MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 28 Februari 2012

Mi goreng hitam


Korang sarapan apa pagi tadi. 
Lea sarapan mi goreng yang tersangat hitam warnanya.
Tapi hitam-hitam pun sedap jugak dan kering.Pedas dan masinya secukup rasa. 
Memang betulkan .
JANGAN MENILAI RASA MAKANAN DARI RUPANYA.

Gelak manjang...


Korang dah tengok ke ADNAN SEMPIT 2. Memang tersangat lucu dari yang pertama.Dari mula cerita sampai habis cerita gelak manjang.Lea tengok hari Sabtu lepas. Lucu sangat.

Filem Adnan Sempit 2 mengisahkan hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.
Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris? 


Jumaat, 24 Februari 2012

Tahniah

Tahniah buat Lisa dan Yusry. Kahwin hari khamis malam jumat.
Ambik berkat malam jumaat tu. 
Banyak-banyak gambar kahwin mereka lea sangat tertarik dengan gambar ni.  
Mak lisa pun nampak sporting sangat. 
Semoga mereka berdua kekal bahagia untuk selamanya.
Dapat baby yang comel-comel .

Salam Jumaat

Indah sungguh pagi ini.Matahari menyinar dengan cantiknya. Harapnya panas sampai ke petang.Hari ni ambil cuti sebab banyak benda nak diuruskan.Suami pulak awal-awal pagi dah ke Kluang. Tak tahulah entah hari ni atau esok baru balik. Ingat cuti hari ni leh bersama-sama bercuti ngan dia.Tapi tak boleh jugaklah nampaknya. Takpelah.Janji apa yang dibuat hari ini selesai dengan jayanya.

Khamis, 23 Februari 2012

KAU KU SAYANG


Kau tersenyum
Ku terpaku
Cahya di wajahmu
Hanyalah untukku

Sinaran matamu
Menusuk di kalbu
Tak mungkin ku melupakan
Sebegini pengalaman
Lalu hati pun berkata
Segala untukmu

Segala untukmu

Rabu, 22 Februari 2012

Kesegaran yang ku cari....


Bilalah dapat g air terjun lagi ni. Gambar ni masa pergi Kanching ngan kawan-kawan. 

Selasa, 21 Februari 2012

P.E.C.A.L


Pecal adalah salah satu kegemaran lea. Beli kat pasar malam tadi.Ada seorang makcik yang jual. RM2. Dia cuma jual pecal je.Tapi tak banyak pun dia jual.Adalah dalam 20 pek. Kalau hari selasa, kalau teringin nak makan pecal memang akan beli dengan makcik tu. Suka makan pecal ni sebab terasa cekurnya.Sedap.Nak kena belajar buat ni .Tapi rasanya cekur tak pernah lagi naik kat rumah .

Jawapannya....



Jawapan bagi teka kacang semalam ialah 2411. Takde yang meneka yang tepat ataupun yang paling hampir.Pada hari kejadian, pemenangnya ialah seorang pemain dari salah sebuah pasukan. Dia menjawab 2404 biji kacang merah. Dia cakap nombor kereta tu. 

Jenuhlah lea ngan abang dua orang tu mengira. Lea sampai 700 je dah tak larat dah mata.Lastnya lea bagi abang dua orang tu je kira.Kacang ni tak dikira terus masuk dalam botol. Kalau ikut abang yang bercermin mata tu, dia nak masukkan kacang tu penuh dalam botol. Nasib baik tak jadi. Lea hari tu menjaga pertandingan teka kacang ni.Banyak gak penyertaan hari tu. Ada 64 penyertaan.Sekali teka RM1. Ada yang meneka sampai 7.Jadinya RM7.Kebanyakkannya menjawab 1000 lebih. Yang jawab 2000 lebih hanya lebih kurang 5 orang tak silap lea.

Isnin, 20 Februari 2012

Cuba teka


Semalam semasa Kejohanan Bolasepak 9 sebelah ada diadakan pertandingan teka kacang merah dalam botol.Kalau korang rajin nak meneka, ada berapa biji kacang merah dalam tu?

Ahad, 19 Februari 2012

9 sebelah

Hari ini menemani suami ke padang bola. Dia menjadi urusetia untuk KEJOHANAN BOLA SEPAK SEMBILAN SEBELAH ANJURAN KRT ZON F di Padang Sekolah SMK Taman Putra Perdana. 



Sabtu, 18 Februari 2012

Malas...tapi kena buat jugak...

Hari ni malas betul nak masak.Tapi mengenangkan suami nak makan , kenalah masak jugak.Kesian dia.Dahlah hujung minggu je kat rumah.Time tulah nak makan dari air tangan bininya ni. Lusa dah turun Johor balik. Nilah je yang sempat dimasak. Paprik ayam dah lama lea teringin nak makan.Ikan Cencaru bakar sumbat ngan sup tauhu jepun fav. suami. Bertambahlah dia makan hari ni.




Salam sabtu


Apa program korang hari ni? Biar lea teka

1. Rehat dekat rumah

2.Jalan-jalan dengan suami/isteri dan anak -anak

3.Dating dengan girlfriend/boyfriend

4.Masak untuk keluarga

5.Shopping

6.Tengok wayang

7.Pergi kenduri

Rasanya itu adalah antara program bagi yang bercuti di hari sabtu dan ahad kan.

Jumaat, 17 Februari 2012

Jumaat ini.....

Jumaat ini
Semoga sesuatu yang menggembirakan berlaku hari ini
Semoga sesuatu yang menggembirakan hadir pada hari ini
Hanya ini pintaku pada diriMu
Semoga duka ini menjadi berita gembira buat aku




Khamis, 16 Februari 2012

Tersasul....

Semalam bila nengok rancangan ON AIR di Astro Ria, lea tergelak sendiri. Yelah, time bercakap , elok je Bahasa Melayu baku boleh keluar perkataan kerempen. Hahahaha. Tau kerempen tu apa? Dia macam kuali tapi jenis leper dan bertangan. 

Tersasul..memang selalu sangat tersasul. Tu lea akui sendiri.Sebagai anak Sarawak yang bertugas di semenanjung ni memang masalah tersasul bahasa ibunda sarawak semasa bercakap dengan teman-teman sekerja. Dah tu boleh tersedar sendiri.Dah tu senyum sendiri. Boleh tanya lagi, faham ke apa saya cakap tadi?

Dengan suami pulak, memang takde istilah tersasul. Lea belasah je cakap bahasa  sarawak. Kalau dia tak paham , dia tanya kat lea. Kadang-kadang dia boleh gelak sebab ada bahasa sarawak yang sangat lucu pada pendengarannya. Yang pernah dia gelak dengan lea bila lea cakap ngan dia:-

1-Dari duduk terkatok-katok bagus nulong bini ngemas rumah.

2-Apa polah ya? Terkayo-kayo jak...

3-Apalah kejadian.Tergelei-gelei disitok.Nak tido masuk bilit.

4-Sukalah nya....Terkidum-kidum senyum....baku.

Yang diwarnakan merah tulah yang suami pernah gelakkan lea..Bagi yang pertama kali mendengarnya mesti terasa lucu kan.

Rabu, 15 Februari 2012

Malam ni pulak....


Malam ni lea buat burger.Kebetulan ada daging burger dalam peti sejuk. Balik tadi dah siap-siap beli roti burger. Dah tu beli carrot sebab nak buat carrot susu. Fav. lea carrot susu ni. Buat satu jug letak dalam peti sejuk. Pergh....sedap bila diminum bila sejuk. Tengah rajin ni berasaplah dapur.Walaupun buat burger kan.Tunggu time malasnya, bungkus je kat kedai.

Hati wanita


WW- Cute kan?


Selasa, 14 Februari 2012

Simple je...


Bila suami takde kat umah masak bila betul-betul lapar je. Takpun kalau betul-betul rajin baru masak nasi dan lauk sikit. Tapi malam ni hanya maggie goreng dan telur mata je jadi menu lea . Buat maggie goreng pun senang je.Bawang putih ngan ikan bilis tumbuk sikit.Tumis.Letak maggie yang dah direbus , toskan, masuk dalam kuali.Letak kicap. Goreng sekejap. Dah siap. Simple je.Maggie tu lea siap beli yang bungkus besar tu.Senang.Teringin nak makan dah sedia ada....

AL FATIHAH..........hayatilah


Kelibut @ kelam kabut


Kelam kabut...


Suami selalu cakap yang lea ni spesis yang kelam kabut.Kadang-kadangnya diebut suami kelibut.

Bila duduk sorang-sorang kadang-kadang terpikir jugak, betul ke aku jenis kelam kabut. Memang betul pun. Lea selalu tinggal sorang dekat rumah bila suami outstation.  Bila ada sesuatu berlaku, selalunya lea akan telefon suami.Tapi...cara menelefon, cara bercakap tu memang bunyinya kelam kabut.Kadang-kadang suami tak paham dibuatnya. Akhirnya suami akan cakap, boleh tak cakap perlahan-perlahan, satu-satu bagi abang faham.Kelam kabut betul.....Suami akan cakap lagi, jangan kelam kabut.Benda senang...Boleh diselesaikan. Satu lagi....jangan cepat panic, berfikir sikit, jangan terus fikir lurus je...Biar bercabang sikit.Ada baik ada tak baiknya.Fikir mana yang baik mana yang buruk. Jangan fikir negatif je.Setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

Sekian , terima kasih

minah kelibut.

Kasih Sayang


Cinta dan kasih sayang, Tidak hanya pada hari-hari tertentu untuk menunjukkan kasih sayang itu. Setiap hari adalah hari berkasih sayang.Tidak kira antara suami isteri, keluarga, saudara mara dan teman-teman.
Kasih dan sayang merupakan suatu perasaan. Perasaan yang hadir di dalam diri tanpa di paksa atau memaksa sesiapa. Timbulnya perasaan itu apabila kita merasa mereka merupakan sebahagian daripada kewajipan ke atas kita. Kasihnya ibu kepada seorang anak, suami kepada isterinya, sahabat terhadap sahabatnya yang dikasihi dan juga sesama saudara seagama.
Jangan siakan perasan kasih dan sayang dalam hati kita. Bukan mudah untuk kita menerima kasih dan sayang dari seseorang yang lain. Jika kita dah dapat kasih sayang itu hargailah.Jangan sia-siakannya. Jagalah ianya baik-baik.

Setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap ari, setiap bulan, setiap tahun dan setiap masa hiasilah dengan kasih sayang yang ada di sekeliling kita.


Bukan hanya pada 14 Februari ye........


Salam kasih dan sayang dari lea.

Wassalam


Isnin, 13 Februari 2012

Kehidupan.....

Hidup Ibarat Dalam Sangkar, Kadang Terlalu Indah, Kadang Terlalu Pahit Untuk Dilalui. Inilah

Kehidupan, Tidak Pernah Lepas Dari Dugaan, Walaupun Terlalu Sukar Untuk Dihadapi, Namun 

Itulah Ujian Dari Yang Esa... Perjalanan Terlalu Jauh, Ada Kala Kita Berjaya Dalam Meniti Hari2 

Mendatang, Ada Kala Kita Gagal Melaluinya, Semangat dan Kesabaranlah Kunci Kehidupan... 

Berserahlah Pada Yang Satu, Jangan Sesekali Kita Melupakannya, Hidup Mati Adalah 

Takdirnya

Ahad, 12 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul Taman Putra Perdana

Sambutan Maulidur Rasul tahun ini diadakan di Sekolah Agama Taman Putra Perdana. Banyak jugak penyertaan kali ini. 





Sabtu, 11 Februari 2012

Hari sabtu ini.....

Hari sabtu adalah hari yang lea akan rajin ke dapur. Sebab hari-hari biasa selalunya tak berasap dapurnya. Hari sabtu juga hari yang lea leh makan bersama suami sebab hari -hari biasa, dia selalunya di luar kawasan.Jadi hari ini , nilah menu yang menjelma di fikiran  dikala lea dah tak tau nak masak apa.






Khamis, 9 Februari 2012

Bukan lupa tapi tak ingat


Macammanalah semalam lea boleh terlupa ngan kunci bilik yang lea kembarkan sekali ngan kunci laci. Jadinya hari ni terpaksa menunggu staff yang pegang kunci pendua bilik yang masuk jam 8.30 pagi. 

Lupa
Memang kadangkala kita sering terlupa kan walaupun hari-hari benda tu kita buat.Kadang-kadang bukannya apa, nak cepat, kita jadi kelam kabut dan terus terlupa.Kalau keluar rumah bersama suami mesti selalu lea tanya, beg duit ada, jam ada, telefon ada sebab kalau tak ditanya selalu sangat beg duitnya terlupa. Kalau kita tanya karang dicakapnya kita ni membebel. Pernah berlaku dah sampai Shah Alam baru tersedar beg duitnya lupa.Kalaulah jadi apa2x kan susah.Tu yang membebel jugak tu.

Kadang-kadang bila keluar rumah tu, dalam perjalanan mulah nak mengingat, suis periuk nasi dah tutup ke? Iron dah tutup ke? Air dah tutup ke? Tu yang kalau tak jauh lagi memang patah balik sebab takut, lagi-lagi kalau iron terpasang.Jadinya sekarang masa untuk mengiron baju adalah diwaktu malam bukan diwaktu pagi seperti selalunya.Sebab kalau malam , kalau terlupa leh tengok balik kan.Kan senang tu.

Jadinya untuk hari ni, kena tunggu staf sampai baru boleh bukak pintu. Lupa............ boleh hilang ke penyakit lupa ni.

Yang cemerlang......


Sekarang dah sibuk dan dengan LNPT. Untuk kakitangan tetaplah susah sikit.Dahlah dengan HRMISnya yang tak pernah nak laju.Line teruk betullah. Bagi yang kontrak semua dah settle.Jadinya hari ni ada mesyuarat untuk pemilihan penerima APC tahun ni bagi kakitangan kontrak. Di atas adalah senarai nama bagi staf kontrak..Ada 1400++ semuanya. Kuota untuk tahun ni 104 orang.Kena pilih yang betul-betul terbaiklah. Lea akan jadi urusetia untuk pemilian petang ni.Esok jugak nama kena hantar ke HQ. Harap boleh settle hari ni jugak.

Rabu, 8 Februari 2012

Entry menjiwang sikit


Gambar ni diambil pada tahun 2007.Sanggup ambil cuti sebab nak ikut suami ke Lumut.Kebetulan dia ada site kat sana.Tu pun sekejap je.Tu yang dia ajak lea sekali. Bila tengok gambar ni semakin rindu pulak kat pakwe kat sebelah lea tu. Hehehehe. Dia takde rasa sunyi sangat rumah.Kalau dia ada , ada je modal dia nak menyakat bini dia ni. Sampai muncung lea keluarlah.Dah tu pandai pulak memujuk.Hehehehe.Kalau tak jalan jugak memujuk tu, mulalah dia bawak gitar dia....eeeeee.sukanya.Lea suka suami lea  nanyanyi sambil main gitar.Suaranya boleh tahan.

Sapa sangka kan jodoh kami.Dia di Puchong.Lea di Kuching.Punya besarlah Sarawak lea leh tak jumpa dengan seseorang.Anak Perak jugak yang lea jumpa. 
Itulah.Dah dinamakan jodoh.
 Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu juga. 

Pengalaman pertama.....


Bila terjumpa gambar ini lea jadi tergelak sendiri. Masa ni lea masih di opis lama di Putrajaya.Tahun 2007 rasanya ni. Ok...Time ni pengalaman pertama lea menaiki bas dari Putrajaya ke KL. Time ni slim sikitlah.Dengan kebayanya...dengan kasut tingginya. Dari Putrajaya sampai ke serdang lea kena berdiri di dalam bas.Adui...sakitnya kaki. Lea pergi masa ni dengan maya dan umi. Lucu benar rasa. Baliknya pulak dengan KLIA EKSPRESS ke PUTRAJAYA. Dekat Putrajaya Sentral suami dah sedia menanti.....

Selasa, 7 Februari 2012

Sedap jugak.....


Teringin pulak nak minum teh o ngan cream cracker cap ping pong malam-malam ni.
Sedap pulak....adalah dalam 4 keping jugak yang dimakan.
Celup biskut cream cracker dalam teh o ni....pergh....sedap.......

Sorang-sorang lagi.....

Hari ni suami nak ke Johor lagi.Tak taulah bila baliknya.Tinggallah sorang-sorang lagi dekat umah. Sunyi dan sepilah dekat rumah.Yang kedengaran mungkinlah bunyi televisyen yang sentiasa dibuka sebab taknak sunyi dekat rumah.Lea kalau sunyi sepi memang lea takut.Kalau gelap gelita lagilah lea takut.Jadinya kalau suami takde dekat rumah semua  lampu di dalam rumah lea buka.Hilang sikit takutnya.Tido pun lea buka lampu.Kalau dulu, buka lampu memang tak boleh nak tido.Tapi sekarang dah biasa dah.....

Isnin, 6 Februari 2012

Bila dapur tak berapa nak berasap

Hari ni tak masak tengahari sebab paginya dah minum pagi dekat luar.Makan roti bawang, nasik lemak sebungkus kecik ngan nescafe ais.Pergh...punya lama lea tak minum nescafe hari ni rasa teringin yang amat. Suami pula makan roti bawang banjir, telur separuh masak 2 biji ngan teh o panas. Jadinya kenyang sampai ke petang.Dalam pukul 3 barulah buat cucur udang sikit.Teringin nak makan cucur udang ni.Dalam kul 5 lebih suami pulak masak.Buat nasi goreng kampung katanya.Ya..ampun...pedas yang amat.Berair mata dibuatnya.Tapi memang terbaiklah......Itu sahaja menu hari ini, cucur udang ngan nasi goreng kampung suamiku yang masak.




Masak masak semalam

Semalam ada buat makan-makan di rumah.Nak bawak makcik dan sepupu makan kat umah.Lea jemput jugak maya dan keluarga.Semalam pergi pasar borong nak cari ikan sembilang.Nasib baik ada. Cari yang sedang-sedang besar je.Dah besar sangat semacam je lea tengok kepalanya.Jadinya menu semalam

IKAN SEMBILANG ASAM PEDAS
AYAM MASAK KICAP
SAYUR PUCUK PAKU TUMIS BELACAN
PEKASAM IKAN
TEMPOYAK GORENG CAMPUR UDANG
AYAM PANCUH - ni makcik yang buatkan. sedap....







Ahad, 5 Februari 2012

Banana split versi kak mon hentam sajalah....


Kadang-kadang bila di rumah ada je nak dibuat kan.Dok mengingat apa yang ada dalam peti sejuk dan dalam kabinet.Jadilah banana split hentam sajalah dari lea.Hahahaha.Suami dah geleng kepala nengok lea makan.Macam-macam dikatanya lea.Lastnya tau apa dia cakap.
"Yang...mintak sikit.Suapkan abang cikit" hahahaha....teringin jugak rupanya.

Sabtu, 4 Februari 2012

“BEST PHOTO CONTEST” by AkinAmar.

Lama dah rasanya lea tak buat TAG ni.Tapi hari ni lea telah di tag seorang kenalan baru  YUMIDA . Ok.

Syarat penyertaan adalah seperti berikut.

1.Buat satu entry yang bertajuk "BEST PHOTO CONTEST" by AkinAmar

2.Letakkan banner contest di atas dalam entry korang tu dan linkkan terus ke entry contest ini.

3.Paling penting, upload gambar yang korang rasa paling best yang menggembirakan korang dan Lengkapkan slogan " Saya rasa gambar saya best kerana ..................."

4.Follow blog akin bagi memudahkan korang untuk mengikuti perkembangan contest ini.Tapi tiada sebarang paksaan ya.

5.Hah, korang jangan lupa pulak linkkan entry korang di ruangan komen ok.

6.Tag tiga orang kawan korang dan makesure diaorang tahu la.Baru meriah you'll.hee

7. Korang dialu-alukan memberi pandangan tentang blog picican akinamar ni.(Ini kalau rajin, tidak wajib ye kawan-kawan;)

8.tarikh Tutup Penyertaan: 03 March 2012/12.00 pm

Gambar yang saya pertaruhkan ialah.....................


 Saya rasa gambar saya best kerana lea dan kawan-kawan sangat seronok apabila berada di SPINNER ini. Tiada perasaan takut, malah kami bergelak ketawa apabila ianya berpusing.Sangat seronok apabila bercuti bersama kawan-kawan sebegini.

Jadi lea nak tag kepada











Bila dapurku berasap di hari Sabtu

Hari ni terajin sikit memasak sebab dah lama tak masak macam ni.Jadinya menu lea kali ni
Sayur kobis tumis ngan hati ayam

Ikan tilan masak rendang pedas

Ayam masak ungkep

Ambal masak sambal