MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 6 Jun 2012

Aku dan jam loceng


Ada jam loceng pun tido masih terlajak jugak. Dah tiga hari dah lea setkan jam dekat handphone supaya berbunyi 5 pagi.Tapi terlajaknya sampai 6 pagi. Kalau seorang takpelah.Ni sama laki bini. Suami pun setkan telefonnya jam 5 pagi  jugak. Apa silapnya ye.

Adakah memang handphone tak berbunyi?
Bila test ok je bunyinya.

Adakah tersilap setkan masanya?
Bila tengok ok je. Betul.

Adakah dah lena sangat sampai tak dengar? Yelah sedap berpeluk time sejuk sejuk macam ni. Hahahaha.
Tak jugak rasanya.Sebab boleh tersedar jam 6.Awal jugak tu kan.

Adakah bila berbunyi, kita dengar dan tutup alarm tu?
Kemungkinan sebab kita sedar tanpa sedar dan bila tido balik memang terlena teruslah.....

Hari ni suami pergi Johor.Lepas Subuh tadi. Esok tak taulah.Janganlah terlajak lagi. Lea kalau sorang-sorang kalau terlajak tido jadi kelam kabut.Tak suka bila dah kelam kabut ni.Serba tak kena dibuatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.