MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 25 April 2012

Kali pertama dalam hidupku.....

Isnin 23 April 2012 akan menjadi satu sejarah dalam hidup lea sebab pertama kali naik towink. Pagi tu kena pergi Kuala Selangor sebab ada kursus baru mula. Nak tengoklah sebab lea adalah ketua urusetia yang tak berapa nak setia. Dah nak balik tu kereta opis memang tak boleh hidup dah. Call bengkel berdekatan , dia cakap bateri dah kong...Jadi dia jump baliklah.

Balik tu guna lebuhraya GUTHRIE. Betul-betul dah habis highway tu boleh mati lagi.Adui...dahlah panas terik ni. Lastnya zul, pemandu yang bertugas call bengkel yang selalu berurusan dengan opis kami. Dia cakap nak hantar towink dan bawa terus kereta ke bengkel dia. 

Towink pun sampai. Lea ngan ida naik towink dan zul di dalam kereta yang ditowinkkan. Rasa tinggi semacam je. Kalau naik bas kita dok belakangkan.Ni dok depan.Dengan lagu kelingnya...Adui...sabar jelah. Jadinya dalam sejarah hari tu lea sampai rumah jam 7.30 malam.Lewat betul dah rasanya.Dengan bau massam di badan.Nasib baik suami dekat Johor.Kalau tak kena kutuk bau massam. Yeyey..nak cerita ni...suami i balik hari ni...auw.......

Menung apa tu?Kereta rosak bang?

Kerosakan kereta kami dah mebuatkan jalan jam seketika

Nilah towinknya yang kami naik

Tinggi benar rasanya......

1 ulasan:

  1. Kereta rosak kita tak boleh jangka. sib baik tmpt tu 'line clear', tak 'jem', kan.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.