MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 14 Disember 2012

Kali Pertama


Pengalaman pertama kali membawa ADLI ke Klinik Desa Pulau Meranti .Sebelum ini ADLI ke klinik di Kuching.Adik dan mak yang bawakan.Jadi untuk pemeriksaan 2 bulan ni dah dekat Puchong dah.

Sebenarnya lea dah suruh suami kosongkan jadual dia pada 10.12.2012 yang lepas.Tapi...dah namanya kerja sendiri dia kena ke Johor juga pada minggu ni. Aduh...Dah susah dah hati ni. Satu kelemahan lea kalau tempat yang tak biasa nak pergi memang dah sebulan sebelum tu dah susah hati dah. Jadinya dua kali juga suami bawak lea ke klinik tu sekadar nak menunjuk jalan dan mana nak parking.

Kali pertama sampai..aduh...turun bukit..Kalau turun tu lea rasa ok lagi.Naik bukitnya.Dah tu jalannya...sempit.Kalau dah berselisih dua kereta , sebuah kereta kena mengalah dulu. Kurang dah keyakinan diri lea dekat situ. Susah hati dah ni.Macammanalah isnin nanti. 

Pada hari kejadian. Temujanji ADLI pada ja, 9 pagi.Lea bergerak dari rumah jam 7 pagi.Parking?Bukan di perkarangan klinik tapi di bawah pokok rambutan di luar kawasan klinik di hadapan rumah penduduk kampung.Terukkan lea? Kesian ADLI  kena bangun awal.Nasib baik mak ada.Bolehlah tolong-tolong jugak.

ADLI diperiksa, timbang dan cucuk dalam jam 10 lebih.Lega dah.Jomlah kita balik.Semasa balik masa nak naik bukit boleh pulak tersalah masuk gear.Kereta dok mengundur turun bukit.Nasib baik kereta takde masa tu.Kalau tak............Dalam hati jangan panik.Nasib kewarasan diri ada lagi.Kereta bergerak dan sampai ke rumah dengan selamatnya. 

Akan lea ingat sampai bila-bila.Memang sejarah betullah..............

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik. :)

    BalasPadam
  2. Nasib bait sikda apa2 berlaku,take care.

    BalasPadam
  3. kete manual ke auto. kalau manual memang saya menangis!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.