Tapi mereka boleh menang 3-0. Lea seronok mereka main dan tanpa sedar menjerit jugak bila sokong mereka ni. 


Dulu, kini, selamanya.....

Dari dulu, kini memang laksa adalah makanan kegemaran lea. Sangat suka makan laksa ni. Laksa ni suami beli dekai kedai kawannya bila isterinya dok teringin...teringin nak makan laksa. Balik kerja tengok ada sebungkus laksa di atas meja. Terima kasih bang.......Dapat jugak makan laksa ni. Rasanya? Memang terbaik dari ladang.




Cari apa tu bang?

Sekarang tengah sibuk berfutsal.
Sampai tapak kasut pun dah tercabut. 
Nak beli barulah tu.......
Pilih punya pilih tapi sampai keluar kedai satu apa pun tak beli. 
Nantilah...takde yang berkenanlah.....
Sukahatilah bang. 


Ahad, 15 April 2012

Jambu Batu

Boleh teringin pulak bila melihat jambu batu yang dijual di kawasan rumah. Sepotong 50 sen. Bila dua jadilah seringgit. Sedap jambunya.Rangup je...........

Tengok air jambu pula, telan air liur. Nampak macam sedap je....Jadinya beli jugak. Spesel RM 1.30 SEN. Tapi tak boleh diamal selalu. Batuk dibuatnya......



Bukan rezeki untuk kali ni............

Semalam berkampung di SPORTS PLANET AMPANG untuk KARNIVAL FUTSAL MILO MILO  BAWAH 12 DAN 16 TAHUN. Ruvena menghantar pasukan bawah 12 tahun iaitu RUVENA JUNIOR.  Pada mulanya perlawanan diadakan secara liga . Keputusan perlawanan bagi RUVENA JUNIOR adalah seperti berikut

RUVENA JUNIOR (2) -   SEMUT MERAH FC (2)

RUVENA JUNIOR (0) -  SIMPLE BOY FC (2)

Kena menunggu perlawan antara SEMUT MERAH FC dan SIMPLE BOY  FC untuk menentukan samaada RUVENA JUNIOR boleh masuk ke pusingan kedua. Dan keputusan yang kita lihat, yang kita bersorak apabila menyokong SIMPLE BOY FC ialah 

SIMPLE BOY FC (3) - SEMUT MERAH FC (0)

TETAPI

Keputusan pengadil ialah

SIMPLE BOY FC (2) - SEMUT MERAH FC (1)

Jadinya tak dapatlah RUVENA JUNIOR nak masuk ke pusingan kedua. Keputusan pengadil adalah muktamad. Mana tak semuanya terpinga-pinga bila keputusan diumumkan. Takpelah. Bukan rezeki kali ni. Tapi nampak benar muka kecewa pada anak-anak Ruvena.Yelah.....mereka betul-betul memberi sokongan pada SIMPLE BOY FC  supaya mereka boleh masuk ke pusingan kedua. Takpe ye dik...ada 13 tempat lagi kita boleh pergi. Acik Sham ngan Acik Mona sedia membawa anda kesemua tempat tu......

Jadinya semalam berkampung di SPORTS PLANET AMPANG bermula dari jam 7.30 pagi sampai ke jam 4 petang.