MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 12 April 2012

Makan itik.....

Lea pasti tak semua orang makan itik kan.Tapi bagi lea, itik memang fav. lea dan suami. Sebenarnya itik lagi sedap dari ayam. Tapi kena pandai membuatnya. Kalau nak membuatnya lengkuas, halia dan serai kena banyak. Lea lebih suka masak kicap berempah macam ni. Tapi betul, memasak itik ni banyak ceritanya. Kena buang air itik betul2x. Baru isinya empuk. Kalau dekat Sarawak ada satu rempah yang dikenali sebagai rempah PA'LO. Memang kalau masak itik memang sedaplah.

Dulu ingat lagi masa dekat kampung. Nenek memang banyak memelihara itik.Kalau nak makan sembelih je. Pernah satu-satu masa sampai 4 ekor itik disembelih.Lealah tukang cabut bulunya. Pakcik lea memang pakar masak itik  ni.Sedap je. Kalau ada jemputan makan malam dekat rumah dia mesti dia hidangkan itik. Suami suka makan itik ni sejak kahwin ngan lea. Memang dalam sebulan mesti beli itik seekor.Tapi sekor tu dua tiga kali jugaklah makan. Maklumlah berdua je kan. 

Sapa-apa yang tak makan itik tu cuba-cubalah ye. Kalau dah rasa sekali mesti nak lagi.

6 ulasan:

  1. dya tak pernah cuba lagi mkan daging itik..

    BalasPadam
  2. itik memsng sedap..kat tempat akak Kerutuk Itik sangat digemari.

    BalasPadam
  3. kmk mun byk gilak rempah mek x mkn...tp penah org kpg masak iti..nang mabeles...lalu belalak mek makan

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.