MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 1 Julai 2012

Maharku untukmu

Terbaca sinopsisnya dalam Harian Metro hari ni. Tapi sempat  nengok setengah cerita je. Lastnya menangis beria jugak. Sedih betul akhirnya.......



SINOPSIS CERITA MAHARKU UNTUKMU


Tengku Aishah (Nabila Huda) diibaratkan dilahirkan di dalam talam emas. Dia mempuyai segalanya dan membesar dikelilingi oleh golongan elit yang mementingkan status dan kasta. Ayah dan bondanya amat mementingkan status dan darjat.Aishah membesar sebagai gadis yang manja dan angkuh.

Dia mewarisi sikap hidung tinggi ibunya , Tengku Marina (Norish Karman).Aishah tidak pernah terfikir yang dia akan berhadapan dengan kemelut kehidupan kerana selama ini dia merasakan perjalanan hidupnya lancar dan hanya perlu 'petik jari' semua tersedia di depan mata.Kurangnya pendidikan agama dan jalan hidup yang kebaratan mengheret Aishah jauh ke lembah maksiat.

Sementara itu Putera (Adi Putra) adalah pemuda lurus dan bukanlah anak jutawan.Walaupun tidak berpelajaran , tetapi dia tidak pernah berputus asa mencari rezeki yang hahal.Dia berpegang kepada pesanan arwah ibunya bahawa maruah diri tiada nilainya dan sentiasa patuh pada ajaran islam.Kanaifan Putera disedari oleh Tengku Hamid(Rahim Jailani) iaitu ayah Aishah. Terlintas di fikirannya pada zaman sekarang sukar mencari orang yang lurus seperti Putera.Sehubungan itu Tengku Hamid mengambil Putera sebagai pemandunya.

Putera terkedu apabila kali pertama bertemu Aishah yang sombong, malah sebelah mata pun dia tidak memandang kearahnya.Aishah bertunang dengan Tengku Ariff ( Iqram Dinzly) seperti yang dimahukan Tengku Marina.

Baginya Tengku Ariff adalah calon terbaik walaupun lelaki itu telah gagal dalam dua perkahwinannnya.Gaya hidup bebas membuatkan Aishah merelakan saja dirinya ditiduri Ariff.Malang tidak berbau apabila Ariff terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia.Kesedihan Aishah bertambah parah apabila dia mendapati Ariff meninggalkan benih di dalam rahimnya.

Marina panik apabila mendapati anaknya mengandung.Dia menyuruh anaknya itu menggugurkan kandungan, namun Hamid membantah keras keputusan itu.Baginya dosa sedia ada amat besar jangan ditambah dosa yang lebih besar lagi.

Hamid mahu Aishah berkahwin.Dia harus mencari seseorang yang mahu menjadi pak sanggup.Hamid teringatkan Putera dan dia menyedari pemandunya itu ada menaruh perasaan terhadap Aishah.Hamid meminta Putera menikahi Aishah.Marina pengsan dengan keputusan itu manakala Aishah pasrah dalam tangisan.

Putera termangu, namun dia sememangnya mencintai Aishah.Dia tahu Aishah tidak pandang dirinya.Tetapi itu semua tidak penting.Putera tekad akan membahagiakan Aishah.Putera sedar apa yang sedang berlaku.Tetapi dia tetap melakukan apa yang sepatutnya untuk memperisterikan Aishah.Untuk itu dia menyediakan sendiri mahar untuk Aishah.

Tersenyum sinis Marina melihat cincin belah rotan dan AL-Quran sebagai hantaran.Bermulalah kehidupan baru Putera sebagai menantu Hamid dan Marina.Mujur juga nama Putera kata Marina.Bolehlah mereka menipu mengenai latarbelakang menantu.  mereka.Aishah pula sangat bencikan Putera.Hatinya tidak boleh menerima kenyataan yang dia berkahwin dengan pemandunya sendiri.Akan tetapi Putera tidak kisah walaupun dimaki dan dihina Aishah dicintainya dari hujung rambut ke hujung kaki.

Sehinggalah Aishah mengalami keguguran. Putera melayannya dengan baik sekali. Tetapi Marina telah meminta Putera menceraikan Aishah dan membuatkan Hamid meninggal dunia akibat sakit jantung.Putera pun menceraikan Aishah seminggu kemudian tetapi dia tetap menjadi pemandu Aishah .Cinta telah berputik di hati mereka sehingga mereka kahwin kali kedua dan Aishah anak Putera.Ada satu ayat dari Putera, walaupun abang mati nanti, abang nak memegang anak kita yang lahir nanti walaupun sekali.Selepas tu Allah nak ambil nyawa abang, ambillah.Sedih sangat masa tu.........

Marina telah mengupah seseorang untuk membunuh Putera. Dan akhirnya Putera koma dan kemalangan.Selepas itu Marina sendiri juga yang menjadi mangsa kemalangan. Di hospital semasa melawat Putera Aishah bersalinkan anak mereka. Dan Aishah meletakkan tangan anaknya dekat tangan Putera dan Putera menitiskan air mata..............Habis cerita..........

Maharku Untukmu-Alief (Nasyid)





Inilah maharku untukmu


Seperti ini kumampu, 

Sepenuh hati kuberikan

Sebagai wujud cintaku



Maharku untukmu tulus kuserahkan

Kepada dirimu satu yang kupilih

Maharku untukmu agung karunia

Yang Allah berikan padaku untukmu


Terimalah sebaris doa

Semoga engkau bahagia

Dan kunyanyikan lagu ini

Persembahan cinta suci

2 ulasan:

  1. caya la kak mona...terus ada....sy baru nak cari,,cerita dia best sgt2...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.