MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 31 Januari 2012

Makan malamku bila sorang-sorang di rumah

Bila suami  outstation kalau boleh makanan yang di makan paling mudah disediakan.Kalau boleh lagi...dah tersedia cuma perlu makan je.Malas sebenarnya.Yelah.Sorang-sorangkan.Nak masak beria pun lea makan sorang-sorang jugak.Jadinya lea goreng sosej, makan dengan roti dan sediakan teh o suam. Alhamdulillah.Kenyang jugak.

Ahad, 29 Januari 2012

Kain baju masuk beg lagi....

Nak berjalan lagi ke lea dan suami?Idaklah...Suami je.Kena outstation lagi.Seperti biasa..Ke Johorlah dia.Tinggallah sorang sorang lagi.Alah bisa tegal biasa...Senyum dalam paksa. Hahahaha.Sedih tau tak, kalau dengar suami nak outstation ni.Tak taulah kenapa. Yang jelas lea akan tinggal sorang sorang dekat rumah. Sangat sunyi, sangat bosan.Itu saja yang lea rasa.Bila suami call mulalah rasa nak nangis.Bukan rasa lagi dah memang dah menitis air mata.Tak tau kenapa.Mesti rasa sebak bila dengar suaranya. 

Tugas lea bila suami outstation, jam 6 kena call untuk kejutkan dia. Bila dah sampai opis kena call lagi bagitahu dah sampai dan bila sampai rumah pada sebelah petangnya kena call dia lagi.Itu wajib.Pernah sekali lea terlupa nak call suami apabila  lea dah sampai ke opis.Dah tu lea meeting telefon tertinggal atas meja opis, semua orang dekat opis yang dia ada nombor telefon di telefon oleh suami tanya lea ada dekat opis ke tak?Punyalah dia risau takut lea tak sampai dekat opis.Tersentuh hati lea. Maaf bang, lea janji tak buat lagi.

Itulah kan namanya kehidupan suami isteri.Kadang-kadang bila lea nak call suami, suami dah call dulu.Tu yang kadang-kadang lea tergelak.Suami cakap itulah namanya sehati sejiwa.Sehati sejiwa seia sekata.Hahaha.Kadang-kadang gaduh jugak.Gaduh-gaduh sayang.Marah-marah sayang.............


Siapa akan menjadi juara

Dapat dari emel.Anda rasa siapa akan menang malam ini

SUNGAI LUI mnjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita seketika. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang senantiasa menjadi GADIS SEMASA padaku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba. Mujurlah saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu. Benarlah kata orang tua, ” KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri “. Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya..

Pemandangan yang menarik





Sabtu, 28 Januari 2012

Kita berkelah pulak ye....

Cuti lepas dengan jiran dan anak-anaknya berkelah di tepi tasik Cyberjaya.
Macam-macam bekalan yang dibawa.
Lea bawa nasi, sup kaki ayam,sayur dan chicken wing dan daging untuk dibakar.
Kak su dan abang bob pulak bawak coleslow dan ikan untuk dibakar.
Seronok sesekali macam ni.Boleh merapatkan hubungan sesama jiran.
Taklah duduk sesorang , ye tak?


Permandangan di Taman Tasik Cyberjaya


 
Anak-anak kecil yang seronok bila berkumpul

En.Sham seperti biasa tauke chicken wing

Dah gelap...jom kita pindah ke pondok.
Tengok yang lea bulatkan merah tu.
Nasib baik bekas BBQ tu mudah alih.
Kecik pulak tu.Suami buat sendiri tu.
Mudah untuk diangkat kesana kemari.
Time ni dia ngan abang bob mengangkat bekas bbq yang diatasnya masih ada ikan yang dibakar.
Berjalan dan berasap-rasap lagi ikan tu.
Hehehehe




Kak Su sedang membahagikan ikan kepada anak-anak kecil.


Rela....

Selamat pagi semua.Pagi ni bangun awal sebab nak sediakan sarapan untuk suami.
Dia hari ni akan menghadiri perhimpuan RELA bersama Perdana Menteri di MAEPS.Tulah antara aktiviti kemasyarakatan yang suami buat selain daripada menjadi ajk surau dan rukun tetangga.Dulu lea sering beranggapan yang RELA ni hanya untuk majlis orang kahwin.
Rupanya lebih dari itu.Kadang-kadang suami dan anggota RELA di kawasan lea tinggal membuat rondaan di waktu malam sehinggakan pada suatu ketika mat-mat hitam ni lari bertempiaran melihat RELA tengh berkawad sebelum membuat rondaan.Ada bagusnya jugakkan.


berkawad dulu sebelum memulakan rondaan.
tengok en.sham tu semangat betul dia kat depan.





Jumaat, 27 Januari 2012

Hafalan Shalat Delisa


Sebuah filem yang mengisahkan seorang anak kecil yang bernama DELISA.
Delisa duduk di sebuah perkampungan tepi pantai di Acheh bersama ibu dan tiga kakaknya.
Ayahnya pula bekerja di sebuah kapal dan sentiasa berjauhan dengan mereka.
Delisa sangat bahagia duduk bersama mak dan tiga adik beradiknya.

Delisa memang seorang anak yang nakal dan manja.
Ibunya telah membeli rantai yang berloketkan huruf D sebagai hadiah jika dia lulus dalam ujian hafalan bacaan solat.Pada 26 Disember 2004 adalah hari di mana ujian itu akan diadakan.
Delisa pergi bersama ibunya yang telah membawa rantai tersebut sebagai dorongan untuk Delisa.
Tapi pada masa giliran Delisa, Tsunami telah melanda.

Seluruh perkampungan Delisa musnah.Ayahnya telah mendapat tahu mengenai kejadian tersebut dan balik ke Acheh. Delisa terselamat tetapi dia kehilangan kakak-kakaknya Fatimah,Zahra, Aishah, ibunya dan kakinya kudung.Delisa telah diselamatkan oleh SMITH seorang tentera Amerika dan SOPHIE seorang doktor sukarelawan.Mereka menjadi rapat sehinggalah ayah Delisa menjumpainya.

Delisa memang seorang anak kecil yang cekal sampailah dia boleh menerima hakikat bahawa seorang orang telah meninggalkkanya termasuk SMITH dan SOPHIE yang kembali ke negara masing-masing dan akhirnya Delisa lulus dengan cemerlang dalam ujian hafalan solatnya.



Filemnya sangat-sangat menyentuh hati kita.
Lea menontonnya di Astro First sebab tertarik dengan trailer filem .


Coklat kegemaranku

Dari dulu inilah coklat kegemaran lea selain daripada DAIM.
Biarpun pada mulanya terasa amat pahit tapi akhirnya...sedap bila makan coklat ni.
Sekotak besar ni lama juga bertahannya sebab bukan hari-hari pun lea makan.
Dalan 3 hari sebijik sebab tak elok sebenarnya kan makan coklat ni.



Sepanjang jalan turun ke Tapah

Permandangan yang dapat dilihat bila turun dari Cameron Highland melalui jalan Tapah.
Kita akan dapat melihat perkampungan orang asli di sepanjang jalan.
Sekarang mereka pun dah ada yang membina rumah batu selain ada juga rumah tradisional.
Sepanjang jalan juga kita juga akan melihat pondok-pondok kecil yang dibina oleh orang asli untuk menjual madu , petai ataupun hasil-hasil hutan.




Khamis, 26 Januari 2012

Warna warni di Cameron Highland

Bila di Cameron takde tempat lain yang lea pergi.
Tempat bunga-bunganya memang sangat-sangat menarik perhatian lea.
Lama sikit dengan situ pun takpe.
Sangat cantik dan segar-segar semuanya.



Ke Tanah Tinggi Cameron

 Isnin lepas sebelum balik ke Puchong kami suami isteri mendaki ke Tanah Tinggi Cameron.
Hampir 6 tahun dah baru lea ke Cameron semula.
Dari Teluk Intan kami ikut jalan Simpang Pulai.
Dekat nak 2 jam jugak nak sampai ke atas.
Yelah dengan kereta yang banyak betul hari tu menjadikan perjalanan kami agak perlahan.

Mendaki perlahan-lahan

Permandangan yang dapat dilihat

Antara bekas tanah runtuh yang lea dan suami lalui.

Alhamdulillah...dah sampai .........

Sempat lagi posing..dengan cendawan goreng dan keledek ditangan.
Nampak selekeh na aku....

Sempat lagi menyinggah...
Muka aku tengah menahan panas cahaya matahari.

Tapi pergi kali ni Cameron sangat sangat sesak.
Memang tak menyinggah sangat.
Tak larat ...dengan nak cari parking lagi.
Balik pulak lea dan suami ikut jalan Tapah....

Hanya sempat membeli teh berperisa strawberi

Bunga dari suamiku...hihihihi
senyum sampai ke telinga aku.

Rabu, 25 Januari 2012

Untuk para suami yang isteri kuncikan pintu tak bagi masuk rumah


Ting Tak Ka Ting Tang Ting (3x)



Sayang Jika Kau Tahu
Apa Sebenarnya Isi Dihatiku
Sayang Jangan Kau Ragu
Cintaku Padamu Selalu Padu

Kuakui Kesilapanku
Aku Sedari Semua Itu
Memang Aku Melukaimu
Tapi Itu Hanya Gurauku

Sayang Ku Ingin Tahu
Apa Sebenarnya Isi Dihatimu
Masihkah Engkau Marah
Sedangkan Cintaku Segar Dan Menyala

Buka Buka Pintu Sayang
Aku Rindukan Belai Kasihmu
Buka Buka Pintu Sayang
Aku Hauskan Sinar Matamu

Ting
Tak Ka Tong Tang Tong (3x)

Sayang Maafkan Daku
Akan Kuturuti Apa Mahumu
Sayang Aku Berjanji
Takkan Buat Lagi Dilain Kali

Percayalah Kata-Kataku
Atau Kau Masih Ragu-Ragu
Ambil Pisau Belah Dadaku
Saksikanlah Kejujuranku

Sayang Ku Ingin Tahu
Apa Sebenarnya Isi Dihatimu
Masihkah Engkau Marah
Sedangkan Cintaku Segar Dan Menyala

Buka Buka Pintu Sayang
Maafkan Saja Kesalahanku
Buka Buka Pintu Sayang
Aku Rindukan Senyum Manismu

Ting
Tak Ka Ting Tang Ting (5x)
Ting.....

Jalan-jalan di Teluk Intan waktu malam





Menara Condong Teluk Intan.
Cantikkan menara ni diwaktu malam.


WW - Buat sambal tumis pun sedap

cuba teka dimana

Ahad, 22 Januari 2012

Selesai sudah...

Selesai sudah kenduri arwah abah.
Penat yang amat.
Awal pagi dah mula tolong akak iipar masak.
Bukan memasak ye cuma potong memotong je kerjanya.
Lauk pauknya...meh lea senaraikan

Ayam Kari
Ikan patin masak tempoyak
Sambal ikan bilis petai
Sambal ikan masin
Sayur campur
Ikan rebus goreng

Berselera sungguh makan tadi.
Ramai orang yang datang.
Jiran-jiran dan saudara mara.
Cepat sunggu masa berlalu..
Sudah 4 bulan arwah meninggalkan kami.
Semoga rohnya tenang di sana.
Amin......

Sabtu, 21 Januari 2012

Mihun RM6....


Apa nak buat.
Dah bawak kat kaunter bayaran, bayar jelah.
Tapi cukup sekali jelah g kedai tu.
Cuma mihun dan ayam goreng yang isinya kurang.Lea suka yang banyak tulang.Tak suka yang banyak isi. RM 6. Geleng kepala jugaklah.Dah makan taklah sesedap mana.
Kalau dekat kedai di opis lea  mihun, ayam goreng ngan teh o baru RM 3.50
Cekik barah betul................

Jumaat, 20 Januari 2012

Jinak-jinak merpati


Pertama kali melihat burung merpati yang sebegitu banyak.
Bila kita datang dekat jadi takut lea, yelah...burung-burung ni terbang semuanya.
Takut burung-burung ni terbuang bahan-bahan buangannya.
Kena atas kepala baru padan muka lea kan.
Cuba teka lea di mana?

Selasa, 17 Januari 2012

Bicara hati



Sekarang dok layan BICARA HATI di ASTRO PRIMA.
Harap ceritanya sebest novelnya.
Yelah...sebab bersiri kan.
Boleh panjang sikit jalan cerinya.


Jumaat, 13 Januari 2012

Ladies in Green 2005

video


Dah masuk 7 tahun usia video ni.Lama dah lea cari baru berjumpa. Rindunya zaman dulu-dulu.Leh menyanyi leh menari. Ni masa program PUSPANITA yang diadakan di INTAN Sungai Petani kalau tak silap. Sebulan jugak berlatih tu.Tapi tetap kayu jugak.Geng menari tu sudah semestinya KAK TUN, PN.RUZITA (bini bos) CIK YANG dan VALERIE. Kalau korang pandai leh tau mana lea kan.Time tu slim sikitlah.Hahahaha.Jangan gelak ye sebab lea sendiri nengok video ni lea sendiri gelak.

Coretan di pagi jumaat

Alhamdulillah.Bertemu lagi lea dengan hari jumaat.Penghulu segala hari.Tapi kesihatan ini masih belum mengizinkan lea untuk pergi bekerja.Sudah 3 hari dah.Keluar masuk klinik, keluar masuk hospital.Entahlah. Perut sakit yang amat sangat.Cirit birit tak mengira waktu.Belum lagi dengan muntahnya.

Apa masalah sebenarnya ni.Nak makan nak minum pun lea tak berani.Makan semangkuk bubur, semangkuk jugak lea muntahkan.Minum segelas  air segelas jugak lea muntahkan.Perit sungguh rasanya.Badan dah lembik semacam.Sampai semalam dimasukkan air di dalam badan.

Lea salah makan ke? Lea kena cirit birit ni hari selasa malam rabu.Kalau dingatkan hari selasa pagi dalam pukul 7 makan nasi lemak sebungkus.Dalam pukul 11 lepas meeting ada disediakan makan.Nasi lemak jugak.Ambik sikit je.Cuma nak merasa.Tengahhari skip makan sebab dah kenyang.Dalam jam 3 minta anak buah belikan goreng pisang dan keropok lekor.Boleh makan ramai-ramai.Selain tu minta anak buah belikan fresh orange suam.Apa yang lea salah makan.Bukannya tak pernah makan benda yang sama.

Hari ni kena jumpa doktor lagi.Dia dah pesan kalau masih tak elok, jumpa dia lagi.Takut ada masalah lain.Masalah apa pulak ni.Macam-macam dah pikir.Tapi mintak-mintak takde apa.Cuma cirit birit biasa.

Khamis, 12 Januari 2012

Makan Gaji vs Kerja Sendiri

Mana satu korang pilih.

Lea pulak makan gaji dengan kerajaan

Makan gaji maknanya kita akan dapat gaji kita setiap bulan.Takde perubahan untuk setahun kecuali ada perubahan gaji, kenaikan pangkat atau kita ada buat potongan gaji.Kalau ada bonus lagi bagus.....Cukup ke?Bak kata orang kita besar periuk besar jugaklah keraknya kan?Bagi lea alhamdulillah.Boleh untuk membantu keluarga di kuching.Bantu adik yang masih belajar.Dulu memangku je jawatan sekarang.Sekarang alhamdulillah dah dapat surat pengesahan.Taklah basic gaji pada jawatan yang lama.Cantik je nampak slip gaji.Cukup-cukup jugaklah sampai hujung bulan.Kalau gaji dapat tengah bulan...tu kena jaga-jaga.Kena pandai mengaturnya.Kalau tak...cepat habis.Lagilah pulak kalau bulan seterusnya gajinya betu-betul 25hb.Kerja makan gaji ni masanya lebih teratur.Masuk kerja jam 8 balik jam 5.Kalau buat OT jelah balik lewat.tapi OT tu berbayar kan.Bukannya free.Ada kelebihan disitu.Lea dulu masa bujang memang rajin buat OT.Tapi bila dah kahwin sharp 4.30ptg dah balik sebab lea masuk jam 7.30 pg.Macam-macam nak ingat dekat rumah.Kain bajunya..nak masaknya lagi.

Suami pulak kerja sendiri.

Kerja sendiri?Bagi yang minat bisnes memang seronok kerja sendiri. Pendapatan? Seronok...Masyuk.... Kadang-kadang lea yang naik seronok bila melihat payment masuk dekat emel suami.Tapi perlu diingat.Masuknya tak mengira waktu. Dan banyak lagi nak dibuat dengan payment yang masuk tu. Untuk modal pusingannnya, untuk bayar gaji pekerja, elaun outsation lagi, sewa opis lagi, dan macam-macamlah.Dapat dekat diri sendiri dan syarikat...alhamdulillah...Cukup makan, pakai dan tempat tinggal kami berdua.Yang penting keperluan didahulukan.Kehendak kemudian..Boleh gitu.Hahahaha.Lagi satu kerja sendiri ni...datangbya  masa free, free sesangat.Masa bz tu...jumpa suami pun masa tido je rasanya. Tapi kena faham.Kerja sendiri ni tak kira masa.Belum part jumpa pelanggan lagi. Sebagai isteri kena paham.Mula-mula dulu melenting jugak.Tapi lama-lama faham.Dia kerja pun mencari rezeki untuk lea jugak. Dengan kerja tak menentu masa nilah percutian lea dengan suami memang selalu main terjah je.Tapi seronok sebenarnya. Sangat-sangat adventure.....

Setiap orang tu ada citarasa sendiri kan.Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya bila kerja sendiri dan makan gaji ni.Ye...sebab lea melalui kedua-duanya.Dah paham sangat dengan 12 tahun kerja makan gaji dan kahwin selama 6 tahun dengan orang yang kerja sendiri.

Moero Attack - 燃えろアタック



Boleh tak tv ulang cerita ni.Lea dah ingat-ingat lupa dah.
Time ni lea darjah 4 rasanya...
Balik dari fardhu ain berlari tu....
Nasib baik sekolah ngan rumah dekat je....
Pergi mengaji pun sama.
Orang lain mula lepas asar, lea jam 3.30 dah pergi rumah cikgu ngaji.nak dapat turn paling awal.
Tak nak mis cerita ni...

MC 2 hari

Tak larat benar dah.
Dok ulang alik ke tandas.
Terkena cirit birit...Aduh.....
Dah salah makan ni....
Apa yang lea makan selasa lepas...
Rasanya makan macam  biasa je....
Dah benda nak jadi kan......
Lain kali kena hati-hatilah...

Menjamu selera ditepi lombong

Petang ahad dok pusing-pusing ngan suami.
Akhirnya singgah di gerai makan ditepi lombong Taman Putra Perdana.
Makan laksa, karipap 3 ketul ngan putu ayu seketul.
Laksanya....bolehlah tahan.
Karipapnya pun sedap jugak.
Putu ayu...sebab kuih kegemaran lea...jadinya boleh tahu sedap ke tidak.
Rasanya ok tapi ada sedikit keras.


Rabu, 11 Januari 2012

Aku sebua lori bewarna mera

Nama aku lori.
Warna aku warna mera.
ari-ari tuan aku bawak aku pusing dekat sawa.
ari-ari tuan aku buat aku mara.
ari-ari aku diisi dengan sayur-sayuran.
Tak pun dengan minyak tana.
Tapi tuan tak reti nak susun minyak tana dekat belakang aku.
Sampai minyak tana itu tumpa.
Malangnya nasib aku.
Tuan aku sangat cuai.Dah merokok buangnya marata-rata.Bukan dalam tong sampa.Tapi dibelakang aku.
Dengan minyak tana banyak dibelakang.Terkena lebian rokok.Aku pun terbakar dan meletup-letup.




aaaaaa.Apa aku merepek ni.
Kalau korang pandai uruf apa yang takde dalam cerita aku yang bukan-bukan di atas.???

Bila tersangat rajin di hari ahad

Ni cerita ahad lepas.
Suami ada gotong royong dekat surau.
Tinggallah sorang-sorang dok mikir nak masak apa.
Periksa dulu lauk pauk dalam peti sejuk.
Akhirnya...Jadilah lauk dibawah ni.
ayam masak merah


keceni nanas kalau kat sarawaklah.kat sini tak tau nak panggil apa.


daging masak kicap pedas


sayur kacang buncis campur ngan hati ayam

Isnin, 9 Januari 2012

Lupa ngan parking....

Punyala seronok suami dok hantar ke opis sampai lupa nak bayar parking...Adui....suami dah pergi johor.Esok nak bawak kereta.Parking tak bayar.Bayar esok lusa baru ok.Masuk parking oklah.Baliknya tu...Mintak2x takde scan kad esok...Parking dekat opis lea kena bayar dua bulan sekali.Sebulan RM80.Jadinya kena bayar RM160.Tapi takpelah, boleh claim ngan opis.....

Boleh dikatakan cuai gak kan.Parking pun leh lupa nak bayar.Jauh pulak opisnya nak p bayar dekat basement. Takpelah..Pelan-pelanlah esok.Yang penting parking dibayar.Lain kali tak nak lupa dah....
Rindu sama En.Sham.......

Jaga makanlah pulak

Kali ni pulak kena mengetuai urusetia makan.
Nasib baik packing je nasik ayam.
Dibahagikan mengikut jumlah peserta yaang datang mengikut daerah.
Tapi riu dan kecoh jugakla dengan macam-macam gelagat.
Ada yang nasi tak cukup, sup tak cukup.
Nasib baik pihak pembekal dah siap bungkus 10 nasi ayam setiap plastik.
Senang sikit nak kira.
Risua jugak nasi tak cukup masa.
Alhamdulillah....nasib baik mencukupi semuanya...
Penat sangat tapi penat yang menyeronokkan.