MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 30 Julai 2012

Apa nak makan nanti ye....

Assalammualaikum semua. Dah masuk minggu baru dah kita.Dah 10 hari  kita berpuasa hari ni kan. Tak sabarnya nak tunggu rabu ni.Lea balik kampung.Kampungku nun jauh di Kuching Sarawak. Rindu sangat dekat mereka di sana.Mak , ayah, adik dan sedara mara lea.

Jadi azam sebelum balik ke Kuching nak habiskan semua kerja.Taknaklah nanti orang lak susah disebabkan kita.Lea akan balik ke sini balik 8.8 nanti.Kiranya seminggulah lea di Kuching.Dah macam-macam dah plan bila balik nanti.Dan semestinya apa yang lea nak makan lea makan nanti. Meh lea liskan apa yang lea nak makan. 

Ayam panggang kubah ria. - dekat sini lea tak jumpa lagi ayam panggang sesedap ayam ni
Mi kolok Haji Salleh-Mi kolok paling sedap rasanya
Laksa Sarawak-Di Kuching jugak yang sedap.
Ayam pansoh-Memang suami dan ayah akan buat nanti.
Umai-Original dari Sarawak memang sedaplah.
Tapai - Dekat Kuching time bulan puasa memang sedaplah
Kuih Bongkol-Dekat Pasar Ramadhan Satok mesti banyak
Terubuk Bakar-Jom terjah Pasar Ramadhan Satok
Sugar Bun- Memang akan beli nanti walaupun bungkus makan dekat rumah
Three Layer Tea SUgar Bun- Paling sedap dekat sini jugaklah.

Nak makan jekan kerjanya.Apa boleh buat.Dekat sini susah nak dapat.Di tanah kelahiran jugak yang banyak pilihannya.

Tak sabar rasanya.........

2 ulasan:

  1. Kakcik sedang mencari waktu yang sesuai untuk makan laksa sarawak hasil tangan adik ipar kakcik. :)

    BalasPadam
  2. amboi semua nye sedap yer... hehehhe

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.