Ikan lumek jarang nak jumpa dekat semenanjung ni.Lea jumpa pun jarang-jarang di Pasar Teluk Intan dengan Pasar Borong Selangor.Kalau jumpa harus beli sampai 2-3 kilo. Sedap dibuat sup dan jemput-jemput.Goreng garing pun sedap.
Dabai pulak memang takda dekat semenanjung ni.Dekat Sarawak pun bermusim.Sedap dicelur dan di makan begitu sahaja.Boleh dibuat masin dan ditumis bersama cili, ikan bilis dan bawang.Lagi sedap dibuat nasi goreng.
Telur padi.Bukan takde dekat semenanjung ni.Dekat GIANT, CAREFOUR banyak.Tapi mungkin orang tak reti nak makan kot.Suami sejak kawin ngan lea ni baru reti nak makan telur ni. Kalau tak, tak reti.Sampaikan biras lea dia rebus telur ni dan bila bukak warnanya hitam dan dia ingat telur ni busuk. Memang warna dia hitam dan macam jelly.Tak perlu rebus ye.Lepas kupas kulitnya, basuh dah boleh makan.Boleh di makan bersama dengan nasi yang panas. Sedap......



ikan lumek ya kak mun dipolah cuco nang nyaman! kmk mun lempah ikan ya x mok kmk mkn. try ktk kak mlh cuco..nang mabeles!
BalasPadamTelur padi makan ngn mee belachan.. Perghh..
BalasPadam