MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 8 April 2012

Segalanya tentang dia

Bagaimana harus aku memulakannya..........

 Dia seorang yang amat cool bagi aku .Bukan seorang yang suka marah-marah jauh sekali untuk mengangkat tangan pada aku. Jika ada salah paham perbincangan dari hati ke hati adalah jalan penyelesaian kami.Bukan dengan jerit menjerit dan bukan juga dengan maki-makian.Dengan dia aku belajar mengawal emosi dan tindakan luar kawal aku. Hahahaha.Dulu aku juga adalah seorang yang panas baran jugak rasanya. Degil juga mungkin..Aku tidak malu untuk mengakui.Tetapi dengan dia Alhamdulillah... semuanya terkawal.Apa guna akal dan fikiran yang merupakan kelebihan kita sebagai seorang manusia kan? Itu yang dia selalu cakap pada aku.

Dia juga seorang  yang sentiasa menghiburkan aku dengan lawaknya. Suka membuatkan aku tergelak. Mungkin itu yang membuatkannya disenangi rakan-rakannya walaupun pada hakikatnya dia yang paling muda di antara mereka. 

Jika dia tiada di sisi ...argh.....aku sunyi...aku sepi.Tapi apa yang boleh aku buatkan? Dia pergi untuk mencari rezeki.Untuk aku jugakan. Aku merelakan pemergiaannya untuk mencari rezeki yang halal bagi kami. Hanya doa yang mampu aku kirimkam. Semoga dia sihat selalu. Selamat dan terpelihara dalam menjalankan tugasnya. Rindu...siapa yang tidak rindukan. Perginya ahad, baliknya jumaat. Ahad pergi balik. Tapi aku redha dengan tugasnya.Bukan seperti yang lain. Masuk kerja jam 8. Balik jam 5. Dok duduk diatas kerusi yang selesa.Dok melihat komputer hari-hari. Tapi kerjanya, memang bahaya sekali. Hati mana yang tidak risau bila dia menyatakan dia harus memanjat tower untuk hari itu. Bukan satu tower, kadang-kadang sampai 3 tower. Tergantung di tower komunikasi dari pagi sampai ke petang.Hanya ALLAH yang maha mengetahui betapa hati ini bimbang, hati ini risau. Hanya mampu berdoa dari kejauhan.

Tapi jauh di sudut hati aku, aku bangga dengan tugasnya.Tanpanya mungkin insan lain tak dapat menghubungi antara satu sama lain dengan telefon bimbit. Mungkin sms tidak akan dihantar. Dan tidak guna juga dengan kecanggihan teknologi jika linenya tiada. Dari kerjanya kasih sayang anak pada keluarga dapat didekatkan walaupun jauhnya beribu batu dan  kasih sayang isteri yang  berjauhan dengan suami dapat didekatkan untuk menghilangkan rindu.

Esok dia akan pergi lagi untuk seminggu lagi. Malam ni aku dah rasa kesedihannya. Malam ni juga aku akan menitiskan airmata. Ini adalah suasana biasa bila dia nak pergi kerja ke tempat yang jauh. Sedih sangat bila berjauhan. Kesunyian dan kesepian pasti dirasai.

DIA ADALAH SUAMIKU. 


2 ulasan:

  1. sweet nya kitak 2 kak...hope bahagia hingga slamanya..amin.
    kmk 2 hb mek..nang bercakaran jak..myb lom bena2 matang..

    BalasPadam
  2. harapnya suami tu ok2 je. saya dgn husben pn jauh2 jgk. jmp pun sebulan sekali je. itu pun tak lama. pagi sabtu sampai, tengahari ahad dah balik semula.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.