MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 13 Januari 2012

Coretan di pagi jumaat

Alhamdulillah.Bertemu lagi lea dengan hari jumaat.Penghulu segala hari.Tapi kesihatan ini masih belum mengizinkan lea untuk pergi bekerja.Sudah 3 hari dah.Keluar masuk klinik, keluar masuk hospital.Entahlah. Perut sakit yang amat sangat.Cirit birit tak mengira waktu.Belum lagi dengan muntahnya.

Apa masalah sebenarnya ni.Nak makan nak minum pun lea tak berani.Makan semangkuk bubur, semangkuk jugak lea muntahkan.Minum segelas  air segelas jugak lea muntahkan.Perit sungguh rasanya.Badan dah lembik semacam.Sampai semalam dimasukkan air di dalam badan.

Lea salah makan ke? Lea kena cirit birit ni hari selasa malam rabu.Kalau dingatkan hari selasa pagi dalam pukul 7 makan nasi lemak sebungkus.Dalam pukul 11 lepas meeting ada disediakan makan.Nasi lemak jugak.Ambik sikit je.Cuma nak merasa.Tengahhari skip makan sebab dah kenyang.Dalam jam 3 minta anak buah belikan goreng pisang dan keropok lekor.Boleh makan ramai-ramai.Selain tu minta anak buah belikan fresh orange suam.Apa yang lea salah makan.Bukannya tak pernah makan benda yang sama.

Hari ni kena jumpa doktor lagi.Dia dah pesan kalau masih tak elok, jumpa dia lagi.Takut ada masalah lain.Masalah apa pulak ni.Macam-macam dah pikir.Tapi mintak-mintak takde apa.Cuma cirit birit biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.