MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 25 Ogos 2012

Tema warna tahun ini...


Tahun ni lea dan suami bertemakan warna purple. Kali ni warna suami yang pilih.Lea sebagai isteri cuma mengikut sahaja. Lea dah siap-siap beli baju.Beli online je pun sebab kain yang lea hantar dekat tukang jahit takde warna purple. Nasib baik baju yang dibeli online sedap je pakai. Baju suami pulak, mula-mula cari dekat Plaza Alam Sentral takde yang berkenan. Berjalan kali ke PKNS Shah Alam pun takde yang berkenan.Akhirnya kembali ke Plaza Alam Sentral. Jumpa jugak dekat sana. Kaki ni berjalan rasa nak patah.Rasa nak tercabut......

Cerita dipagi raya pulak. Balik-balik dari masjid suami cakap.Ramai betul orang berbaju purple. Betul-betul sedondon pun sama. Lea jawab, biasalah tu. Bukan kita je yang berbaju purple. Orang lain pun mesti ada jugak. Bila dalam perjalanan ke rumah kakak suami pulak, kereta sebelah menyebelah semua berwarna purple. Hehehehehe.Gelak lea dekat suami sebab purplenya bukan purple lea tapi purple suami......

Macam macam kan. Sekarang dah macam satu trend pulak warna sedondon ni.Kadang-kadang tu bila berjalan raya, bila singgah di RNR, bila keluar satu kereta sama je warnanya.Dah macam kumpulan nasyid pun ada.Suami pulak sekarang ni dia dah berkira-kira warna tahun depan...Tak tahulah dia nak warna pa.Sebagai isteri lea cuma mengikut sahaja.....

3 ulasan:

  1. Kak Azie ni, tak perlu tunggu raya, memanjangnya nak PURPLE! ok, lawa!

    BalasPadam
  2. Samalah kita mona, orang lalu depan rumah smapi boleh toleh dua kali tgk kami anak beranak pakai purple sbb ramai no yg pakai purple...agaknya tahun nie tahun purple kot!

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kak..hehe..kmk orang tema tahun tok kunin..hehe..jengoklah belog kmk..tengok gney orang rami raya di matu..hehehe...btw,,kmk follow ktk kak..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.