MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 14 November 2012

Saya dah mula tak tidur malam

Sapa nak gelak gelak jelah.Lea redha. Hahaha. Adli dah selamat sampai ke Puchong pada Ahad lepas. Adli dah tido dengan lea dan suami. Adli ni siangnya memang lena betul tidonya.Sampaikan bagi mandi pun dia boleh lelap lagi. Tapi apabila tiba malamnya......mulalah dia nak berbual ngan kita.Macam faham je apa yang kita bualkan.

Dari di Kuching sampailah sekarang ni abahnya dah tidur duduk dah sambil dok pujuk si Adli tido. Siannya tengok abahnya.Lepas dah pukul 3 pagi lea pulak mengambil tempat.Sampailah ke siangnya.Begitu pandai abahnya si Adli.

Paginya si umminya pulak dah menguap sampailah ke opis.Bawa mata mengantuk dengan badan yang sangat sangat letih. Tapi semuanya terubat bila tengok Adli senyum kat kita.Gelak dekat kita. Semuanya penat, ngantuk dan letih akan hilang dengan sendirinya.

2 ulasan:

  1. gitulah untungnya ada anak.. semua masalah rasa selesai bila tengok diorang senyum...

    BalasPadam
  2. Ummi dan abah dah lama tidur lena. Sekarang Adli datang untuk menguji... hehehe...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.