MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 25 April 2012

Ku sebagai orang goment

Kakitangan kerajaan syoklah hari ni.Sebab dapat gaji kenaikan 13% dan tunggakan dari Januari 2012. Lea pun sama jugak. Senyum sampai ke telinga hari ni. Boleh bagi mak lebih sikit bulan ni. Alhamdulillah rezeki. 

Tak pernah terpikir pun akan dapat gaji sebanyak ini dengan kelulusan yang ada.Yelah..lea hanya pemegang sijil SPM. Mungkin sudah rezeki lea.Selepas Keputusan SPM 1998 diumumkan pada Mac 1999 langsung takde niat nak sambung belajar. Anak sulung...macam-macam nak pikir. Takpelah.Bagi peluang dekat adik-adik jelah.Cuma lea masuk kelas komputer dulu selama 3 bulan. Lepas tu kerja dekat kedai makan. Bulan Julai 1999 lea isi borang SPA 8. Sekarang mana ada kan borang tu lagi. Bulan Oktober 1999 lea dapat panggilan temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar untuk jawatan Pembantu Tadbir (P/O) N17. Bulan November dapat surat tawaran kerja dan kena melaporkan diri pada 6 Disember 1999.6 Disember 1999 bermulalah lea sebagai kakitangan kerajaan dengan gaji basic 583.00 sahaja.Campur elaun dapatlah 800.00 lebih.Tolak kwsp dapatlah 730.00.Dengan 730.00 tulah bagi mak 300.00.Simpan 200.00.Belanja 200.00 lebih je. Yelah duduk dengan mak apa nak pikir sangat kan.Tapi sebulan lepas tu kerajaan umumkan kenaikan 10%.Alhamdulillah.

7 tahun lea di jabatan yang sama sehinggalah pada MAC 2006 lea mendirikan rumah tangga dengan En.Sham. Nak tak nak kena memohon pertukaran di semenanjung dan Putrajaya menjadi pilihan. 1  Ogos 2006 lea melapor diri di jabatan baru. Suasana baru, kerja baru, kawan-kawan baru.Semuanya macam tak kena je rasanya.Yelah baru. Tapi 4 tahun jugaklah dekat jabatan kedua. Pada masa itu lea mendapat berita gembira.PTK lulus Aras 4 dan mendapat anjakan gaji.Alhamdulillah.Syukur.Rezeki.....

Pada Jun 2010 diwarkan pasal permohonan untuk menjadi Pembantu Tadbir Kanan N22. Bos suruh mencuba untuk isi borang.Mana tau rezeki kan. Lea pun isi dan alhamdulillah.Pada September 2010 dapat tawaran untuk menjadi CC dan kena melaporkan diri pada 11 Oktober 2010.Jabatan ke3 lea lah ni.Alhamdulillah.Tapi rasa sayang nak meninggalkan jabatan kedua.Yelah...dah serasi, kawan-kawan ramai, tapi nak buat macam mana, rezeki kan.

Dekat jabatan baru ni hampir setahun 5 bulan dan insyaallah akan ke jabatan yang keempat selepas ni.Sebab dah memohon bertukar dari Shah Alam ke Putrajaya balik.......Tak lama lagi dah rasanya tu...Tunggu................

1 ulasan:

  1. Terima kasih berkongsi cerita dan sejarah bekerja Lea.

    Org kata kerja gomen ni stabil. Dah pencen pun masih ditanggung oleh kerajaan.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.