MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 3 Januari 2012

Sapa yang harus dipersalahkan


Semalam  dalam perjalanan dari kampung nyanyi lagu dalam kereta.Tiba-tiba teringat ngan lagu ni.Sampai lah habis nyanyi.Cakap dengan suami, jadinya kan ular yang patut dipersalahkan sebab bangau kurus.Betul tak?

Bangau oh bangau,

Kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus

Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan

Kenapa engkau tak timbul?

Macam mana aku nak timbul

Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput

Kenapa engkau panjang?

Macam mana aku tak panjang

Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,

Kenapa tak makan rumput?

Macam mana aku nak makan

Perut aku sakit
Perut aku sakit.

Perut oh perut,

Kenapa engkau sakit?

Macam mana aku tak sakit

Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi

Kenapa engkau mentah?

Macam mana aku tak mentah

Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.

Api oh api,

Kenapa engkau tak mahu menyala?

Macam mana aku nak menyala

Kayu api basah
Kayu api basah.

Kayu oh kayu,

Kenapa engkau basah?

Macam mana aku tak basah

Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,

Kenapa timpa kayu?

Macam mana aku tak timpa

Katak panggil aku
Katak panggil aku.

Katak oh katak

Kenapa panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil

Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.

Ular oh ular

Kenapa nak makan katak?

Macam mana aku tak makan,

Memang makanan aku
Memang makanan aku.

1 ulasan:

  1. Sebenarnya manusia yang salah. Pandai2 je cipta lagu tu! hehehe...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.