MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 22 Julai 2012

Hari-hari dok mikir menu berbuka

Dah dua hari kita berpuasa kan. Bermulalah sesi memikir menu untuk berbuka. Menu untuk sahur tak kisah sangat sebab menu berbuka tu boleh bawak ke sahur.Kalau boleh nak masak menu yang simple simple je.Taklah terkejut perut yang kosong seharian menerimanya.

Semalam termasak yang berat jugak.Ketam masak merah.Punyalah geram tengok ketam di pasar. Sekali timbang 3 ekor ..mak ai..mahalnya.Rasa nak letak balik je..Tapi suami cakap ok..oklah ...Jadinya dalam hati dah kata aku kena masak ketam ni sedap-sedap.Alhamdulillah.suami cakap sedap.

Hari ni pulak masak sup tulang, ikan tenggiri masin goreng, sayur campur ,sambal belacan dan cucur udang.Alhamdulillah.Satu setengah jam je dekat dapur.

Menu semalam.Sampai ke sahur pagi tadi


2 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.