MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 27 April 2012

Maaf jika aku tak sempurna...

Koleksi novel terbaru lea..947 mukasurat.Dah 2 minggu dah tapi tak habis juga membacanya.Selalu kalau beli hari ni malam nanti dah habis membacanya. Tak taulah kenapa kali ni lambat pulak nak menghabiskan novel ni.

Sinopsis
Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. 

Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan 
sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah 
menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. 
Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri 
telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya 
mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari 
pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara 
mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang 
antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan 
bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri 
menghembuskan nafas yang terakhir, 
beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman,Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa 

Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam 
satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. 
Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa 
cinta di hati, namun Luqman tetap menerima 
Melina seadanya sebagai seorang isteri. 
Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini 
menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada 
rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. 
Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang 
menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu 
dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. 
Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? 
Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

2 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.