MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 31 Mac 2012

Bila kak mon naik bas


Hari selasa lepas naik bas ke Kuala Terengganu sebab kursus dekat sana sampai 30hb. Sudah berapa lama dah tak naik bas untuk perjalanan yang jauh. Dulu jauh-jauh pun dari Kuching ke kampung di Lundu. Dulu jalan tak elok.Sampai ke Lundu ambik masa 3 jam. Tapi kali perjalanannya lagi jauh....

Lea bertolak dari Putrajaya Sentral jam 10 malam. Sampai  jam 5.30 pagi. Berapa jam tu.Adui...Macam-macam yang berlaku.Ingat boleh tido, tapi tak boleh. Dengan air aircondnya turun mencurah-curah. Dengan lelaki dekat sebelah tido tersengguk-sengguk. Tak pasal-pasal landing kat bahu lea. Pengalaman betul. Jadinya bila check in dekat tempat kursus, ambik...tido jelah.Nasib baik pendaftaran kursus malam.

Baliknya, suami beli tiket flight untuk lea. Alhamdulillah.Dapatlah untuk perjalanan sehala RM140 ke Kuala Lumpur dan mengambil masa 55 minit. Ingat balik ikut jalan darat juga tapi dia dah dia belikan tiket flight..alhamdulillah.

Selasa, 27 Mac 2012

Segalanya tentang Nabi kita

Dapat dari emel. 


Sabtu, 24 Mac 2012

Kenapa masam je muka tu mak?

Inilah ibu mertuaku.Dok dekat Teluk Intan.Sesekali datang KL dok dengan anak-anaknya.Samaada dekat rumah abang ipar ataupun rumah kami. Disuruh posing lebar senyumannya...... 
Awat masam dan berkerut je muka tu mak.Rupanya suami dok suruh dia makan sushi. Suami cakap sedap.Tapi mak mertua lea cakap tak sedap. Hahahaha.Kecoh dua beranak ni dekat Carrefour. 
Mak mertua boleh cakap apa tau....

Ni ko cakap sedap sham. 
Eeeee rasa apa ntah. 
Dahlah ikannya tak dimasak. 
Lalu ko nak makan sham. 
Mak tak lalu....eeeee.Tak sedap langsung. 

Suami adalah peminat sushi.Lebih-lebih lagi yang ada ikan salmon.
Hari tu siap beli beras jepun tu.Ikan salmon memang selalu beli.Rasanya tak lama lagi akan dibelinya set untuk membuat sushi.Lealah nanti yang tukang buat tu....... 


Tua dah dia....hahahaha

Alhamdulillah.Hari ni birthday en.darling yang ke 31. Tua dah dia walaupun pada hakikatnya lea tua 4 hari dari dia. Kami lahir pada bulan dan tahun yang sama. Bulan Mac tahun 1981. Lea lahir 20hb suami lak 24hb. Kahwin 11hb. Semua peristiwa penting dalam hidup kami pada bulan Mac  ( berapa kali nak ulang da......)

Pada En.Sham tiada apa yang diharapkan.Cuma ayang doakan semoga abang sentiasa sihat, dimurahkan rezeki selalu (lea pun dapat bahagian gak), panjang umur dan maintain kurus (bininya jugak tak kurus hahaha)

Selasa, 20 Mac 2012

Happy Birthday to me

Alhamdulillah. 
20 Mac 2012. 
Lea dah berumur 31 tahun dah. 
Tua benar dah rasanya. 
Takde apa yang lea minta. 
Cuma kesihatan yang baik, rezeki dimurahkan olehNya dan lea bahagia bersama suami, keluarga, saudara-mara dan teman-teman lea. 

Sabtu, 17 Mac 2012

Bila teringin nak makan ...

Bila teringin sangat nak makan pulut kuning, lea beli saja kat pasar malam.Tak kira pasar malam rabu, jumaat ataupun ahad.Mesti akak yang jual tu ada. Pulut kuning memang fav.lea dari dulu lagi.Kadang-kadang tu makan dengan ayam goreng pun sedap. Dengan akak tu kadang-kadang lea beli ayam goreng dan kadang-kadang rendang ayam. Pulutnya sedap. Bukan tak nak buat tapi buat tak sesedap akak ni buat.Dan lagi satu kalau buat, sebab lea sorang yang makan , mcm tak berbaloi nak buat. Buat pun kalau tak sedap tak syok rasanya nak bagi jiran-jiran. Baik beli je kan. Pulut kuning campur lauk RM4.00.Bolehlah kan berbanding dengan proses dan membuat pulut kuning ni. Tapi satu bila dah makan ni angin datanglah.Tulah pasalnya pulut kuning ni tak boleh nak makan selalu.


Jumaat, 16 Mac 2012

Red Chicken Wing

Bila ke pasar malam jumaat ini adalah benda yang lea dan suami cari. Kepak ayam merah. Sedap kepak ayam yang abang ni bakar.Satu kepak RM 1.40 dan setiap minggu kena menunggu untuk membeli kepak ayam ni sebab ramai benar orang yang membeli kepak ayam ni. Selain dari kepak ayam ada tongkeng ayam yang dijualnya. Korang makan tak tongkeng ayam? Sebab ramai rasanya tak makan tongkeng ayam sebab geli katanya.


Khamis, 15 Mac 2012

Di past..past.... sakit hati dibuatnya....

Lea sebagai kakitangan kerajaan yang kerja dengan kerajaan pun susah nak menghubungi salah sebuah jabatan kerajaan ni. Sakit hati betul. Dahlah telefon 5-6 kali asyik bila disambungkan terus putus. Dah dapat cakap pegawai berkenaan boleh sambung ke lain tanpa cakap apa-apa pun. Lastnya bila lea cakap dengan salah seorang pegawai ni, lea cakap, saya dah letih dah puan call ofis ni. Saya disambung ke sana-sini tanpa saya mendapat jawapan yang sepatutnya saya dapat. Akhirnya dia yang layan lea ditelefon dan memberitahu akan menelefon kemudian.Dan tak sampai pun 10 minit dia telah menelefon semua dan memberitahu tahu jawapan yang lea nak. Kan senang kalau macam tu. Ni tak, terus past line phone ke sana sini. 

Apalah salahnya kalau tak boleh jawab pada masa berkenaan bagi tahulah.


Saya semak dulu, saya akan telefon kemudian.Boleh saya dapatkan no puan?

Saya akan maklum pegawai berkenaan kerana pegawai berkenaan ada kerja diluar.

Pegawai berkenaan takda.Puan telefon no ni  03- - - - - samb.--. Puan boleh cakap dengan pegawai berkenaan.

Alfatihah....

Ajal dan maut tiada siapa yang tahu kan. Tengah membaca posting kawan-kawan dekat FB ternampak posting mengenai kematian suami  kawan lea semasa sekolah menengah dulu. Mungkin kami agak kurang rapat tetapi kenakalan dia sering lea teringat. Tak tau nak hubungi dia macam mana. Akhirnya lea teringat. X boss lea sekarang dah jadi boss dia. Lea call  xboss lea dan kebetulan dia di rumah kawan lea tu. Dia cakap suami kawan lea tu kemalangan di Cheras semalam. Dan jenazahnya akan sampai di Kuching malam ini. Sedih sangat rasanya bila mengenangkan kawan lea tu. Duduk jauh dari suami dan sesekali jumpa. Dan akhirnya ini takdir yang harus dia terima. Lea harap kawan lea tu tabah menerima dugaan ini. Harap dia tabah menempuhi kehidupan mendatang dengan anaknya tanpa suami disini. Doa lea semoga arwah tenang di sana. Dibawah ni gambar kemalangan yang kawan-kawan emel dekat lea.




Selasa, 13 Mac 2012

Di pagi selasa

Hari ni sarapan nasi goreng.Bungkus je pun.Masuk ngan teh O RM 3.50.Suka nasi goreng ni sebab rasanya macam mak lea buat.Jemput makan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 12 Mac 2012

Bila rindu...............




sunyi benar rasa malam ni.
suami dah ke Johor.
Rindu pulak dengan dia ni.
ikeheningan malam,


Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Korus:
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.

Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua

*ulang Korus

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-bila-rindu-ruffedge.html#ixzz1ouleznZ9


Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Korus:
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.

Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua

*ulang Korus

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-bila-rindu-ruffedge.html#ixzz1ouleznZ9

Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Korus:
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.

Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua

*ulang Korus

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-bila-rindu-ruffedge.html#ixzz1ouleznZ9



Belacan dan Candu

Sekarang dok tengok cerita ALI BABA BUJANG LAPOK. Tergelak sorang tengok.

Jual ganja ada lesen.

Jual candu ada lesen.

Jual belacan takde lesen.

Kena jual sembunyi-sembunyi.

Teringin nak makan nasi ayam


Hari ni suami sepatutnya pergi Johor jam 3 petang tadi.Tapi bila lea call jam 4 masih dekat Pandan Indah. Singgah makan.Rupanya dia dok menguruskan  hal-hal insurans dan cukai jalan kereta dan motorsikal. Nak batalkan geran lagi. Macam-macamlah. Jadinya bila dengar dia tengah makan lea kirimkanlah nasi ayam.Sebab malas rasanya nak masak hari ni. Boleh pulak sampai serentak dekat rumah tadi. Tapi takde pun nasi ayam di tangan. Monyok dah muka lea. Perut lapar....

Lastnya suami cakap.Abang tak sempat beli.Baju nak ke Johor tak kemas lagi. Jap lagi abang beli dekat kedai kat depan ye.

Lepas siap semua, suami pun keluar balik belikan lea nasi ayam. Rasa sedap benar nasi ayam yang suami beli. Memang sedap pun. Hehehehe.

 Itulah kisah lea dengan nasi ayam....................

Terbang tinggi di awan



Keduanya terbang tinggi di awan. Dah lama rasanya tak naik MALAYSIA AIRLINES. Time kerja kat Kuching dulu je selalu menaiki pesawat MALAYSIA AIRLINES.Siap naik BISNES CLASS.Tapi awal pagi jelah.Sebab dulu hanya tambah 14 belas ringgit rasanya dari harga tiket ekonomi kita dah boleh naik BISNES CLASS ni. Sekarang hanya mampu untuk menaiki ke AIR ASIA ke destinasi yang diingini. KUCHING sudah semestinya. Kalau AIR ASIA buat promosi lealah yang sanggup bangun awal pagi untuk membooking sebab kalau booking pada waktu puncak memang akan sentiasa ke waiting room. Sebenarnya kan....nak bagi tahu ni, minggu depan lea nak naik belon balik kampung. Tiket untuk tahun ni dah beratur untuk digunakan samaada untuk lea ataupun keluarga.Yelah, time AIR ASIA buat jualan murah je pulun habis beli tiket.Kena rancang awallah semuanya.Cuti lea dan cuti suami.

Mihun goreng je


Menu pagi ni.mihun goreng je.tapi kering sgt.nasib baik ada anak buah kat opis beli sup.mintak sikit.jadinya berkuahlah mihun ni sikit.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ahad, 11 Mac 2012

Air kelapa muda


Singgah untuk minum kelapa untuk membuang panas di badan.Badan tak berapa nak sihat ni.

Published with Blogger-droid v2.0.4

HAPPY ANNIVERSARY LEA & SHAM

Alhamdulillah.Sudah 6 tahun usia perkahwinan kami. Menitis air mata ini ketika menaip entry ini. Terbayang-bayang segala yang berlaku 6 tahun lepas. Ada suka dan ada duka yang kami hadapi. Alhamdulillah lea mempunya suami yang sangat-sangat memahami diri ini. Sangat-sangat mengambil berat pasal ini diri.Sangat-sangat sayangkan diri ini. Lea bersyukur sangat.

Memang betulkan.Pasangan saling melengkapi antara satu sama lain. Begitulah dengan kami berdua. Kekurangan lea adalah kelebihan yang ada pada dirinya.Kelebihan lea ada kekurangan dirinya. Jujur dan ikhlas dari hati lea,lea sangat bahagia dengan perkahwinan kami selama ini. 

Doa lea semoga ikatan antara kami ini akan kekal untuk selamanya.
Tak dapat lea bayangkan hidup lea tanpa dirinya.............

Sabtu, 10 Mac 2012

Tomyamlah pulak


Hari ni teringin nak makan mihun tomyam.rasanya boleh tahan.menangis dibuatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Hobi baru sidia


Hobi baru suami sekarang.Berbasikal.Basikal murah je.Dia beli dengan kawannya dengan harga RM 100.Hehehe.Warnanya kena tukar tu.Bak kata kawan suami tak ranggie.Dah semua kawan2nya nak beli basikal sama.Yelah untuk bersenam jugakkan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

testinh

Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 8 Mac 2012

Jarang dapat begini

Jumpa gambar ni dalam laptop semalam.  Susah nak dapat peluang untuk bergambar begini kecuali ada kenduri dan di hari raya yang kami akan berkumpul dua tahun sekali. Gambar bersama makcik-makcik dan sepupu-sepupu lea. Ada yang dekat Kuching, dekat Perak, dekat Johor dan akan berkumpul semula Aidilfitri 2013. Sebab yang duduk dekat semenanjung ni akan balik ke Sarawak semuanya Aidilfitri tahun depan. Gambar ni diambil masa perkahwinan sepupu November lepas di Johor Bahru.

Rabu, 7 Mac 2012

Lampu pecah kaca

Time pergi Jalan Pasar kawan suami dok kirim lampu pecah kaca. Lea dan suami  dok pelik.Lampu pecah kaca? Rupanya benda alah dekat  bawah ni. Lampu pelbagai guna. Bagi orang perempuan elok di letak di dalam kereta.



Lampu ni bewarna merah. Berkelip-kelip. Kalau kereta rosak ke tepi jalan boleh bukak lampu ni. Bagi tanda ada kereta rosak tepi jalan.dari jauh boleh lihat lampu merah berkelip-kelip.




Yang ni pulak boleh untuk memotong kabel, wayar dan sebagainya. 
Dan yang dibawah inilah yang boleh memecah kaca. Tajam.Jika terperangkap di dalam kereta, ianya boleh digunakan untuk memecahkan cermin tingkap.




Ni pulak lampu suluhnya.
Pelbagai guna kan. 
Tapi...sepanjang Jalan Pasar kami pergi langsung tak jumpa sebab semua kedai cakap dah habis.
Kalau ada lea pun nak sebijik untuk letak di dalam kereta.

Selasa, 6 Mac 2012

Menu ahad lepas

Sungguh rajin lea memasak hari tu.Tapi untuk dua orang makan buat  sedikit-sedikit je. Seronok tengok suami bila makan dari air tangan kita sebagai isteri. Walaupun suami tak makan nasi, dia ratah-ratah jugak lauk yang lea masakkan. Dan untuk hari tu suami bagi ***** dari*****. Seronoknya lea. Dapat markah penuh tu.
Dan lea....Senyum sampai ke telinga.glowing smiley face animated gif





Lama dah nak tengok ikan jerung....

Kalau bukan pak , mak , adik dan adik ipar Niza datang ke KL memang lea tak jejak kaki ke AQUARIA KLCC. Dah lama nak masuk tapi ntahlah.Macam tak sempat je rasa.Dah orang ajak masuk, lea dan suami on jelah. Bayaran masuk bagi dewasa ialah RM35. Dah lama nak masuk sini sebab nak tengok jerung je sebenarnya.Tercapai jugak. Syoklah berjalan dalam terowong akuarium besar tu. Kalau boleh nak je ngulang musing dalam tu. Ralit lea nengok ikan-ikan dalam tu.Rasa satu ketenangan.






Hello...hello...

Sabtu lepas temankan suami ke tempat kesukaan dia. Kat Jalan Pasar. Dok beli benda ni. Idaklah lea tau namanya apa.Macam walkie talkie  je rasanya. Suami beli dua set sekali.Kawan-kawannya kirim sekali. Mereka plan nak beli semua senang kalau apa-apa berlaku di kawasan rukun tetangga senang mereka bertindak dan memantau kawasan. Tu yang lea cakap kat suami belilah sekali untuk ayang.Senang sikit, kalau dah tengah malam kalau tak balik jugak boleh panggil suruh balik. Kalau barang dapur dah habis boleh bagi tahu je suruh beli. Suami pulak boleh jawab...tak boleh...susah nanti. Bukan kami yang memantau, kami yang dipantau oleh bini masing-masing. Rasanya lea patut ajak geng isteri-isteri semua beli benda ni kan. Senang sikit..... Jimat bil telefon.....






ISTERI YANG SETIA MENEMANI MEREDAH JALAN PASAR


Isnin, 5 Mac 2012

“Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan…”


Dok tengok citer ni dekat ASTRO FIRST.Macam best je. Dah main kat pawagam  rupanya.Macam manalah tak tau pasal filem ni.. Layan jelah....

SUKA MELIHAT POSTERNYA. SANGAT CERIA KAN.
AD,seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. 

Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta. Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya. 

CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!

“Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan…”


Wangi wangian

Masuk kereta memang macam-macam bau dicium. Adui...suami punya kerjalah ni. Macam-macam jenis pewangi yang ada. Korang tengoklah sendiri.Mana tak mabuk isterinya ni bila masuk kereta ni. Tu yang jarang nak naik kereta ni. Tak tahan dengan bau yang pelbagai jenis. Pantang kalau pergi ke Careffour ke, Giant ke, Jusco ke mesti ada je pewangi kereta yang dibelinya.