MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 1 Mei 2012

Selamat Hari pekerja


Assalammualaikum semua. Cuti ke hari ni? Selamat Hari Pekerja diucapkan. 

Lea, kalau ditolak, ditambah, dibahagi dah 13 tahun jadi pekerja di perkhidmatan awam di 3 jabatan dan insyaallah 7hb ni akan menjadi 4 jabatan.  Mana-mana jabatan semuanya sama je bagi lea. Yang membezakan cuma skop kerja kita, mungkin persekitaran dan orang sekeliling. Tapi selagi kita pandai bawa diri, komitmen kerja kita baik, insyaallah takkan ada apa-apa.

3 jabatan, pelbagai jenis ragam orang atasan, pelbagai jenis rakan sekerja betul-betul memberi pengalaman berharga pada lea. Pengalaman itu penting dalam lea melalui kehidupan mendatang. Mana yang elok lea jadi contoh mana yang salah, yang tak elok lea jadikan pengalaman, pengajaran dan insyallah lea takkan mengulanginya.

Tapi bagi lea keseronokan bekerja itu penting. Bila hati seronok , pagi-pagi bangun kerja kita akan seronok untuk pergi kerja. Bukan bangun pagi-pagi mencari alasan untuk tidak pergi kerja. Bila niat kita elok, hati kita seronok kerja akan dilakukan dengan jayanya. Betul tak?

SELAMAT HARI PEKERJA buat rakan semua dan buat diri lea sendiri. Biarlah selepas ini lea menjadi pekerja yang lebih baik dari sebelumnya.


1 ulasan:

  1. Cadangnya kakcik nak ke PWTC hari ini, tak tahulah jadi ke tidak...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.