MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 12 Januari 2012

Makan Gaji vs Kerja Sendiri

Mana satu korang pilih.

Lea pulak makan gaji dengan kerajaan

Makan gaji maknanya kita akan dapat gaji kita setiap bulan.Takde perubahan untuk setahun kecuali ada perubahan gaji, kenaikan pangkat atau kita ada buat potongan gaji.Kalau ada bonus lagi bagus.....Cukup ke?Bak kata orang kita besar periuk besar jugaklah keraknya kan?Bagi lea alhamdulillah.Boleh untuk membantu keluarga di kuching.Bantu adik yang masih belajar.Dulu memangku je jawatan sekarang.Sekarang alhamdulillah dah dapat surat pengesahan.Taklah basic gaji pada jawatan yang lama.Cantik je nampak slip gaji.Cukup-cukup jugaklah sampai hujung bulan.Kalau gaji dapat tengah bulan...tu kena jaga-jaga.Kena pandai mengaturnya.Kalau tak...cepat habis.Lagilah pulak kalau bulan seterusnya gajinya betu-betul 25hb.Kerja makan gaji ni masanya lebih teratur.Masuk kerja jam 8 balik jam 5.Kalau buat OT jelah balik lewat.tapi OT tu berbayar kan.Bukannya free.Ada kelebihan disitu.Lea dulu masa bujang memang rajin buat OT.Tapi bila dah kahwin sharp 4.30ptg dah balik sebab lea masuk jam 7.30 pg.Macam-macam nak ingat dekat rumah.Kain bajunya..nak masaknya lagi.

Suami pulak kerja sendiri.

Kerja sendiri?Bagi yang minat bisnes memang seronok kerja sendiri. Pendapatan? Seronok...Masyuk.... Kadang-kadang lea yang naik seronok bila melihat payment masuk dekat emel suami.Tapi perlu diingat.Masuknya tak mengira waktu. Dan banyak lagi nak dibuat dengan payment yang masuk tu. Untuk modal pusingannnya, untuk bayar gaji pekerja, elaun outsation lagi, sewa opis lagi, dan macam-macamlah.Dapat dekat diri sendiri dan syarikat...alhamdulillah...Cukup makan, pakai dan tempat tinggal kami berdua.Yang penting keperluan didahulukan.Kehendak kemudian..Boleh gitu.Hahahaha.Lagi satu kerja sendiri ni...datangbya  masa free, free sesangat.Masa bz tu...jumpa suami pun masa tido je rasanya. Tapi kena faham.Kerja sendiri ni tak kira masa.Belum part jumpa pelanggan lagi. Sebagai isteri kena paham.Mula-mula dulu melenting jugak.Tapi lama-lama faham.Dia kerja pun mencari rezeki untuk lea jugak. Dengan kerja tak menentu masa nilah percutian lea dengan suami memang selalu main terjah je.Tapi seronok sebenarnya. Sangat-sangat adventure.....

Setiap orang tu ada citarasa sendiri kan.Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya bila kerja sendiri dan makan gaji ni.Ye...sebab lea melalui kedua-duanya.Dah paham sangat dengan 12 tahun kerja makan gaji dan kahwin selama 6 tahun dengan orang yang kerja sendiri.

1 ulasan:

  1. saya suka makan gaji yang ada ot..haha mcam ka opis lama saya tu..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.