MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 3 Januari 2012

Suamiku punya kerja.....

Suami lea memang suka membuat sesuatu yang tak diduga.
Sabtu -31.12.2011-  7.30 pagi

Suami :            Yang, jom balik kampung.
Lea:     Jom.tapi bagi ayang sidai kain baju ni dulu. Nak packing lagi. Kita minum dulu dalam kul 9 kita bertolaklah.
Suami: Ok.

Jam 11.30 pagi sampai ke Teluk Intan.Pergi rumah akak ipar  sebab nak ambik mak mertua  dulu .Makan  tengahari dekat sana dan macma biasalah borak-borak sampai jam 4 petang. Suami tengok lea.

Suami: Yang…jom p langkawi.
Lea:     Hah…buat apa?Dah pukul berapa ni?
Suami: Jalan-jalan….
Lea:     Sempat ke?Hotel tak book ing.eeeee suka tau buat kerja macam ni.
Suami: Adalah hotel.Dah hujung cuti sekolah ni.Bukan ramai orang pun.
Mak Mertua    : Kalau nak p langkawi hantar mak kat rumah abang arit dekat Taiping.
Suami: Ok..jom kita bertolak…
Lea: Hah………

Sampai  Taiping jam 6 petang.Mandi ,solat terus bertolak ke Kuala Perlis.Sampai dalam jam 11 malam dekat Kuala Perlis. Redah je Tanya hotel ada bilik kosong ke tak? Nasib baik ada.Check in. Awal pagi keesokkanya dalam jam 6 pagi suami dah pergi ke kaunter tiket di jeti  untuk beli tiket ke Pulau Langkawi.Ok…kami bertolak ke Langkawi dengan feri jam 8.15 pagi.Di langkawi pulak bestfriend lea dah suruh tido rumah dia dan transport pun dia yang uruskan……Tapi sayang….hari tu hujan satu hari di langkawi.

Ini kali ke3 percutian yang langsung tak dirancang.Kali ni memang jadi blur lea dibuatnya.Sebab baju yang dibawa memang untuk dikampung.Nasib baik satu hari satu malam je. Dekat hotel dok punggah balik kain baju kami.Dari dua beg bawak satu beg je.Takpe biar dia yang bawak.Dia suka sangat nak main redah je macam ni…

1 Mei lepas ke Pulau Pinang.Tak booking hotel jam 2 pagi baru checkin hotel selepas 3 jam dok pusing cari hotel.

24 Disember lepas.Dekat Melaka .Setelah puas  cari hotel lastnya tido dekat hotel di Muar.

Kali ni pulak nasib baik ada hotel kosong.

Lepas ni tak tau pulak apa.Suami dah cakap surprise…….Adui…..Pening kepala dibuatnya….


Dia kesayanganku....

5 ulasan:

  1. Dah minat dia mcm tu layan ajelah.

    Lea pergi berdua aje kan? Senanglah. Kalau dgn gerabak mcm kami, tak usah cari pasal ..... hehehe

    BalasPadam
  2. Haha.. Nang suka molah gezutan laki ktk ya...

    BalasPadam
  3. Seronok juga jalan2 tanpa persiapan macam tu. :)

    BalasPadam
  4. suprise dari suami tersayang..haha seronok jugak layan,kan..

    BalasPadam
  5. Biasanya yg xdirancang tu menjadi..
    Hihi..

    Salam kenal sis..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.