MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 17 Mei 2012

Apa nak jadi ni.......

Tadi on the way balik kerumah dah plan nak buat nasi goreng kampung. Tapi bila sampai kerumah, sapu dua keping roti ngan kaya dan butter, set jam pukul 5.45 baring dan terus terlena.Kelam kabut bangun sebab tak sembahyang asar lagi.Lepas mandi dan solat asar baring lagi dan terlena lagi . Tersedar bila dengar sayup-sayup azan daari surau. Bangun dan menunaikan solat maghrib. Lepas tu duduk sekejap dan baring lagi hingga terlena lagi..Bangun bila dengar azan isyak.Bangun lagi dan menunaikan solat isyak.Berapa banyak tido dan bangun da.....Tapi itulah yang terjadi dekat lea hari ni. Serba tak kena dibuatnya.Mata ni nak tido je. Lastnya...perut dah berbunyi. Nak masak apa? Nak goreng  nasi? Kena masak nasi dulu.Adui...malas je rasanya.Lastnya benda yang senang yang cepat sudah semestinya MAGGIE.Memang tak elok makan maggie ni.Tapi nak buat macam mana.Nak masak benda lain MALAS.Nak keluar beli makan MALAS. Macam mana nak hilang penyakit MALAS ni?Nasib baik suami outstation hari ni.....Kalau tak mau kena marah sebab makan maggie.


2 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.