MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 31 Disember 2011

Balik kampung...........

Assalammualaikum semua.
Lea dalam perjalanan nak balik ke Teluk Intan Perak.
Di Perak, tak taulah plannya apa nanti..
Tengoklah mcm mana nanti.
Rasa nak ke bukit bukau, ada nak ke pantai, ada nak ke pulau.
Yang pentingnya cuti Tahun Baru sampai Isnin akan dimanfaat sepenuhnya.
Inilah masa nak bersama suami.Yelah...time kerja dia dah ke johor je.
Tinggal lea sorang-sorang je kat umah.
Ok semua...nanti cerita ye kemana kita....
Gambar sekadar hiasan.
Bersama sepupu lea yang duduk di Johor

Jumaat, 30 Disember 2011

Bila dah takde kerja...nilah jadinya


Cinta...........



Zikir: Kenapa Dhia senyum?

Dhia: Sekarang Dhia dah tahu siapa yang lebih sayangkan Dhia...

Zikir : Siapa?

Dhia : ALLAH

Zikir : Abang mencintai syg lebih dari segala-galanya

Dhia : Jangan mencintai Dhia lebih dari mencintai ALLAH


Adegan yang membuatkan air mata ini mengalir laju....

300++ keping gambar

2 hari lepas terima parcel.
Ada 300 lebih keping gambar di dalamnya.
lea print online.
Oklah 4R dapatlah 30sen sahaja.
Kualitinya...oklah...bagi harga 30 sen.
Senang sikit.
Malas nak hantar kedai.
Dengan gambar sebanyak tu kena hantar kena ambik.
Gambar-gambar tu bagi tahun 2008 hingga 2011.
Itulah je kenangan yang ada.
Kebanyakkan gambar dengan arwah abah.
Lea print jugak yang bersaiz 4R, 5R dan 8R.
Kalau berminat boleh pergi ke

segala maklumat ada di sana


Lea paling suka dengan gambar ni.Mereka yang ku sayang

3 Idiots

Cerita ni lea tengok pada hari rabu malam.
Tertengok sebenarnya.Dan lea boleh layan.
Antara filem Hindi terbaik yang lea pernah tengok.
Dan malam tadi, jam 1030 malam lea menunggu jugak sebab nak melihat apa kesudahan cerita ini..
3 Idiots bercerita tentang kisah 3 sekawan bernama Rancho, Raju, dan Farhan, dalam menjalani kehidupan kuliahnya di salah satu institut engineering terkemuka di India. Di situ diceritain kalau sistem pendidikannya itu nggak menjadikan mahasiswanya sebagai manusia, tapi jadi mesin, yang paradigmanya kuliah, lulus dengan nilai bagus, dapet kerjaan, gaji tinggi, hidup bahagia (familiar dengan hidup kita kan?). Sistem pendidikannya nggak membuat manusia itu semangat mencari ilmu, melainkan cuma mendapatkan gelar semata.

Selain itu, di film ini diceritakan tentang orang tua yang (maaf) kolot, yang merasa mengerti bagaimana membuat anaknya bahagia dengan cara memilihkan jalan hidup anaknya. Padahal belum tentu jalan yang dipilihkan itu disukai oleh anaknya.

Inti later belakang ceritanya sih begitu.. Gw ga mau cerita banyak-banyak karena gw masih amazed banget sama filmnya. Bayangin, ini film 3 jam diputer, gw nonton tengah malem (mulai jam 22), tapi bener2 gw nikmatin 100% dari awal sampe akhir! Biarlah teman-teman penasaran aja dengan film keren ini 

Faktor besar yang membuat film ini keren adalah karena banyaknya inspirasi yang ada di sana. Nilai-nilai yang diangkat sama film itu benar-benar adalah nilai-nilai yang gw yakini. Beberapa di antaranya ada di bawah (NB: kalian harus nonton untuk benar-benar menghayati nilai-nilai ini! )

Berpikir positif dalam berbagai kondisi akan sangat membantu.
Walaupun berpikir positif belum tentu menyelesaikan masalah, setidaknya itu akan membantu kita tidak memperpanjang masalah. Satu hal yang selalu diangkat dalam 3 Idiots adalah quotes-nya Rancho: all is well (semua baik-baik saja). 

Jangan cuma mengejar impian sendiri, bantu orang lain mewujudkan impiannya. Rancho melakukan itu semua, menyadarkan Raju untuk mengatasi ketakutan-ketakutan dalam hidupnya, dan menyadarkan Farhan untuk mengikuti kata hatinya.

Ikuti kata hati kita, jangan berpura-pura, lakukan apa yang memang benar-benar kita sukai. Kalau bertentangan dengan apa yang orang tua kita inginkan? Bicaralah baik-baik dengan mereka, tunjukkan bukti kalau kita memang serius di bidang itu. Tunjukkan suatu prestasi yang sekiranya akan ‘melunakkan’ hati mereka. Semua orang tua bisa dipastikan ingin anaknya bahagia di masa depan. Kalau jalan yang mereka berikan tidak kita sukai, yakinkan mereka bahwa jalan yang kita pilih akan membuat kita bahagia. Farhan did that! 

Jangan pernah takut menghadapi hidup. Hilangkan ketakutan-ketakutan tak beralasan yang membuat kita tidak berkembang. Takut menghadapi sendirian? Cari sahabat untuk berjuang bersama.

Bergaullah dengan teman-teman inspiratif, yang bareng-bareng akan saling mendukung dalam kebaikan. 3 Idiots itu, masing-masing saling menginspirasi satu sama lain dengan caranya masing-masing.
Hidup ini jangan mengejar kesuksesan. Sukses itu cuma efek, bonus, dari apa yang kita tekuni. Seperti yang dibilang di film: Pursue excellence, and success will follow, pants down.

Practice what you preach. Jangan cuma bisa ngomong atau menasihati doang, lakukanlah apa yang udah diomongin. Atau yang lebih baik lagi, bicaralah lewat tindakan kita. Rancho yang emang sangat positif dan bersemangat, begitu ditantangin sama Raju & Farhan supaya melakukan apa yang dia suka omongin, dia langsung membuktikannya!

 

Salam Jumaat dari lea

Assalammualaikum.
Selamat Pagi semua....
Hari ni Jumaat 30 Disember 2011.
Hari terakhir lea bekerja untuk tahun ni.
Insyaallah.
Nanti bertemu di hari baru, minggu baru dan di tahun baru.
Sekejap sungguh masa berlalu kan.
Sekejap je masuk tahun baru dan sekejap je dah hujung tahun.
Bertambahlah lagi umur kita. Ye tak......
Hari ni nak settlekan semua baucer bayaran sebelum tutup akaun.
Biarlah di tahun depan takde kerja yang tertangguh di tahun.
Biarlah kita buka cerita baru.
Taknak buat yang tertangguh-tangguh ni dah....

Sekadar gambar hiasan

Khamis, 29 Disember 2011

Cendol Leman Dawi

On the way balik ke Puchong ikut jalan lama.
Dah dekat seremban apa lagi singgahlah dekat CENDOL LEMAN DAWI.
Ramai pulak orang time tu.
Rasa cendolnya oklah...tapi yang best dengar dia berceloteh tu.
Hafal semua nama tempat , nama daerah, macam-macamlah dia sebut.
Dan yang bestnya lea suka nengok banner-banner kat kedai dia tu.
Boleh buat lea tergelak.
Cendol Pulut -RM1.50
Tambah percuma.....





Satu lagi banner yang lea tak sempat ambik gambar

AIR BARLI PERCUMA

MINUM PERCUMA

TAMBAH PERCUMA

BUNGKUS PERCUMA



Rabu, 28 Disember 2011

Disuatu senja di Pulau Melaka


dari seraut wajah mencerminkan sebuah kesetiaan.

dari seukir senyuman mencerminkan kejujuran.. 

dari sekeping hati mencerminkan keihklasan.. 

Rindu sangat kat dia......

Wordless Wednesday


Selasa, 27 Disember 2011

Banjir oh banjir.....

Dapat 3 MMS dari makcik dan sepupu.
Rumah nenek dikampung kena banjir
dan rumah lea di Kuching jugak banjir.
Tapi nasib baik cuma di jalan je sebab rumah lea di kuching rumah bertiang.
Teringat zaman kecik2x dulu.Dok rumah rendah bila banjir jam 12 tgh malam baru leh tido sebab nan tunggu air surut dan cuci lantai.



Nasi lemak dan ikan bakar di Merlimau

Checkout hotel di Muar suami bawak breakfast di Merlimau.
Nasi lemak ikan bakar.
Kedai kecik je tapi ramai org.
Nasi lemaknya simple je.
Nasi lemak dan sambal tumis kosong tanpa ikan bilis.
Yang bestnya ikan kembung bakar.
Sedap....ikannya dia bakar dah tu ditumis dengan sambal dan telur.
Nasi sepinggan RM2.Ikan kembungnya yang comel-comel RM 2 seekor.Lea ngan suami ambil 2 pinggan nasik dan 4 ekor.Memang sedap




Ahad, 25 Disember 2011

Dari melaka ke muar...

Semalam tak plan apa-apa terus je g melaka.
Dahlah highway jam...Bertolak jam 6.30 ptg sampai Melaka jam 9.30 petang.
Ambik...3 jam ke Melaka.Selalunya satu jam setengah je dah sampai....
Jalan...jam yang amat.
Masalahnya....cari hotellah pulak.
Dari ke 1 ** hotel sampai ke 5** hotel semuanya penuh....Aduh......
Pergi Semabok pulak.Konon-kononnya lah di pinggir bandar Melaka , pun penuh.
Kita ke Merlimau pulak....2x5 penuh.Dasyat...kan.Malam Krismas kan.
Lastnya ke Muar....Alhamdulillah  dapatlah jugak......
Jadinya checkin hotel semalam jam 1230 malam.
Jangan macam p penang hari tu jam 2 pagi baru checkin.Pergi time 1 Mei...Lagilah haru....
Lea n suami memang jenis tak pernah plan bila nak berjalan.
Time tu plan..time tulah pack barang terus pergi.
Bila dah di Muar harus dicari ialah MI BANDUNG.
Pergh...sedap....likat...pekat....
Kalau nak cari depan Medan Selera depan TM Muar.
RM4 sepinggan.
Pagi ni nak meronda di Melaka...
Jom kita....

Sabtu, 24 Disember 2011

Cuti 3 hari.....

Sabtu, Ahad, Isnin.
Kan 3 hari kita cuti kan.
Seronoknya cuti.
Kemana kita ye......
Tapi tak seronok bila selasa ni suami turun johor balik
Tengah banyak projek dekat sana.
Alhamdulillah rezeki...
Kadang-kadang bila dekat rumah sesorang mau nak menangis jugak.
Kadang=kadang tu nak menjerit pun ada.
Bosan tau. Tak tau nak buat apa, nak cakap  ngan sapa.
Entahlah....nak dihalang tulah gayanya dia mencari rezeki untuk kami.
Terimalah dengan hati terbuka.
Sekadar gambar hiasan.Rindu dekat mereka.Kalau mereka ada takdelah sunyi sangat dekat rumah walaupun suami outstation.

Jumaat, 23 Disember 2011

Inspirasi dari blog kakchik seroja

سلامت داتڠ ک بلوݢ مون مونتان

. سودي-سوديکنله داتڠلاݢي



Bila masuk ke blog kakchik seroja tadi , dia suruh teka apa tulisan jawi yang dia letak dekat entry dia.
Tergagap jugak nak mengejanya.
Dah bagi jawapan tapi tak taulah betul ke tidak.

Dulu zaman sekolah laju lea bila dok baca jawi ni.
Tapi bila dah lama tak membaca di dalam tulisan jawi, jadi lambat dah.
Kena mengeja satu satu.

Bila melihat senario sekarang tak mustahilkan anak anak generasi sekarang tak tahu langsung nak menbaca tulisan jawi kan?

Pesanan buat diri sendiri...

✿ Bergunung manapun harta, bukanlah kaya, jika miskin budi bahasa..

✿ Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan, jika nafsu tidak dapat dilawan..

✿ Secantik manapun rupa, bukanlah ratu, jika buruk tingkah laku..

✿ Setinggi manapun darjat, bukanlah mulia, jika tiada iman didada..

✿ Melangit manapun ilmu, bukanlah bijaksana, jika tidak diamal dan diguna..

✿ Sealim manapun diri, bukanlah ulama', jika takbur dan riak.. ♥


Gambar sekadar hiasan



Rabu, 21 Disember 2011

Gian rasa nak kelaka sarawak

Apa kabar kitak orang tek.
Rindu benar nak kelaka sarawak eh.
Dolok di opis lamak ada juak 2-3 orang geng sarawak.
Kinek tok urit-urit jak sorang-sorang diopis.
Ada juak bos kamek pandei kelaka sarawak.
Nya orang Kelantan tapi lamak dah di sarawak.8 tahun masuk 9 tahun.
Tapi yalah...sarawak nya ada slang kelantan juak.
Kadang-kadang aku yang tercengang-cengang mun nya kelaka sarawak
Nyuruh aku gelik hati jak.
Kadang-kadang ya ku layan juak kelaka sarawak.
Dirumah, aku ngembak juak lakiku kelaka serwak tapi macam biasa mun dah lidah perak ney dapat.
Bunyi dak iban berjakok jaknya.
Sikboh jaklah.
Jadinya dirumah aku kelaka sarawak laki ku kelaka org melaya.
Sukahatilah..janji paham.betul sik.
Walau dicney pun aku berada aku sikkan lupak ngan budaya aku, bahasa aku, makanan aku.
Semuanya tetap dihati.
Sebenarnya aku rindu ngan kuching tok.....

Tanganku Tanganmu jua

Emas dan wanita tak dapat dipisahkan.
Betul kan?
Walaupun kecik tapi mesti ada walaupun hanya sebentuk cincin.
Kalau g kenduri lea suka dok lihat macam-macam fesyen gelang tangan, cincin dan rantai yang dipakai.
Yelah...macam-macam fesyen.
Dan semuanya mempunyai citarasanya yang tersendiri.

Selasa, 20 Disember 2011

Benda wajib dibeli...

Sebelum balik udak siti g Carrefour ngangkut roti gardenia.
Kat Sarawak ada tapi mahal....
Kalau dekat airport dok melihat orang bawak roti gardenia banyak samaada orang tu orang sarawak ataupun orang tu nak pergi sarawak.
Yang dalam troli tu untuk 3 family tu.
Sampai tak muat letak dalam kotak tinggal jugak untuk lea dekat rumah.

Pilih dak jangan sik pilih

Di hari lain-lain

Gambar di atas diambil pada 9.12.11 semasa keluarga dari Sarawak datang.
Gambar dibawah diambil pada 16.12.11 semasa keluarga dari Perak datang.
Boleh pulak ambik syle gambar yang sama.
Tergelak lea bila nengok gambar ni.
Tapi lea suka...........

Rindu yang sentiasa berombak

Suka gambar ni....

Akhirnya ahad lepas berkesempatan jugak menonton OMBAK RINDU ni...
Keluar dari rumah jam 2 petang.
Sampai dekat IOI MALL PUCHONG jam 2.30.
Sempat2x je beli.Tu pun seat tinggal 1 row lagi.
Dan yang syoknya dapat seat fav. lea dan suami iaitu 20C dan 21C.

Ceritanya...oklah.Boleh membuatkan air mataku mengalir laju.
Hahahaha.
Yang lawaknya suami lea pun nangis.....
Punya dia kutuk kawan dia yang menangis nengok citer ni minggu lepas, lastnya dia jugak yang menangis.
Lea perasan jugak dia dok ngelap air mata dia.
Saja je lea tak bagi tisu.
Kuar wayang merah mata dia....
Hahahaha.

Suami cakap tulah pasal orang nak sangat nengok citer ni.Rupanya sedih giler....
Baru tahu.Belum lagi baca novelnya.
2003 lea dah beli novelnya dan masih elok tersimpan sampai sekarang.
Antara koleksi novel kesayangan lea.



Isnin, 19 Disember 2011

Anda berani??

Lea hari tu ada berani sikit.....
Tak licin pun kulit ular tu.
Rasa kesat je....
Satu sejarah baru dalam hidup....


Bergambar dengan anak anak buah.Rasa kecik je...Perasan tullah...

Ahad, 18 Disember 2011

Comelkan mereka?..


Rindu sangat sama dia....




Allahyarham Mohd.Ferozie Bin Ismail.
Dia adalah satu-satunya adik lelaki lea.
Kalau dia ada sekarang umurnya dah 28 tahun.
Tapi dia telah meninggalkan kami bila dia berusia 3 tahun sebab tumor otak.
Yelah....sebab lambat dikesan.
Dia kecik lagi.Tak tau nak bagi tahu dia sakit kan.
Bila mandikan dia, lapkan kepalanya mesti dia cakap sakit....
Pergilah bawak jumpa doktor di klinik kerajaan.
Lepas tu ke Pakar Hospital Umum Sarawak.
Sehinggalah pada suatu hari dia pengsan dan seminggu lepas tu dia terus meninggalkan kami.
Walaupun usia lea baru 5 tahun segalanya sentiasa terbayang di ruang mata lea.

Pagi ni bila bangun dari tido lea tiba-tiba teringatkan arwah.
Nakal sungguh dia dulu.
Tapi bila dirumah orang sangat tertib. Sangat-sangat mendengar kata.
Kalau diingat masa kecik dulu lea dengan arwah.....menitis air mata ini.

Sedih  bila mengingatkan layanan orang dengan lea dan arwah dulu.
Yelah...sebab kami ni miskin.
Apalah daya kami kan.
Menumpang dirumah orang semuanya tak boleh dipegang.
Bila duduk disatu2x tempat bila bangun terus je di lap.

Tapi...orang lain dilayan sebaiknya...
Pernah satu ketika bila mak rasa sedih sangat bila anak2xnya dihina, dimarah, dikeji, mak pernah mengikat tangan kami berdua supaya tak memegang barang-barang di rumah itu,,,,,
Sedihkan....
Ya Allah....lajunya air mata ini mengalir bila teringatkan semua itu.

Tapi alhamdulillah....
Bila masa semakin berjalan.
Anak-anak mak semakin membesar, alhamdulillah 2 dari 3 anak mak yang masih hidup telah berjaya di dalam kerjaya masing-masing.Boleh menyenangkan mak sedikit.Tinggal mas lagi yang masih menuntut.

Menengok yang lain....
Sedih.....Sentiasa berdoa mereka menjadi lebih baik dan mensyukuri nikmat yang ada.

Allah maha adil lagi maha penyanyang.......
Segalanya ditunjukkan di dunia.
Bagi lea...alhamdulillah.
Bersyukur dengan kurniaanNya ini.

Jumaat, 16 Disember 2011

3 anak teruna....

Mereka ni kalau pasal bergambar memang no.1.
Takda dua takda 3.
Tengoklah...macam-macam fesyen....



Aktiviti seterusnya di genting

Kita ambik gambarlah.
Ambik gambar ngan makcik2 lea.
Sayang kat mereka semua ni.
Sesekali berkumpul memang seronok rasanya......
DENGAN MAKCIK YANG DUDUK KAT JOHOR.




Apa yang sedap dimakan di genting ye...

Kita makan durianlah sedap...
Cuaca sejuk....makan durian panas....
Sedap tu.......
Suami bukak durian dengan screwdriver je sebab parang n pisau takdak.
Nikmat makan durian ni bila makan ramai-ramai macam ni....
Dah tu sendawa durian je...... dalam kereta.






Jom naik genting

Dari ulu jempol kita ke gentinglah pulak....
Takde plan pun nak ke genting.
Dalam perjalanan balik ke kl sepupu call.
"Kak Mon....jom naik genting"
Jadinya kita naiklah.
Dengan baju kurungnya....dengan sejuknya kat atas tu........
Sabar jelah......