MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 28 April 2012

Pergi KL jugak hari ni....

Hari ni pagi-pagi dah pergi KL. Bukan nak pergi BERSIH 3.0 ye. Lea dan suami pergi Pesta Buku di PWTC. Punyalah ramai orang yang datang. Berlanggar punggung jelah. Dengan panasnya lagi, melekit-lekit rasa badan walaupun dekat PWTC tu ada aircond. Banyak booth dari penerbit-penerbit buku dan majalah yang dibuka. Yang semestinya lea terjah ialah KARANGKRAF dan PTS ISLAMIKA . Memang target nak ke situ je.Nasib baik jumpa. Dan satu lagi KAKI NOVEL.Dah nak balik baru terjumpa booth KAKI NOVEL ni. Dah rasa malas nak singgah. Dah penat sebenarnya...Tapi rasanya nak terjah lagilah.....

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk datang, boleh pergi sebab pesta buku yang bertemakan "BUKU.DUNIA TANPA SEMPADAN" ini bermula pada 27 April 2012 dan berakhir pada 6 Mei 2012 dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

Nak tau lea beli buku apa? Nantilah lea tayangkan..




2 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.