MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 2 April 2012

Slot AKASIA



Diadaptasi daripada novel Kasih Antara Kita, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania, anak kakaknya, Emira.

Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mula renggang. Tanpa diduga, Emelda bertemua Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania.

Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya Emira yang meninggal dunia akibat kanser.

Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak tujuh tahun lalu. Pada masa sama, Emelda gusar jika Aeril akan merampas Dania daripadanya.

Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah Aeril. Lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania memanggil Aeril, Papa. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah, demi Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh.

Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu? Jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda.

Jadi kepada semua, jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda keluaran Metrowealth yang akan menemui anda menerusi slot Akasia, TV3 pada Februari ini pada pukul 7.00-8.00 malam setiap hari Isnin-Khamis

*****suka betul lea nengok ALMY NADIA dalam cerita ni.

1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.